Thursday, December 19, 2013

Berjimba di PD 3H2M

Assalamualaikum....


Cuti sekolah dah lama berlalu, dah nak bukak sekolah pun, ahkak baru berkesempatan nak bawa anak2 g holiday (holiday la sangat kan..) Kali ni ahkak bawa anak2 g Port Dickson jer sebab niat mulanya nak balik kg terus, tapi bila tiba waktu yang dijanjikan, kol mak kat kg, tengok2 mak& tok abah ku nak ke Puchong Pahang plak, xtvt setiap minggu mak & tok abah ku itew. Last2 cancel balik kg tunda pulak minggu ni 21hb itupun setelah urusan nuri kat sekolah selesai..Elok jugak tu balik minggu ni sebab boleh bagi mak duit lebih skit sebab bonus ku sudah keluar..hehehe..

Kali ni holiday weols tanpa Kaklong & Kakngah. Weols ber5 je nampaknya, itu pun macam terpaksa jer merelakan hati ni pergi berholiday, kalau ikutkan hati mau je tunggu semua anak2 ada bersama, tapi betul jugak cakap my hubby, klu tunggu bukan tentu kita ada masa pulak masa tu, elok la kita layan ni dulu, lagi pun ada berjanji denganC Kecil Ku Nuri sempena menyambut besday yang ke 6 tahun. Weols tempah apartment kat kawan. Sampai2 sana baru weols teringat tempat tu dah tukar nama dari Tiara Beach Resort bertukat ke Best Western pulak Mandi manda di kolam dah kene bayar ikut sessi. Sessi pagi kanak2 RM25.00 seorang, klau ambil 2 sesi pagi petang RM40.00. Dewasa sesi pagi RM35.00 & sesi pagi ptg RM55.00.. itu untuk sehari ye. Kalau nak mandi setiap hari, bayor jer la ikut harga tu, tapi uols jangan risau ulat2 ticket (pasaran gelap) ado uols..hhehehe.. murah la skit.. boleh lah untuk tidak menghampakan anak2 uols nanti.

layan gambar2 selama weols di PD kat bawah ni

 Weols sampai PD dah petang dalam kul 5 kot.. dah tau kolam kene byr, weols berpendapat mandi esok jer utk anak2, nak mandi masa tu mmg rugi la kan, dah bayar maheii.. pujuk nuri main basikal, alhamdulillah sib baik makan pujuk..



 Siapa yang dah biasa lepak kat sini, memang tau la xtvt resort ni.. semenjak bukak kot sampai la ni, sama je weols tengok, tapi tak per la asal kitaaaa enjoy!!!!!!!!!!!!!

 Pagi hari ke2 di PD, weols sarapan di pekan Pasir Panjang, lepas minum makan semua, weols ronda2 dan jumpa kawasan ni... lepak la kejap..

 Oleh kerana nak mandi kolam sangat & weols rasa bayaran yang dikenakan tidak masuk akal, weols pujuk lagi C nuri, jom la kita mandi pantai lagi best... berjaya lagi pujuk nuri.. sebenarnya nuri ni sebenarnya tak kisah pun nak mandi kolam ke laut, asal dapat mandi. mandi la akhirnya nuri kat laut dari pagi hingga kul 1 lebih kurang. Balik otel pujuk suruh tidur (supaya lupa psl kolam..huhuhuhu.... teruk tak mak abahnya..huhuhu...) bangun tidur lebih kurang kul 5pm, weols pujuk nuri main basikal lagi untuk ke2 kalinya..



 Malam tu plak weols cuba makan di Medan Ikan bakar di Pasir Panjang ni, pagi weols jumpa & nampak macam menarik je.. makanan not bad la..tengok la C nuri klu jumpa kucing sanggup tak makan & berani plak bergaduh ngan budak yang dia tak kenal pulak tu pasal C Meow ni..


Hari ke 3 pepagi lagi ahkak dah kejutkan nuri & lily suruh bangun sebab tak nak la menghampakan niat asal diaorang ni nak mandi kolam kan. mana mungkin mak abah diaorang ni sanggup buat macam tu kan. Nama pun Mak abah, macamana pun kesian tetap ada & sedaya upaya akan turut kan kehendak anak2 jugak kan..sebenarnya tuan rumah dah cakap & beri no. ulat ticket utk mandi kolam tu, tapi tau2 je la abah dia ni, kalau setakat sehari ke atau setengahari, dia x nak kol, beli jer la katanya, tapi ahkak ni lain, kalau dapat peluang ni apa salahnya kan, kalau dah boleh jimat kita grab jer, kalau FREE lagi lah ahkak suke...

