Friday, October 24, 2014

MAAL HIJRAH 1436, 2014

Assallammualaikum semua & maaf zahir bathin -" ambil yg jernih buang yg keroh * create ur life dgn lbh berkeyakinan - insyaAllah
 
Salam maal hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan kawan-kawan .Yang lalu jadikan pedoman, hadapi hari depan dengan keazaman dan penambahbaikan. Semoga kita dipermudahkan. Insyaallah.

tema MAAL HIJRAH 1436 HIJRAH (2014), "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435 . Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s: copy paste dr blogger lain..Thks

Thursday, October 09, 2014

Pergi & Tak Akan Kembali Lagi

Assalamualaikum...

Assalamualaikum semua...Selesai sudah majlis pengkebumian jenazah almarhum bonda mertua tercinta.. Walaupun sebak, kami kene redha, tiap yg hidup pasti akan pergi.. kami berharap agar rohnya ditempatkan dalam golongan insan2 soleh dan beriman.. dan ducucuri rahmatNya..

Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Berikut adalah doa untuk arwah ibu. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang ibunya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu:
.

Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum...

#Throwback di Hari Raya Aidil Adha 5 Oct. 2014.

Berhari raya di rumah kakak ipar di Ipoh. Tiada yang special dipagi raya tu. Selepas sebahagian family, yang kebanyakan orang lelaki pergi ke Masjid sembahyang raya, kami yang perepuan & anak2 semua dok sibuk menguruskan mak yang sakit, mandikan, tukar lampin semua. Cucu ada yang mengurut-ngurut opahnya nya kelihatan macam biasa tiada respond langsung semenjak jatuh. Semasa menguruskan mak, semua dapati keadaan mak macam lain skit, Semua tertanya-tanya kenapa..kejap laju nafas kejap slow nafas mak..

Setelah melihat keadaan mak yang semakin kritikal selepas maghrib, kami berpakat nak bawa mak g Hospital. Masa ni macam ada sedikit kekecewaan dari my hubby sebab abang iparnya cakap tak payah lah bw hospital, kita baca yassin kat rumah jer... tapi my hubby x setuju sebab dia rasa kesian dengan maknya, kalau pergi hospital, mak mesti dapat bantuan pernafasan, ringanlah sedikit sengsara mak untuk menarik nafas tu kan, kita berusaha, nanti tak lah ralat, itulah antara kata2 my hubby mencurahkan perasaan kecewanya bila ada abang iparnya tak setuju bawa ke hospital tu. Selepas mahgrin kami panggil ambulan datang, & mak pun dibawa pergi ke Hospital Bainun Ipoh. My hubby & kakak2nya serta ahkak & seorang biras ikut serta ke Hospital. Yang lain2 tak pergi sebab bukannya boleh masuk pun wad kecemasan kan..

Keadaan mak masa dibawa oleh pihak Hospital

Lebih kurang 3 ke 4 jam mak berada di wad kecemasan, mak disahkan sudah meniggal dunia. Pergi & Tak kan Kembali Lagi

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad ﷺ serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Bonda tercinta telah kembali ke Rahmatullah, pergi tak kembali buat selama-lamanya… Allah سبحانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka.
إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

Doa buat Bonda…..Semoga sentiasa berpanjangan dilimpahi rahmah dan maghfirah :
Ya Allah! Ampunilah ibuku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya .
.
Allahyarhamah Bonda menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang pada pukul lebih kurang 2pg td. Kehilangan Allahyarhamah amat kami semua rasai namun Allah lebih menyayanginya dan kami redha dengan pemergiannya. Semoga rohnya digolongkan dalam hamba2nya yang solehah...Aamiiin!


Al-Fatihah…ْ

Balik Raya Aidil Adha

Alhamdulillah ..

Jumaat malam 3hb Oct 2014 kami sekeluarga balik ke kg Bota. Walaupun kami tahu yang mak tak ada di rumah tapi my hubby sibuk nak balik rumah mak dia dulu AKA mak mertua ahkak ler. Katanya kita balik rumah mak, kemas2 nanti raya nak bawa mak balik kg, niat hubby pada awalnya lah. Tapi ahkak memang rasa tak mungkin dapat bawa mak balik dengan keadaan yang sedemikian, mesti kakak2 & abang2 iparnya pun sama pendapat dengan ahkak, tak kan setuju dengan tindakan my hubby tu nak bawa maknya balik ke kg.

Ok kami selamat smpai kg lebih kurang kul 3.30pg. Kali ni balik dgn suasana yg sungguh berbeza. Terasa sedikit sayu & sedih. Tiada lg Ibu tua aka opah yg menyambut kami, tiada lg hamparan tilam yg lengkap dgn kelambu tersedia utk kami, tiada lg bamtal kekabu yg cantik tersarung..tiada lg pertanyaan yg biasa disuarakan.....dah makan..nak makan..nak buat air panas ke...semuanya kini kelam..ok anak2 kita tidur sekejap nnt nak g jumpa opah di rumah mak yang ye..sambyt raya sekali di sana..

 Ok.. dah settle semua, petang sabtu baru kami 1 family bertolak ke Ipoh rumah my SIL yang jaga mak. Sampai2 weols semua dok mengerumi tengok keadaan mak yang tiada nampak akan
berubah..sob..sob..sob..

