Tuesday, September 25, 2012

Rombongan Tadika

Dah lama rasanya tak join rombongan2 sekolah ni kan. Seronok pulak rasanya..hehehe Mak dia pulak yang excited. Kali ni iols menyertai rombongan Tadika Kemas, sape lagi kalu bukan menemankan C kecil Ku Nuri. Sehari sebelum rombongan iols & Nuri memang tak sehat badan, deman la, batuk la, tapi yang lebih parah Nuri boleh pulak kene sakit mata. Merah menyala mata sebelah kanannya siap bertaik tu yang kesiannya, susah dia nak bukak matanya. Cepat2 iols bawa dia jumpa doc. pagi Jumaat tu sebab nanti takut2 tak dapat g Rombongan pulak kan. Masa doc cek tu, badan Nuri mmg tak panas langsung, sampai doc. cakap dia ni dah tak demam..doc. pun bagi jer la ubat sakit mata jer.. Okeyla kalau doc dah cakap macam tu kan, iols tak banyak la cakap lagi, ambil ubat, bayar & terus balik rumah. Sib baik Nuri ni budak yang suka makan & guna ubat... memang budak yang baik Anak Mak ni kan....Malam tu mata Nuri menunjukan kesan2 yang begitu ketara iaitu dah baik ler..apa lagi kan. Suka la dia sebab esok pepagi dia nak join Rombongan kan.


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pagi sabtu tu masa iols nak kejutkan dia, Nuri dah demam, panas giler badan dia masa tu, macamana ni,....boleh ke idak dia pergi rombongan ni kan...huhuhuhu Nuri dah start menangis dah pagi tu sebab dia dengar weols cakap, tak payah la pergi kot kalu dah macam ni... apa lagi kuatla dia menangis, dia nak pergi jugak.. Okey2 la sebab iols pun dah prepare memacam sebab "mak" yang lebih excited kan... Nuri terpaksa dibagi ubat untuk mengurangkan panas badannya, siap bw ubat lagi pergi rombongan..Cool Fever tetap ada...Punyala seronok dia bila dia nampak semua kengkawan dia dah berada di sekolah. Punya bising murid tadika termasuk mak2 budak tatkala bas untuk membawa weols semua tiba...Dalam bas Nuri monyok jer sebab badan tak berapa sihat, tidur jer la dia sepanjang perjalanan tu....

Kita nak mana ni ye...heheheheh asyik cakap rombongan jer kan..Nak tau weols semua pergi
"
"
"
"
'
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!Zoo Melaka

Friday, September 14, 2012

Geram....

Dah masuk hari ke 3 dah TV kat rumah tak der siaran, semua channel pulak tu buat hal. Screen keluar hitam pekat jer..huhuhu Mula-mula tu gambar pecah2 kat channel TV1, TV2 & TV3 jer, channel astro semua okey, ingatkan dek kerana ujan yang turun sebelum tu, biasala kan Astro ni, nama jer TV swasta berbayar, tapi asal ujan jer, siaran tergendala...selalu sangat berlaku cam gitu..tapi nak macamana kan, terima jer la, asal TV weols tak rosak dek kerana hal2 cam gini.

Berbalik kes TV weols ni, mana tahan weiii... dah masuk hari ke2 tak leh nak tengok TV, weols nak jugak tengok berita2 terkini kan, nak tengok drama ngan artis2 kegemeran weols..hehehe. dah weols se family siang mana ada dok kat rumah, semua keluar g sekolah & g kerja kan, time malam2 la peluang weols semua nak melepak kat depan TV weols tu kan. Mula2 ingat TV weols yang rosak, tapiiiiiiiii tak mungkin TV weols yang rosak kan...Malam tu jugak hubby call Astro, komplen hal ni kat diaorang, Lepas chit chat lebh kurang, last2 diaorang boleh bg suggestion suruh weols tukar ke Beyond.. itula matlamat diaorang sebenarnya kan.. kalau ikut2kan hati ni mmg tak mau la beyond2 bagai ni, rasa membazir jer kan...

Maybe 2 ke 3 lagi datangla diaorang nak tengok problem sebenarnya...weols tunggu apa yang akan terjadik selepas ni ...hehe

Friday, September 07, 2012

Al-kisahnya....

Dah seminggu rupanya, My Eldest daughter di UMS, Sabah. Dalam seminggu tu adalah 2 ke 3 kali jer kol dia sebab dia busy ngan Orentasi. Hari Jumaat hari ni dia dah Free, Orentasi dah abis katanya, dapatlah borak lama sikit ngan dia, tanya macam-macam kat dia, dalam dok citer-citer tu, terkeluarla citer daripada dia yang aku rasa macam lucu pun ada, dia lagilah confius dengan soklan2 yang macam tu..hehehe....Gini....antaranya........Awak ni macam familiar la..Awak ni MIXED ker? ada campur Arab ker?....Awak ni Muslim ke?? ni antara soklan yang dia lagi pelik..huhuhu... Ingatkan adik dia jer C Nabila, anak no. 3 yang selalu dok terima soklan macam tu, rupa-rupanya Kak Long pun  terkene jugak. Terkeluarla sekarang bab2 nak tahu lebih details salah silah keluarga..hahahaha .... yang Mak tau, mak orang Melaka, Abah orang Perak, atok nenek pun asal orang melayu tulin jugak, tak der maknanya campur2 Arab ni. Oleh kerana anak2 dah banyak dapat soklan2 sebegini, aku nak cuba try test selidik ngan nenek & opah salah silah sebenarnya keluarga kita semua ni, mana tau kot2 memang ada tok moyang dulu2 kan.

Tuesday, September 04, 2012

Rindu

Rindunya kat Along....nak kol sekarang dia tengah busy orentasi, Along cakap tunggu dia sms, baru boleh contact dia. Sekarang Along dah jadik seorang mahasiswa di UMS, Sabah. Baru jap tadi dalam kul 9:50am  Along hantar sms mengatakan dia baru selesai ikrar sebagai seorang Mahasiswa. Tetiba hati saya sebagai seorang Ibu merasa sungguh gembira, bercampur baur perasaan saya, tak boleh nak gambarkan perasaan happy ini. Peduli apa saya dengan cakap orang kan, Maybe orang lain dah berderet-deret anak-anak2 diaorang keluar masuk "U". Saya baru nak merasa perasaan itu. Harap Along ingat pesan Abah & Mak, jangan lupa suruhan Allah, belajar bersungguh-sungguh semoga menjadi pelajar cemerlang & berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan, semoga kejayaan Along akan menjadi ikutan & semangat pada adik-adik yang lain. Mak, Abah & adik2 semua merindui Along & berdoa semoga Along ceria2 selalu.

Monday, September 03, 2012

Daftar ke UMS, Sabah

1 September 2012, Kak Long, Nurfitri Syamimi (my eldest daughter) berangkat ke UMS. Sedihnya hati ni tak siapa yang tahu..huhuhu... Sudah menjadi tanggungjawab Abah & Mak memberikan pendidikan kepada Kak Long & anak2 mak yang lain. Abah, Mak & adik2 hanya dapat berdoa semoga Kak Long berjaya dunia akhirat & berharap agar Kak Long berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan, semoga menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain & jangan lupa jaga diri ditempat orang.



 budak sorang ni memang rajin tarik bag kak long.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...