Friday, May 31, 2013

Cerita Hari Ini

Selamat Pagi Jumaat semua dan Assalamualaikum....

Apa yang ahkak nak cerita ni ye..hehehehe... sebenarnya nak cerita pagi ni pasal penunggang-penunggang motosikal di Malaysia ni ler. Ahkak dah lebih kurang 20 tahun dok berulang alik ke tempat kerja menggunakan motosikal (bukan ahkak yang bawa ye, En Usop yang bawa).. ahkak takut weiii bawa motor, pernah try sekali 2, terketar-ketar seiii masa bawa tu  siap jatuh tergolek pun ada..hehehehe.. sampai sekarang ni ahkak fobia nak bawa motor, sib baik lah ahkak tak fobia sebagai penunggang. kalau fobia alamatnya ahkak tak boleh la nak peluk erat-erat cik abang lagi weiii...mengada-ngada tak ahkak & satu lagi yang paling ahkak berchinta  ahkak kene g kerja nak kenderaan lain ler...hissss tidak..tidakkk mungkin tidak (sesekali tu boleh la). Ahkak lebih suka En. Usop yang ambil & hantar menggunakan motor. Kalau naik kereta malas la nak tempoh jalan yang jem selalu, tol lagi, minyak lagi, masa ahkak lagi banyak terbuang. Ehhh malalut pulak ahkak ni kan...Jom baca lagik...

Sepanjang ahkak menaiki motor yang dibawa oleh En. Usop, banyak la pengalaman manis & pahit. Pernah la jatuh tergolek, tapi alhamdulillah x pernah lagi xcident teruk, mintak jauhkan la,.... 5 ke 6 tahun lepas selalu la jugak kene berhenti tepi jalan dan menapak jauh untuk mendapat pomen sebab tayar pancit, sekarang ni bila tayar motor dah moden skit, x pernah sekali pun ahkak dok berhenti. Lagi 1 yang paling tak tahan bila penunggang lain ajak En. Usop berlumba. Ni yang selalu ahkak hangin 1 badan ni, walaupun akak dah berpuluh tahun berulang alik dengan motor, tapi perasaan takut still ada tau.Selalu kene begina time En. usop bawa motor berkuasa tinggi la. Kalau time bawa motor kapcai tak pulak orang nak ajak berlumba. Masalahnya orang yang ajak berlumba ni pun bukan bawa motor berkuasa tinggi pun, cuma motor kapcai jer, ada hati nak berlumba, tak takut ke ekzos tercabut cik abang oiii....tapi serios tabik kat diaorang ni, motor cabuk pun laju wooooo....

Sekarang baru la cerita sebenar ahkak nak citer pagi ni..hehehe..Nampak tak motor kat bawah ni. Ini motor Elegant keluaran Modenas. Mula2 keluar motor ni, En usop dah beli, siap la bawa ke tempat kerja, semua orang dok pandang2 sebab masa beli tu memang masih tak ramai orang yang pakai, bak kata En Usop maybe weols orang yang ke 10 antara 10 orang yang dah beli. memang serios x ramai lagi, masa naik tu adalah perasaan megah sikit..heheheh berlagak tak ahkak....tapiiiii En. Usop dah jual motor ni, pakai tak samapi 6 bulan kot sebab En. usop sibok nak beli CBX (legi besar kuasanya)
Tak lagi sampai cerita sebenar ahkak ni... Jom..jom.. sekarang ahkak citer. Begini citernya, pagi tadi masa weols naik motor Versys En. Usop, ada sorang mamat bawa bini kot naik motor Elegant ni, serios ahkak tabik, laju giler weiiiiii.. ngeri ahkak tengok. Memula tu ahkak dah perasan dia ni macam nak ajak En Usop berlumba jer..(ahkak dah tau sangat2 ciri2 penunggang2 sebini). En Usop ku ini bukan boleh kan.. panas jer jiwa dia tu nak layan perangai2 si pelumba ni.. selalu ahkak lah yang meng"control" keadaan. Selepas 2 kali potong memotong, kejap2 En. Usop potong dia, nanti mamat ni pulak potong, lepas tu En. Usop lagi. Ahkak still diam lagi sebab ahkak tengok keadaan jalan pun lengang, ahkak biarkan kan.. sampai jer nak masuk jalan motor sebelah toll Sg. Besi, mamat ni dengan megah & lajunya (serios ahkak cakap macam dah nak terbang motor dia membelok memotong weols kat mula2 nak masuk simpang jalan motor tu, ahkak tabik springggg la kat mamat ni (bini dia relax jer ahkak tengok, ahkak siap la peluk erat-erat En. Usop, dia boleh relax je tangan dia, dok tegak jer..hehehehe). Lepas dia dah memotong perjalanan weols, baru la En. usop bersuara.. "Laju betul orang tu bawa". Akak diam jer, malas nak layan...hehehe...Selalu ahkak yang akan jadik penyelamat daripada En. Usop melayan kerenah-kerenah penunggang sebegini.