 Kak Ngah sedang mengurut kaki Opahnya..

Wednesday, October 01, 2014

Ibu mertua Ku jatuh sakit

Assalamualaikum... Selalu kalau bunyi phone awal2 pagi atau tengah2 malam sewaktu orang tengah lena diulit mimpi, mesti resah kan... mesti terpikit benda2 yang tak baik jer.. ahkak tak tau ler orang lain, tapi pada ahkak memang seriua sungguh2 bila kedengaran bunyi phone berdering ni. Ini lah yang terjadi pada ahkak pada tanggal 14hb september yang lalu. Memula dengar tu macam berat jer nak ambil, malas nak bangun tunggu cik abang bangun, tapi main tolak tolak pulak dah.. akhirnya ahkak bangun pergi angkat kol. Sebaik angkat kedengaran bunyi kakak ipar bagi salam & tanya dah bangun ker....huhuhuhu... mestilah dah bangun kan, kalau tak sape pulak yang menjawab kol dia tu...kuikui..sempat pulak ahkak buat lawak..hahahaha...ahkak pun terus tanya jer, ada apa kak...bila dah dapat penjelasan, ahkak masih boleh relax sebabnya bukan tak sedih ye kengkawan tapi kakak ipar ahkak tu suara & cerita dia macam biasa jer...boleh pulak gitu... (tak serius lah.....) bila dah cakap lebih kurang, ahkak pun sampaikan pada cik abang. Dia lagi lah relax, boleh plak kita yang tanya dia nak balik ke idak ni... jom lah balik, ahkak pulak yang ajak... cik abang on jer, selalu kalau nak balik semua ahkak kene tanya details, kul brapa nak balik, lama ke nanti kat sana, bla..bla..bla.. bila dah buat macam tu ahkak senang budget time ahkak nak urus semua benda dari mengejut anak2, menyusun bj2, bekal2 dan macam2 ler kerja orang pompuan yang dah beranak pinak ni..kalau tak buat macam ni, alamat lambat ler siapnya..itu style ahkak.. Hissss... tak kuar lagi ek cerita sebenarnya...Dapat berita Mak Mertua Ahkak Jatuh & terus koma. Mak jatuh bila dia bangun nak ke toilet, begitu ler cerita dari kakak ipar ahkak. Tak kan begitu mudah jadi macam tu kan, mesti ada cerita lain kan.. korang semua terpikir tak..kihkihkih... Sebenarnya 2 minggu sebelum tu mak mertua akak ada jatuh dalam bilik air sebab lantai licin. Jatuh terhantuk kepala la jugak, Tapi masa kejadian tu tiada apa2 yang teruk berlaku kat dia. Masa cik abang balik sorang selepas 3 hari dia jatuh tu, cik abang ada tanya dia.."Mak Jatuh Hari Tu Tak Ada Rasa Apa2 ker.." begitu lah antara pertanyaan anak lelaki sorang dia tu... jawab mak penin lah jugak aku.. ni dialog cik abang ahkak ngan mak dia.. Masa tu memang nampak macam biasa jer, siap tolong anak dia racun rumput, kemas2 belakang rumah, betul wayar elektrik & macam kerja yang tak pernah habis ahkak rasa bila anak dia balik, kejap2 ada jer dia suruh anak dia tu buat itu ini lah, pasang itu ini lah, betul itu ini lah.. anak dia ni ngikut jer tak pernah bantah pun walaupun sepatah, ahkak memang respect kat cik abang ahkak tentang hormat orang tua ni. Kalau pasal orang tua memang dia turut jer, baik mak dia baik mak ahkak atau dia jumpa orang tua memang dia jaga lah kata2 dia lah & tingkah laku dia. Ahkak berdoa sangat biar perangai cik abang ahkak tu sampai ke akhir hayat dia & ahkak berdoa biar anak2 ahkak yg pompuan semua tu pun suami yang baik2 macam abah dia, walaupun tak semua tapi nak yg hormat orang tua. Ok lah ahkak malas nak membebel pepanjang, nanti korang bukan nak baca pun kan.. Ok, mak mertua ahkak jatuh kali ni terus koma maybe ada effect dari jatuh yang pertama dulu rasanya. Setelah di Scan terbukti ada darah beku, tapi doktor cakap tak serius. Masalahnya sekarang kalau tak serius kenapa mak mertua ahkak tak kenal orang, walaupun tubuh badan dia dah boleh gerak, mata pun dah boleh buka, tapi lebih banyak tidur la sehinggalah sekarang still macam tu jer, anak cucu buatlah kat badan dia, dia buat donno jer..huhuhuhu.. Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu ya Allah. Sembuhkanlah penyakit ibu mertua hambaMu ini ya Allah, HambaMu merayu kepadaMu ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada ibuku ya Allah. Aku pohon kepadaMu ya Allah, jauhilah ibuku daripada segala penyakit ya Allah..aku berharap agar rakan-rakan yang membaca entri ini sudi mendoakan kesejahteraan ibuku. Agar ibu mertuaku cepat sembuh seperti sediakala. Terima kasih 
Ini gambar masa baru transfer dr ICU ke WAD

Cepat2 lah semboh mak. Rindu kat mak sangat2 ni. Raya Haji mesti tak meriah tanpa masakan mak & coloteh mak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...