Thursday, February 20, 2014

Nuri oh Nuri

Assalamualaikum....

Cerita yang nak ahkak kongsi ni pasal anak ahkak yg bongsu, lama tak lama lah citer ni, sebenarnya dah lupo nak upload kat sini tapi semenjak 2 menjak ni asyik baca & berdetik hati naluri seorang ibu.ewahh..ewah...ececeehh.. cerita pasal rakyat kita  yang kene tangkap pasal dikatakan mendera anak beliau yang kat Sweden iteww...kesian kat diaorang kan, tambah2 kat anak2 yang terpisah lama ngan ibubapa. Hari ni bawa news lagi lah kesian bila anak beliau C Ammar menceritakan beliau paling teruk dipukul oleh ke2 ibubapanya kan... kesian la..Ammar oh Ammar.. kau masih kecik anak, masih tak mengerti pengorbanan ibubapa untuk mendidik anak2 ni.. menyesal tak sudah nanti kau ammar.. semoga keluarga ni tabah menghadapi dugaan & anak2 beliau jangan putus doa untuk ayah ibu ye...

Ok, kalau nak cerita lebih lanjut, baca & dengar news ye,,,he3...

C Nuyi anak ahkak yang bongsu ni baru masuk darjah 1, tapi umur bari 6 tahn 1 bulan... masa mula2 masuk darjah, tengok dia tu macam tak caya jer dah darjah 1.. alhamdulillah besar dah.. tapi ini la citer, start hari per1 sampai la ni asyiklah menangis jer kerja nya bila time nak naik van, ahkak sempat tengok masa pagi jer la, masa time dia g sek agama, sek keb tak dapat nak nengoknya sebab koje..entah sampai bila lah dia nak stop nangis, klu tak nangis, dia buat muka sedih, sampai ahkak pun naik sedih sama..huhuhu

tengok la ni.. sedih tak?.. huhuhuhu


tapiiii, nuri ni dia anak yang rajin, walaupun setiap pagi dia akan mengalirkan airmata, tapi bab2 membaca & menulis memang minat dia. nak jadik Cikgu katanya... mak doakan semoga impian Nuri tercapai ye nakk...
 percaya tak kengkawan, tulis nuri cantek tau, cer tengok kat bawah ni, buku2 & buku tulis semua dia tulis sendiri namanya. Masa tadika 2 tahun tu berturut dia dapat hadiah untuk tulisan paling cantek...sib baik nak jadik cikgu, kalau nak jadik doktor, mak tak kisah nak oiii sebab kebanyakan doktor tulisan buruk nakkk..kihkihkih..

Tuesday, February 18, 2014

Ambil Kak Long Mimi

Assalamualaikum...

Tengah rajin ni, semua cerita bulan lepas dah keluar balik ni... kene cepat update, kalau idak terbangkalai lagi..huhuhu..

Ni kisah my eldest daughter pulak, sebenarnya budak2 U cuti sebulan kan, tapi ahkak dapat jumpa Kak Long hanya lebih kurang 2 minggu.. knape??????... sebabbbb kaklong pergi kursus Pelapes Navy kat Lumut, sib baik Lumut, kalau kat Sabah maunya tak jumpa, kene la tunggu cuti semest kot baru boleh jumpa dia..

Excited giler ahkak se"family" time nak menjemput dia, sib baik kene time CNY, panjang la skit cuti ahkak weiiii, itu pun ahkak apply cepat sehari, sampaikan officemate cakap macam dia pulak yang nak sambut raya..kihkihkih....ahkak peduli apa kan.....

Hari Khamis tu sehari sebelum CNY ahkak dah start cuti sib baik budak sekolah mmg dah cuti pun tinggal sekolah agaman jer, ponteng je la C kecil Nuyi ni ..dalm kul 7 pagi gitu weols dah keluar siap2 kunci pintu rumah bagai nak bertolak ke Lumut. dalam perjalanan weols ke sana jalan clear betul, siap cakap diaorang ni tak nak raya ker..hehehehe...Perjalanan weols ikut jalan lama sebab dah dengar radio mengatakan lebuhraya DUTA jem.. ikut jalan lama weols sempat berhenti kat Kuala elangor g pasar beli ikan ketam udang 7 sayur sayuran untuk bekalan selama weols kat rumah MIL nnt. Macam weols pulak yang nak makan besar kan...

Sampai kat Lumut dalam kul 12 tengahari dapat kol dari kaklong mimi dia dah rady tunggu ke Bus Stand Lumut.

