Tuesday, September 25, 2012

Rombongan Tadika

Dah lama rasanya tak join rombongan2 sekolah ni kan. Seronok pulak rasanya..hehehe Mak dia pulak yang excited. Kali ni iols menyertai rombongan Tadika Kemas, sape lagi kalu bukan menemankan C kecil Ku Nuri. Sehari sebelum rombongan iols & Nuri memang tak sehat badan, deman la, batuk la, tapi yang lebih parah Nuri boleh pulak kene sakit mata. Merah menyala mata sebelah kanannya siap bertaik tu yang kesiannya, susah dia nak bukak matanya. Cepat2 iols bawa dia jumpa doc. pagi Jumaat tu sebab nanti takut2 tak dapat g Rombongan pulak kan. Masa doc cek tu, badan Nuri mmg tak panas langsung, sampai doc. cakap dia ni dah tak demam..doc. pun bagi jer la ubat sakit mata jer.. Okeyla kalau doc dah cakap macam tu kan, iols tak banyak la cakap lagi, ambil ubat, bayar & terus balik rumah. Sib baik Nuri ni budak yang suka makan & guna ubat... memang budak yang baik Anak Mak ni kan....Malam tu mata Nuri menunjukan kesan2 yang begitu ketara iaitu dah baik ler..apa lagi kan. Suka la dia sebab esok pepagi dia nak join Rombongan kan.


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pagi sabtu tu masa iols nak kejutkan dia, Nuri dah demam, panas giler badan dia masa tu, macamana ni,....boleh ke idak dia pergi rombongan ni kan...huhuhuhu Nuri dah start menangis dah pagi tu sebab dia dengar weols cakap, tak payah la pergi kot kalu dah macam ni... apa lagi kuatla dia menangis, dia nak pergi jugak.. Okey2 la sebab iols pun dah prepare memacam sebab "mak" yang lebih excited kan... Nuri terpaksa dibagi ubat untuk mengurangkan panas badannya, siap bw ubat lagi pergi rombongan..Cool Fever tetap ada...Punyala seronok dia bila dia nampak semua kengkawan dia dah berada di sekolah. Punya bising murid tadika termasuk mak2 budak tatkala bas untuk membawa weols semua tiba...Dalam bas Nuri monyok jer sebab badan tak berapa sihat, tidur jer la dia sepanjang perjalanan tu....

Kita nak mana ni ye...heheheheh asyik cakap rombongan jer kan..Nak tau weols semua pergi
"
"
"
"
'
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!Zoo Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...