Moral of the story.. berhati-hati la dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Wednesday, May 29, 2013

Nunyi dengan spec barunya

Wajah terbarui Nunyi... sekarang Nunyi dah bermata 4.

Baru nak masuk 6 tahun, dah terpaksa pakai sepec..huhuhuhu... nak buat macamana kan, dia bukan la rabun tapi silaunya dah terlalu tinggi, kalah silau maknya & kak ngahnya. Kak Longnya la yang tak berapa suke adiknya pakai sepec sebab dia anggap kalau dah pakai sepec ni kira dah cacat la..hehehehe.. Semenjak dia tau yang adiknya Nunyi dah buat sepec ni, punya la mengalabah dia, siap kol abah, kol ahkak dok citer ketidakpuasan hatinya itew, tapi nak buat macamana, abahnya cakap kene pki jugak, klu idak lagi teruk sebab Nunyi ni kalau suruh dia baca apa yang kita tunjukan dari jarak penglihatan yang boleh dibaca, Nunyi dah tak nampak, tu yang buat abahnya cukup risau. Sib baik la Nunyi ni dah pandai kenal huruf & nombor, senang la nak meng"test" mata dia tu.

Semalam 28 May 2013, pukul 9 mlm, bermulalah episod Nunyi pakai sepec baru nya itew. Tapi nampak ketara macam Nunyi tak brapa excited. Kalau idak, benda2 baru dia punya, jangan kata kita nak tengok, sentuh pun dia x bagi untuk permulaan la..hehehehe... biasa la kan bebudak..

Oleh kerana C Kak Long x brape suke, abahnya berpendapat, elok la suruh Nunyi paki untuk keadaan yang tertentu jer, jangan pakai sepanjang hari maksudnya.

Ahkak x banyak cakap, cuma berharap Nunyi tak la pki sepec ni sampai ke kanta tebal tu..takuttt gituw..

Monday, May 27, 2013

Jalan2 Hujung Minggu & Jumpa Mak pergi UMRAH

Cuti sekolah dah bermula, tapi ahkak tiada xtvt untuk anak-anak seperti g holiday ke. Kesian juga ler kat anak2 sebab ahkak x byk cuti, cuti yang ada pun ahkak nak simpan sampai hujung tahun, lain ler mcm orang2 gomen, cuti melambak-lambak dapat, cuti ahkak setahun cuma 21 hari jer, itu pun x cukup memanjang..huhuhuhu... Untuk tidak menghampakan anak2 yang ada kat rumah tu, weols decide nak bawa g Karnival Pelancongan Belia 2013 yang telah diadakan di Putrajaya & telah berakhir pun semalam 26 May 2013. Ikutkan memang malas la nak keluar rumah musim panas2 ni kan, tapi oleh kerana abahnya setiap minggu dok la asyik join bykers BELIA ni seluruh Malaysia, anak2 pun naik jelos la kan. Mereka pun tuntut la ngan abah diaorg suruh bawa jugak hari yang last ni. Pagi tak boleh pergi sebab abahnya kene attend hari terakhir ekpedisi Bykersnya tu, abahnya janji bw keluar petang2 skit, tunggu cuaca redup katanya, anak2 setuju je la kan asal boleh keluar rumah & naik kete..hehehehe

Lebih kurang pukul 5.30 ptg weols anak beranak pun bergerak dari rumah menuju ke Putrajaya. Sampai2 je di sana, jalan macam jem skit, mula2 en. Usop suruh la ahkak dan anak2 keluar kete g jalan kaki manakala dia nak cari packing, tapi tau2 je la kalau ada C Kak Ngah, yang perangai dia lain skit moody tak tentu pasal, x jadik la turun, ikut je la mana stering kete nak berhenti, tapi nasib weols memang baik ler sebab dapat packing cantekkk punya..cepat2 la packing kan, x kan dok melangu pulak, dah kereta berderet-deret ni, dok masing-masing mencari packing jugak, nasib ler, weols dah dapat baru happy nak jalan..hehehehe

ni bukan kereta ahkak tau.. tapi kat sini ler kereta ahkak parking, anak2 pun cerdik, dok suruh kereta ni berambus cepat, sebab En. usop nak packing pulak..huhuhu..