Mula2 nampak kak long, punya la happy sampai lupa nak tegur skin kaklong yang dah kelabu..sebenarnya ahkak tak pernah pun cakap pasal2 ni semua, selalu yang akan tegur abahnya & adik2nya dulu..



berhenti makan tengahari di Waterfront Lumut. Ingat dulu masa nak ambil dia, nak masuk terus Pangkor, tp kaklong x nak, boring laut katanya...boleh pulak gitu, dia tak ingat dia masuk pelapes kot  "NAVY "..




Ni malam ke2 kot kat rumah Opah dia, bawa diaorang g Billion makan malam....my MIl ahkak sporting kan bila cucunya suruh senyum..

Fraser Hill

Assalamualaikum...

Cerita dah basi pun, tapi tak per la saje nak update untuk tatapan masa akan datang (jangan blog hilang sudahhh...). Jalan-jalan weols semua ke sini tak dijangkapun. Sebenarnya weols sefamily datang Kuala Kubu Bahru (KKB) ni sebab SIL ahkak buat kenduri berendoi cucunya yang ketiga daripada anak bongsu SIL ni. Dah ramai2 tu tau2 je la kan, dok pot pet pot pet citer, terkeluarlah cadangan nak jenjalan ke Fraser Hill ni, sebab tak jauh pun dari KKB ni kan. Udahlah kenduri semua pakai catering, dah lah dok memasing keboringan sebab kerja tak der sangat yang boleh dibantu..(atau ahkak yang malas..kihkihkih...).

Cadangan dipersetujui oleh SIL ahkak yang 2 orang ni (tak termasuk SIL yg buat kenduri ni ye..klu dia ikut, sape plak nak mengerjakan & mengemas saki baki kenduri rumah dia kan...). Oleh sebab dah pakai catering, semua benda jadik cepat habis, selepas asar bergeraklah 3 buah kete mendaki bukit FH ni, my MIL tak nak ikut..(sib baik tau dia tak ikut, klu idak puas jugak kot melayan dia, manalah tau kot2 dia mabuk ke nanti..kihkihkih..ahkak jer perasan, dia ok jer kot..ok2 memang dia tak ikut sebab kepenatan katanya, memang pun sebab sehari sebelum dia dah membuat lemang..).

Ini 2nd time ahkak ke FH ni, masa dalam perjalanan ni, ahkak tak sangka la begini ghupanya keadaan jalan yang berliku teruk, lebih teruk dari Cameron Highland ahkak rasa. Udahler 1 kete ni 2 x jugak berhenti sebab penghuninya muntah..(apa lagi kalau bukan SIL & anak bongsunya). Hubby ahkak terpaksa la dok menanti, sib baik kereta tak banyak, idak lah mengganggu sangat. Rasa hazab jugaklah bila nak ke Frase Hill dengan keadaan jalan yang teruk...

Jom la layan gambar, pot pet pot pet kan best pun bahasa ahkak ni...

Ni masa dah sampai pintu masuk FH. berhenti sebab SIL ahkak nak muntah lagi..huhuhu..
 

Sessi bergambar






makan setelah kesejukan.. memasing kebuluran (bertambah tambah)..kihkihkih...