Mintak jugak no phone budak tu, walaupun pada mulanya hubby kata tak usahlah, g la beli kat counter, bertekak tekak kejap, last ahkak berjaya kol, dapat la RM15.00 seorang, beli la 2 sebab memang tinggal 2 je lai ticket...fuhhyooo laku betul budak ni buat business...merasalah anak2 ahkak mandi sebelum check-out. Ticket dapat 2 tapi yang mandi 3 orang, macamano tu..hehehe ticket 1 tu weols pasang kat tgn C kakak bg besar skit, mandi lebih kurang bagi kat C adik pulak.. memang puas la mandi wpun berkongsi ticket. C kecil nuri mmg tak usah cakap la, terjun kolam kol 9 pagi sampai wisel berbunyi kul 12pm pun masih tak nak naik.. siap lari2 lagi tu, tapi memang cayalah penjaga kolam ni, diaorang ni memang pekerja contoh la sebab wisel berbunyi jer 12pm tu semua kene naik sebab sesi pagi dah tamat, selagi tak naik selagi tu dia akan tiup wisel tu panjangggg... C Nuri pun senanglah naik..dah kecut2 jari2 semua tak dia heran pun, kita pulak yang risau sebab bangun pagi dah la tak menyusu apalgi akan, tapi nuri still relax jer...ermmmm anak....anak...anak...




 sebelum bertolak balik ke K El, ahkak ajak en hubby g bergambar kat sini, pada mulanya dia tak nak sebab lain jalan katanta, tapi biasalah my hubby ni sporting jugak la orangnya. Setelah berjaya dipujuk, last2 dia selalu ikut jugak kehendak bini dia yg banyak songeh ni..bukan senang kan nak datang sini, ambil la peluang bergambar mana yang patut..




Thursday, December 12, 2013

Persiapan Persekolahan anak-anak

Assalamualaikum...

Kejap je ahkak rasa cuti sekolah tahun ni, dah nak sampai kepenghujung tahun sudah. Tahun ni anak2 ahkak semua ada bersama ahkak, maksudnya yang tinggal ngan ahkak ler, anak yang 2 orang tu dok U la kan. Bukan apa, pantang cuti sekolah panjang selalunya hujung tahun ler, mesti anak2 ahkak dah pos ke kampong, tak kiralah kg Melaka ke Perak ke. Selalu masa diaorang kecik2 ahkak memang suka tinggalkan di Melaka bersama neneknya, tapi semenjak neneknya dah ada peneman, anak2 lebih suka ke rumah opahnya pulak.. tahun ni jer diaorang dok memerap kat rumah jer..ok apa, tak lah bil phone melambong tinggi kan..kihkihkih...

Eh..eh...eh... melalut plak dah citer, sebenarnya nak citer pasal persiapan baju2 sekolah. Ahkak ni ingat nak tunggu bonus jer, nak beli sekali semua, senang citer, tapi tunggu punya tunggu bonus lmbt pulak keluar (macam tak biasa pulak kan), bonus ahkak keluar  macam biasa jer, setiap tahun tapiiiiii C kecil nunyi dah asyik meminta jer bila g shopping mall, last2 masa cuti besday sultan selangor semalam 11.12.13 (fuhhhh cantek nombor..kuikuikui...), ahkak ambil kesempatan beli la ikut fulus yang tinggal kat purse ahkak ni. dapatlah C Nunyi bag brand Hello Kitty, kasut sekolah brand Babies & baju sekolah kebangsaan 2 psg & sekolah agama 2 pasang. Oleh kerana bawa C kakak yang 2 orang lagi tu, kesian plak nengoknya, walaupun dah janji tunggu mak dapat bonus ye (bukan tak boleh guna duit abahnya, tapi kesian plak dah banyak dia belanja weols anak beranak, lagipun weekend ni dah la nak dok Otel 3 hari 2 malam, duit lagi tu....) alih2 beli lah jugak kasut sekolah je sorang sepasang untuk C kakak Nabila & C kakak Lily, jadiklah, nanti shopping lagi ye anak2 ku sayang....


gelagat c kecil ku Nunyi bila kene sakat ngan kakak2nya...kakak cemburu la..apa lagi...

Tuesday, December 10, 2013

Makan kenduri

Assalamualaikum...

Nak cerita & nak post jugak cerita Makan Kenduri ni. Bukan apa makan kenduri tak kan habis selagi x habis cuti sekolah kan... Ahkak ni belum start cuti sekolah pun memang dah biasa g makan kenduri tak kiralah kenduri kahwin ke kenduri cukur jambul ke kenduri doa selamat ke dan macam-macam kenduri lah. Biasa lah orang Malaysia kan suka buat kenduri2 ni...hehehehe..

Biasalah kan kalau nak cerita makan kenduri kat rumah orang  kahwin ni, boleh dikatan setiap minggu tak pernah mis pergi sejak bermula cuti sekolah hari tu. Gambar2 kat bawah ni adalah antaranya yang sempat akk post kan kat sini...



This coming saturday anathor 2 jemputan kenduri kahwin...camno la den nak diet ni...huhuhu..


Pray for Kuantan

Assalamualaikum...


Penghujung tahun biasanya hari tengkujuh di Malaysia kan. Boleh dikatakan hujan turun setiap hari di seluruh Malaysia. kalau hujan dah turun setiap hari mesti lah banjir kan. Kalau kat K El ni banjir kilat namanya. kat Pantai Timur memang musim2 tengkujuh ni banyak tempat yang dinaiki air, tapi tahun 2013 ni banjir yang melanda terutama di Kuantan & Kuantan adalah yang terburuk.