Weols anak beranak pun start senaman kaki sudah..sampai jer tengok2 banyak sudah booth2 dah kosong, anak2 start membebel..bla..bla..bla.. ngan En. usop.. entah apa yang anak2 cari pun x tau..ahkak ikutkan jer


ahkak pun buat la xtvt biasa iaitu bergambar, jangan tidak..hehehe




Masa ahkak & anak anak yang ber2 tu dok syok bergambar, ahkak pun baru perasan, mana pulak ilangnya cik abang ahkak bersama yang C bungso ku Nunyi. Pusing2 jap baru perasan rupa2nya En. Usop bawa kat 1 booth yang satu2nya yang belum berkemas iaitu kedai cermin mata. Rupa-rupanya nak test mata C Nunyi. memang En. Usop dah mula risau ngan mata Nunyi sebab selalu kalau bawa g jenjalan, weols memang selalu suruh Nunyi ni dok baca & spelling perkataan2 yang terdapat disepanjang perjalanan weols. selalu sangat C Nunyi ni kata tak nampak la abah.

Mula2 takut2 berani la pulak bila testing bermula..

Abah kene dok dekat & peluk dia, baru dia berani. Sib baik la Nunyi dah kenal huruf & No. Kalu idak susah juga ye nak test tu..
Akhirnya "TERtempah la spek untuk Nunyi..hehehehe Esok lusa bermula la Nunyi ber mata 4. Ahkak sebenarnya tak berapa suka anak2 pakai cermin mata ni, tapi kes Nunyi ni dia dah tahap serios. Power cermin pun dah tinggi, kalah C Kak Ngah yang pakai spek tu...

Dah settle semua kat kedai ni, weols menapak lagi menuju ke tapak JOM Heboh pulak, tapi banyak kedai dah tutup, ingat nak rembat barang2 yang RM10 utk 1 bag tu macam keluaran MAGGI ke atau yang lain2 la yang selalu ada kat JOM Heboh. Jelos tau ahkak tengok ramai orang dok jinjeng bag tu, tp weols x dapat..huhuhuhu dah tutup.. tapi okey jugak la kan sebab poket ahkak x luak..hehehehe

sementara menunggu C Nunyi main kat Play Ground yang kene bayar tu, kakak2nya dok sibuk bergambar je kejenya..

Selepas bagi peluang kat Nunyi main lebih kurang 1/2 jam (jadik la kan sebab weols ada tempat lain nak g ni) weols pun bergerak ke Balakong pulak. Nak tau tak?..nak tau ?.. buat apa weols ke sana...JOM skodeng kat bawah ye..entah apa2 la ahkak ni kan..saje jer kan...hikhikhik
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"





taraaaaaa, ahkak sefamily jumpa Mak & Atok A.K.A. Ayah nak g Umrah lagi. Baru je pergi bulan Mac lepas, dah nak mengulang ke ke sana lagi. Memang rezeki Mak & Atok tak pernah putus..Kali ni pihak Travel Agensi bagi 1/2 harga kat Mak & Atok sebab setiap tahun menggunakan perkhidmatan Travel ni Alhamdulillah & Aminnn....Ahkak hanya mendoakan kesejahteran & kesihatan untuk Mak & Atok semoga perjalanan ke sana diberkati hendaknya. Selamat pergi & balik untuk Mak & Atok juga..


Thursday, May 23, 2013

Farewell

Hari ni betul2 kenyang sebab dari malam tadi hingga la ke tengahari ni asyik makan besar je kerjanya saya ni. Macamana la nak diet ni..huhuhu ..badan dah semakin tembun, dari sehari ke sehari tak jugak menjadi saya punya diet..tulunnnnnn....Hari ni Farewell officemate untuk Noraiyati & Rina, makan2 kat HOMST Shah Alam. Dah la malam tadi hubby bawa makan kat restoran HOMST ni jugak tapi branch Kajang ye, meraikan anak yang no. 4 ke 13 tahun. Menu order ikut selera mak abah..heheheh... tapi sib baik anak2 dah biasa kat restoran ni, diaorang dah suka ngan makanan yang dihidangkan. Restoran ni memang popular jugak kan. Harga biasa la kan kalau dah namanya Restorang popular. Tapi berbaloi dengan keenakan masakannya.