Friday, February 14, 2014

Pokok Sabah Snake Grass / Belalai Gajah

Assalamualaikum & Selamat pagi semua.... Wahhh pepagi lagi dah nak update blog nampak..kihkihkih... bukan apa nak citer skit pasal Title yang ahkak tulis ni. Al-kisahnya, ahkak ni kulit sensitip skit, hujung bulan 12 2013 hari tu ahkak disahkan demam denggi setelah mengalami demam yang berpanjangan asyik on off jer demam ni ditambah dengan sakit2 sendi. Masa demam tu bintik2 kat kulit tak kelihatan lagi, oleh kerana asyik on off demam en. hubby pergila beli 2 biji kelapa bawa balik suruh isterinya minum air kelapa tu biar kebah skit demamnya, katanya...he3..apalagi bila dah minum air kelapa tu selang 1 ke 2 hari lepas tu baru muncul bintik2 merah penuh 1 badan ahkak ni sampai ahkak sendiri pun takut ler nak nengoknya apatah lagi anak2 ahkak. En hubby kene la terima kan..kuikuikuikui.. Ok, dipendekan citer, awal bulan January 2014 kat office ahkak datanglah Outside Auditor from Singapore nak menge"check" docs. yang berkaitan kat office ni ler.. Dia tu seorang auntie..kihkihkih.. masa dok tunjuk2 fail2 kat dia tu, dia ingat ahkak tak tau, mata dia dok la menjeling jeling kat tangan ahkak yang putih melepak ni dihiasi dengan macam2 corak berwarna merah, ada besar ada kecik kato kau...huhuhuhu... masa tu dia x cakap apa pun, tapi masa diaorang meeting ngan my kelik dia pun siap la bertanya hal ahkak kat kelik ahkak tu.. tu yang timbul pasal pokok ni.. Baru la pagi ni sorang kelik ahkak c Amoi ni bw sebeban pokok ni suruh ahkak tanam. Thanks kat dia Ms Candy Chua (selalu perihatin orangnya). Nak snap ambil gambar pokok yang dibawa ni boleh pulak hari ni h/phone ahkak tertinggal kat rumah, tapi uols boleh la baca yang ahkak dah copy paste ni. Ini ahkak cilok kat google tau... Macam2 khasiat rupanya pokok ni.. Belalai Gajah / Sabah Snake Grass Peyembuh Penyakit Kanser 20:33 | Sejarah penggunaan Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis. Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular. Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular olih penduduk setempat.

 
 Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang. Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuang toksik.

Punca Kanser

Perkataan Ketumbuhan dan kanser adalah menakut. Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.

Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda Penyakit Kanser

Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:
 1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.

Kaedah Rawatan Kanser

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser.

Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar.

 Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah diberi tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.

Tulisan ini dituju kepada pembaca tempatan di Malaysia, bagaimana pun informasi ini berguna kepada sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada. Herba untuk rawatan kanser ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang, begitu juga dengan apa sahaja ramuan herba yang lain. Bagus untuk saya tidak semestinya bagus untuk orang lain, setiap seseorang itu berbeza dan keadaan penyakitnya juga berbeza. Maka apa yang diturunkan hanya sekadar berkongsi maklumat dan pilihan mudah mudahan mereka yang membaca tulisan ini mendapat manafaat dari maklumat seperti ini.

Kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan dalam ruangan internet berkenaan pesakit penyakit kanser dan bagaimana ia sembuh darinya walaupun telah disahkan bahawa dia tidak mungkin bertahan selama 3 bulan disebabkan kansernya telah memasuki tahap 4. Di petik dari kata seorang penulis yang pernah bertemu dengan seorang pesakit yang terkena kanser pada tahun 2008, dia menghadapi penyakit kanser Lymphatic tahap 4 dengan 123 tempat lymph nodes. Bahagian yang terjangkit adalah 1. Paru paru kanan 2. Paru paru kiri 3. Kelangkang 4. Mata dan 5. Mulut. Selepas menggambil 9 kali rawatan kimo dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana dia telah dinasihati olih 5 orang pakar yang beliau hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Kini setelah lebih 2 tahun dia maseh segar dan telah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana dia sembuh, katanya setiap hari selepas sarapan dia akan mengisar daun pokok belalai gajah dengan buah apel hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum, selepasa hari ke tiga (3) 6 bonggolan hilang dan selepas 13 hari dia keklinik menjalani pemereksaan darah berkata Oncologist dia telah sembuh 96%. Dia maseh menanam pokok Belali Gajah (SSG) dihalaman rumahnya.

PERAKUAN PESAKIT KANSER


Lebih dari 200 pesakit telah menggambil herba ini dan menunjuk kesembuhan. Diantara contoh kes yang berlaku seperti berikut: Kes

1) Lelaki - Umur 54 tahun Kanser Paru (Lung Cancer): Tahap
3. Rawatan Kimo (Chemothrapy) 6 kali. Ketumbuhan (Tumour) sebelum menggambil Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm. Ketumbuhan selepas dua minggu menggambil Sabah Snake Grass, mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm

Kes 2) Wanita – Umur Kanser Uterus – Sais ketumbuhan 6cm Telah diijadualkan untuk pebedahan, setelah penggambilan SSG, surut kepada 3.5cm. Doctor kata tidak perlu dibedah. Terus penggambilan minuman SSG, ketumbuhan hilang.

Kes3) Lelaki Kanser Prostate Setelah penggambilan SSG selama 11 hari ketumbuhan hilang. .

Kes 4) Wanita dari KL Kanser payudara dan paru paru Pembuangan kedua dua payudara – Tahap 4 Amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV (drip) dan terbaring dikatil hospital. Ahli keluarga memberi minuman jus SSG menggunakan tube kemulut. Selepas beberapa hari pesakit telah mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital. Pada hari ke 28 semua ketumbuhan telah susut dan hilang.