Nak amik kesempatan ini mendoakan keselematan semua mangsa banjir di mana2 jua negeri yg ditimpa musibah itu.. terutama Kuantan dan Kemaman.

Semoga semua tabah hadapi dugaan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,berat lagi kaki mengharung...



Tabah la wahai sahabat2 yang mengalaminya. Mungkin ada hikmah disebaliknya...


Friday, December 06, 2013

Annual Dinner Office

Assalamualaikum....

Dah beranai-anai kot blogs saya ni, lamanya lah tak bukak.. busy ngan dhayashoopeonline je sekarang ni, nanti intai2 la sama ye blog ahkak yang satu itew.....

Nak cerita pasal annual dinner office je la dulu sebelum jalan2 hujung minggu makan kenduri.

Annual Dinner kali ni bertempat di The Garden Hotel Mid Valley. Pagi tu weols kerja macam biasa, tapi lunch office dah tutup, tapi ahkak & adalah beberapi lagi staff yang tak keluar tunggu time je nak ke sana. yang pompuan kebanyakan keluar sebab tau2 je la kan, diaorg ni kan nak bergaya malam ni, sudah tentu2 g set rambut & mekaup bagai. Ahkak idok ler, biasa2 je.

 Weols  berjemput tau, engineer weols C Roslan ni je la yang boleh diharap. thks Roslan..On the Way ke Mid Valley, jalan jem skit, biasalah tempat ni, orang semua tau dah.


 Sessi bergambar, byk gmbr ahkak yang malap

 Jemputan malam tu salah sorang nya ialah Hilmi the gimik.. okey la daripada tak ada.


Ini door gift yang ahkak dapat, tak sangka orang pertama yang tarik nombor, dapat ni, kebanyakan door gift voucher Jaya Jusco je, paling tinggi RM100 & paling skit RM50.00. Lain2 hadiah banyak jugak. First time tau office weols buat door gift cara cabut no. Sebenarnya semuanya lebih excited tunggu lucky draw yang tak banyak tuuuuuu... ada 27 unit jer, semua barang2 yang mmg ahkak & yang lain idam-idam,kan seperti Ipad, telephone & jugak laptop... huhuhuhu..sampai penghujung acara, tunggu punya tunggu dengan penuh debar, nama ahkak tak jugak dipanggil..Ingatkan boleh la sangkut 1 Ipad ke..huhuhu.. Tak per la, udah tak ada rezeki malam tu untuk dapat Ipad yang diidamkan, alhamdulillah sebab berjaya bawa balik pulang Microwave Panasonic tu, walaupun kat rumah memang dah ada. Last2 sampai rumah C Kak Ngah dok kecek2 nak microwave tu untuk bawa balik kat rumah sewa dia.. Bagi je la daripada dok berhabuk bawa katil nanti..:)



Annual Dinner Office

Assalamualaikum....

Dah beranai-anai kot blogs saya ni, lamanya lah tak bukak.. busy ngan dhayashoopeonline je sekarang ni, nanti intai2 la sama ye blog ahkak yang satu itew.....

Nak cerita pasal annual dinner office je la dulu sebelum jalan2 hujung minggu makan kenduri.

Annual Dinner kali ni bertempat di The Garden Hotel Mid Valley. Pagi tu weols kerja macam biasa, tapi lunch office dah tutup, tapi ahkak & adalah beberapi lagi staff yang tak keluar tunggu time je nak ke sana. yang pompuan kebanyakan keluar sebab tau2 je la kan, diaorg ni kan nak bergaya malam ni, sudah tentu2 g set rambut & mekaup bagai. Ahkak idok ler, biasa2 je.

 Weols  berjemput tau, engineer weols C Roslan ni je la yang boleh diharap. thks Roslan..On the Way ke Mid Valley, jalan jem skit, biasalah tempat ni, orang semua tau dah.


 Sessi bergambar, byk gmbr ahkak yang malap

 Jemputan malam tu salah sorang nya ialah Hilmi the gimik.. okey la daripada tak ada.


Ini door gift yang ahkak dapat, tak sangka orang pertama yang tarik nombor, dapat ni, kebanyakan door gift voucher Jayq Jusco je, paling tinggi RM100 & paling skit RM50.00. Lain2 hadiah banyak jugak. First time tau office weols buat door gift cara cabut no. Sebenarnya semuanya lebih excited tunggu lucky draw yang tak banyak tuuuuuu... ada 27 unit jer, semua barang2 yang mmg ahkak & yang lain idam-idam,kan seperti Ipad, telephone & jugak laptop... huhuhuhu..sampai penghujung acara, tunggu punya tunggu dengan penuh debar, nama ahkak tak jugak dipanggil..Ingatkan boleh la sangkut 1 Ipad ke..huhuhu.. Tak per la, udah tak ada rezeki malam tu untuk dapat Ipad yang diidamkan, alhamdulillah sebab berjaya bawa balik pulang Microwave Panasonic tu, walaupun kat rumah memang dah ada. Last2 sampai rumah C Kak Ngah dok kecek2 nak microwave tu untuk bawa balik kat rumah sewa dia.. Bagi je la daripada dok berhabuk bawa katil nanti..:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...