Sebelum berangkat ke HMST Shah Alam, jom kita bergambar dulu..

 bawah ni antara hidangan yang diorder, yang tak letak nama dish tu, maknanya ahkak dah lupa..huhuhuhu..
sayur goreng

taufu

Yam Basket

Kerapu masak asam pedas



Butter prawn

pencucui mulut "Mango Lok-Lok..nyummmnyummm.. sedap seii.. makan musim panas2 ni

Friday, May 17, 2013

Suara Hati




Citer ni sebenarnya minggu lepas punya (11.05.2013). Tapi disebabkan ramai yang rasa ketidakpuasan hati, ahkak tergerak nak meluahkan perasaan kat sini...huhuhuhu... maaf la ye kalau ada sesiapa yang terasa (untuk kawan2 setaman).Mula2 ahkak x nak ambil pot sangat, ingatkan ahkak sorang je yang perasan & tidak puas hati, rupanya orang2 AJK sendiri pun ramai yang tak puas hati rupanya, sehingga ke hari ini rupanya citer ni x habis2 sehingga la ahkak perasan sorang daripada AJK tertinggi (penganjur) meluahkan perasaan yang beliau mendapat kritikan kot. Pada ahkak dia kene terima ketidakpuasan org2nya, tambah2 lagi peniaga yang berniaga pada hari itu. Kene tengok apa silapnya, jangan lagi asyik nak menegakan benang yang basah lagi..Eeeehhh korang mesti tertanya-tanya kan apa sebenarnya ni..Cer citer...Cer citer...

Begini citer..hehehehe
Kat taman ahkak ni telah mengadakan Jualan Amal la kononya. Sewa tapak gerai RM50,.00 (berniaga dr kul 8pg hingga 5 ptg). Pada hari tersebut ahkak telah mengambil 1 tapak untuk berniaga tudung2 & baju2 Pre-Loved ahkak ler. Sebenarnya hubby ahkak tak brape setuju sebab katanya sewa mahal, ada ke orang nak datang (ni 1 hal yg paling besar sebenarnya) tp jap ahkak citer. Cik hubby cakap "U" berniaga kat Kajang metro pun baru RM20.00 (tempat cantikk, air-cond ada, ramai orang (ini pasti), itu ler antara kata2 cik hubby) tapi saya x endahkan sebab ramai kengkawan taman yang akan turut serta, seronok je lebih..huhuhu.. Pagi tu orang x ramai lagi, ahkak dah tertanya-tanya, terbisik-bisik..huhuhu nak tau tak, ahkak jual bj Pre-Loved ahkak tu semurah-murahnya RM10.00 selai tau, x pada hal bj2 ahkak tu bukan calang2 bj tau, mana adanya beli baju kat pasar2 malam ni, baju ahkak x pernah masuk mesin, semua bsh pki tangan, mmg sesiapa yang beli berbaloi-baloi sangattttt!!!!..tapi disebabkan orang x adaaaaa..baju ahkak x la laku seperti yang diharapkan, sib baik tudung TRIBAL ahkak ramai yang beli (ambil 1/2 leave tau jumaat tu, nak g ambil stok)...huhuhuhu

Sebenarnya PROMOSI terrrrrrrsangatlah penting. Masa penganjur bagi borang, ahkak dah siap tanya mengenai Promosi ni, Wahhhh dengan bangganya siap ckp akan diletakan banner smpi 3 kat simpang2 memasuki taman ahkak ni, tapi hampehhhh... bayangkan Jualan Amal diadakan 11 May 2013, tapi pada hari khamis sebelumnya iaitu 9 May 2013, ahkak siap kol sorang kawan yang dok kat taman luar2 sana menanyakan hal2 ni, sorang pun x tau..ni yang buat ahkak hangin 1 badan, APA KERJA YANG DIBUATNYA OLEH PENGANJUR NI.... KALAU X TAU BUAT JANGAN BUAT KAN20X. Rupanya last minit baru la nak buat, nak buat surat la (siap ckp penat buat surat, apa yang penatnya pun x tau ler, dah buat 1 tu print la byk2 beribu-ribu pun x per (x penat pun, letak kertas byk2 & print - boleh masak, boleh basuh baju lagi time tu), ni penat mcm nak buat isi surat lain2 pulak., kalau lain2 tajuk tu memang la ahkak percaya). Lagi sehari sebelum berlangsung br nak bg kat org ramai, dengar citer lagi siap nak salahkan AJK yang ditugaskan menghantar surat2 ni pulak.....camno tu...huhuhu...