 Kes 5) Wanita dari Taiping Kanser payudara Setelah menggambil minuman SSG pada hari ke 3 kudis kanser kering dan sembuh.

Kes 6) Pesakit Leukemia 4 kes pesakit Leukemia telah sembuh setlah menggambil minuman jus SSG. Mereka juga menggamal penggambilan 3 helai daun Guo Sai Por (Ti Tham Tou) seminggu sekali

Kes 7) Pesakit Dialysis Selepas penggambilan jus SSG selama 10 hari, mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan dialysis.

Kes 8) Pesakit Cholesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Asid Uric tinggi dan kencing manis (Diabetes) Setalah menggamalkan penggambilan SSG, keadaan kesihatannya berubah.

PEYEDIAAN DAN PENGGAMBILAN



Walaupun setelah sembuh dari penyakit kanser, bagi memastikan kita sentiasa terlindungan dari diserang semula, adalah digalakkan penggambilan minuman herba sekali sekala.

 Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Jumlah daun digunakan dalam rawatan kanser:
Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 50 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.
Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

PENYEDIAAN JUS SSG

a) Tuangkan separuh cawan air kedalam blender
b) Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
c) Campurkan 11/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan kedalam blender
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f ) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam blender
g) Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
1. Gula dan segalan jenis manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging, ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Margarine
 6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awek muda

Bersama sama dengan SSG, buah buahan seperti betik, biji apricot, serai dan banyak lagi buah buahan dan sayuran segar dan jus dari keduanya boleh diambil bersama dalam rawatan kanser. Sesungguhnya kebanyakan penyakit koronik boleh disembuh dengan makanan pembersihan oksida dalam tubuh (detoxification), pastikan penggambilan pemakanan yang berakali tinggi dan pastikan Ph darah 7.35-7.4. Makan makanan yang organic yang semulajadi dan amalkan hidup secara sihat.

Bagi separuh orang, kebiasaannya pada orang orang Cina, mereka lebih mengutamakan penggambilan sesuatu jenis herba bagi sesuatu penyakit bukan bersendirian. Mereka akan menggambilnya bersama dengan daun atau pokok atau akar herba yang lain. Mereka lebeh gemar penggambilan herba secara kukus, atau masakan berair berbanding dengan kaum lain yang mempelbagaikan ramuan herba dengan cara serbuk, majun, minuman tonik, titisan dan sebagainya.

POKOK BELALAI GAJAH/SABAH SNAKE GRASS/ Clinathanus


Credit to Google

Friday, February 07, 2014

Kisah nuri lagi...

Assalamualaikum....

Fuhhhh!!!! lama sungguh tak update blog...bukan lupa tapi banyak kerja tambah2 dengan musim2 tak sehat ni.. memanjang jer demam.. sekarang ok dah bolehlah update yang tertinggal tinggal tu. Nak update kisah Nuri si bongsu ku. Kisah dia meragam tak henti time nak g sekolah, dah masuk bulan 2 ni, macamana nak mengatasi lagi pun dah tak tau nak buek..huhuhuhu... nak kata malas g sekolah, kerja-kerja sekolah, membaca & menulis nuri suke buat, macam takut jer ngan cikgu2nya.. garang kah cikgu2 sekarang????.. dah pergi jumpa dah semua cikgu2 yang mengajar dia, ustazah sekolah agama siap suruh dia pilih kelas lagi.. apa lagi yang nuri nak lagi ni!!!!!...cikgu sekolah kebangsaan pun dah jumpa, semua baik2, senyum senyum jer bila terangkan masalah nuri ni, ahkak rasa ada kengkawan yang menakut nakutkan dia, cakap kat dia hahhhh kalau tak bawa buku nanti cikgu marah lah, nanti cikgu dendalah & macam macam lagi lah, macam contoh nuri selalu cakap mak!!! dah betul ke ikut jadual.... abah dulu abah sekolah cikgu pernah marah abah tak & macam macam lagi soklan yang dia tanya mengenai sekolah....huhuhuhu...



dia ceria kalau mak dia setiap hari mak dia dok terpunggok kat sekolah tu & layan dia time rehat


terbaru.. nangis...nangis...nangis..

 Nuri sebenarnya budak yang rajin, suka membaca & menulis... nak jadik cikgu katanya. Harap dia berjaya dunia & akhirat.....Aminn...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...