Hadiah lucky draw punya la banyak, sehingga semua orang boleh dapat (tu x per la jugak, tapi tgk2 & perasan ada org luar pulak yg dapat lebih & besar2 hadiahnya) x pada hal no2 lucky draw diberi untuk peniaga & AJK je..ni lagi 1 ketidakpuasan ahli2 AJK sendiri. Ada jugak yg ahkak dengar diaorang cakap hadiah2 yang last tu semua besar2 & yang dpt ialah Penganjur Tertinggi sendiri & BFF dia sendiri, memey la ahkak cakap sebab hadiah2 sape yang control.. sendiri kene ingat ler..hehehehe...(Salah 1 ahkak x nak join AJK kat taman ni semua sebab2 ini la, sebab semua GILERRRRRRRR KUASA).

Ahkak sebenarnya x lah ambil pot sewa tu, tapi sebab yang paling UTAMA ialah pengunjung x ada..huhuhu..yang datang semua orang2 taman tu sendiri, Klu ikutkan yang datang x smpila 30 orang pun.. cer kengkawan bayangkan...huhuhuhuhu...lagi....

PERINGATAN UNTUK PENGANJUR:
1. Jangan melenting apa yang orang ramai luahkan atas ketidakpuasan hari mereka, sebagai penganjur, kene tengok apa silapnya, perbaiki diri & kata2, dengar pendapat orang ramai, baru maju jaya..
2. Promosi sangat, sangat, sangat, sangat laaaaaaaaaaah penting. Dah diberi tugas, kene tunaikan tanggungjawab, kalau idak BERDOSA (kata anak2 saya).
3. Jangan pentingkan diri sendiri dan BFF jer...
4. Kalau x sanggup buat, jangan meng"offer" diri nak jadik Penganjur. Ahkak sendiri pun x sanggup weiiiii.. banyak tau kene pikul tanggungjawab..


Sian kat C kenit ni semua, nak menanti hadiah punya la lambat, apa punya Penganjur, budak2 tu dah berderet dok depan menungggu hadiah, bagi ler kat budak2 dulu kan..(kat sini pun dah nmpk silapnya)

Wednesday, May 08, 2013

Saya sudah

Dah 3 hari berlalu, ahkak baru nak update kat blog ni...huhuhuhu bukan apa ahkak busy bebonar, tambah ngan demam & batuk lai..tapi hari ni dah berunsur pulih, ahkak x telan ubat pun, x suka, klu demam ke batuk ke jarang sungguh ahkak ambil ubat, kecuali klu kene bersin, tu memang laju ahkak telan ubatnya...heheheh ehehehhhh melalut pulak ahkak kan. Tanggal 5 Mei 2013, untuk yg ke 2 kalinya ahkak menjalankan tanggungjawab sebagai Rakyat Malaysia.. hah!!! baru 2x..huhuhu memang rugi kan, tapi apa nak buat, dah tua2 ni baru timbul rasa kesedaran kepada Negara.. Hari tu ahkak g mengundi bersama cik abe ahkak ler di SK Bandar Teknologi Kajang. Malas nak turun pagi, sebab pikir mesti ramai orang (tengok FB kengkawan taman dok report, orang ramai wei...) tu yang tunggu lepas zohor. dalam kul 2.30 ptg weols pun dengan lenggang kangkung baru bersiap nak turun mengundi, ingat x ramai orang, rupa2 sangkaan teman meleset sungguh.. berpeluh-peluh weiiii teman beratur, ni semua gara2 memasing nak pakai inai la ni..huhuhuhu

Weols sudah.....bukti walaupun dakwat ni menjadi isu hangat..

Keputusan SPR PRU13 pun sudah diketahui..
Barisan Nasioanl BN (133 Kerusi Parlimen) VS Pakatan Rakyat PR (89)
Keputusan dah muktamad, tapi sehingga sekarang masih lagi terdengar suara2 yang tidak puas hati, tapi ini semua adalah pilihan Rakyat, kene terima la hendaknya. kepada mereka yang inginkan satu perubahan ternyata tidak berjaya, jangan putus asa ye, cuba lagi 5 tahun akan datang.





Gwiyomi by Nunyi

https://www.facebook.com/photo.php?v=10200699940293423&l=5834413245672960710

Thursday, May 02, 2013

Pernah kene tak

Assalamualaikum....
 
 
Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu... hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:
Petua Mencari Barang Yang Hilang

Petua 1

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2

Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3: Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doanya:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi: “ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...