Saturday, March 23, 2013

Dadih

Amboiiii lamanya tak update blog ahkak nie... bersawang sudah.. sebelum sawangnya makin tebal, jom la ahkak update skit, sempoi2 punya cerita... hurmmm.. citer apa ni ye, sebenarnya banyak xtvt yang ahkak buat tapi disebabkan dah lama dah bukak blognya ni, rasa mcm tak best nak cerita benda yang dah basi.. lagipun bercerita tanpa gambar tak best la kan. Ok la ahkak letak resipi sempoi jer, ini pun request dari dah Nunyi yang tengah demam.. katanya antara dialog yang dia sebut..."Makkkk perut Nunyi ada bunyi laaa... mak masak apa hari ni?... ermmm mak masak kari?.., tak nak la, boleh tak mak buat macam kat kedai Cik Ina tu (tak tau nama tu..hehehehe..biasala la kan budak umur 5 thn) sebenarnya DADIH...Ok nant mak buat sebab bahan2 semua ada kat rumah, dah ada yang request & penyakit Rajin pun ada, jom la kita masak...

resipi ni ni ahkak ikut kat belakang peket dadih tu jer..tapi ahkak tambah Nata D CoCo jer untuk tmbh sedap..boleh la ahkak tulis kat sini:
 
Bahan-bahannya:
1 peket serbik dadih (ahkak suka perasa mango)
3 liter air
1 senduk gula
1/2 tin susu cair
sedikit air gula dari nana d coco
nana d coco
 
Cara-cara:
Masak air bersama gula, dah masak tutup api dan curahkan serbuk dadih dalam air tersebut.Masukan 1/2 tin susu cair, kacau sebati. Tuang adunan dalam bekas. lepas tu boleh la sendukan buah nana d coco tu & masukan dalamacuan tadi. Siap...sejukan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih nyumm..nyumm..nyumm..

Monday, March 11, 2013

Mak pergi UMRAH

Hari ni, Emak & Atok terchenta pergi lagiiii untuk mengerjakan Umrah. Bestnya rezeki emak, ahkak sebagai anak memang sentiasa mendoakan kesejahteraan emak sebtiasa. Bila la rezeki ahkak pulak nak ke sana kan...hukhukhuk.. Kadang-kadang rasa cemburu melihat pemergian emak ke sana entah ke berapa kalinya. Rasa-rasanya setiap tahun selepas mengerjakan Haji. Pernah jugak emak pergi dibulan puasa, genap sebulan sebab nak merasa berpuasa kat sana katanya... memang rezeki emak memang murah sekali. Kalau diingat-ingat masa kitaorang masih kecil-kecil, mak la sorang menjaga dan mendidik kami lapan beradik tanpa seorang lelaki bernama suami. Ayah kami telah meninggal dunia pada tahun 1980, masa tu mak masih berumur 36 tahun. Nenek yang sakit tua & nyanyuk, emak kami la menjaganya selama lebih kurang10 tahun. Mak tak pernah bising, walaupun adik beradik mak ramai, tapi sorang pun x hingin menjaga. Iye la kan.. sape la nak melayan kencing berak nenek yang bertaburan merata-rata. Bak kata pepatah " Mak boleh menjaga anak 10, tapi anak yang ramai tu belum tentu dapat menjaga emak yang seorang"..Seingat ahkak la, emak walaupun berstatus JANDA mak tak pernah mendapat sebarang bantuan di kampong tempat lahir emak sendiri. Tak pada hal, apa salahnya bagi bantuan untuk nenek kami tu ajer, tapi hampeh... Setiap tahun emak hanya mendengar orang itu.. orang ini mendapat bantuan kerajaan  walaupun orang tu ahkak rasa lagi senang dari mak ahkak. Bayangkan emak ahkak dari kerja penoroh getah (smpi rosak la kulit pokok getah) sebab mak x pernah tau nak toreh, tapi disebabkan kesempitan, emak buat jugak, last2 emak kerja sebagai "Konduktor bus" sehingga la mak pencen. Orang kampong & sekeliling hanya tau bercakap "Mak Orang Kaya" alhamdulillah berkat mulut orang kampong yang selalu mengata mak "Orang Kaya" akhirnya menjadi kenyataan. Bukan la bermakna mak dah menjadi orang kaya, tapi cara hidup mak tu..Ahkak memang respect ngan cara Mak.. mak seorang yang baik hati, banyak mengalah, hanya menurut jer..ikut jer...arahan orang2 yang berlagak kayo, kadang-kadang kami adik beradik marah jugak ngan mak.."Mak ni ikut jer acik ni suruh.. tapi apa yang mak dapat..huhuhuhu...itu la antara kata2 weols adik beradik. Selalu time nak mengundi, mak la orang suruhan kaki2 bodek UMNO.. bantuan 1 pun x dapat... x per la.. dah bukan rezeki mak.. Tapi kami bangga dengan emak sehingga kini............

Alamak, beremosi pulak ahkak...ehehehehe.. Ampunnnnnnnnnnnn.........

gambar ehsan dari FB Qaseh Emelda
Ini la emak kesayangan kami semua, bersama "Atok" suami baru emak.. Suami baru lagi ka...hahahaha

Ganbar ehsan dari FB Annie Jay
Tak dapat turut serta hantar mak ke KLIA malam tu sebab , tapi Insya-Allah balik nanti turn mengambil pulak

Semoga pemergian Mak, Atok & Kak Long dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dapat mengerjakan semua amal ibadah dengan sempurna. Kami hanya mampu berdoa semoga selamat pergi dan balik.

Wednesday, March 06, 2013

PRAY FOR SABAH

Tiada siapa pun menjangka akan terjadi perkara begini di negara kita kan?. rasa tak tenang dengan kes pencerobohan di Sabah. Jiwa bertambah kucar kacir semenjak dengar citer dari kawan yang balik tergesa-gesa ke Semenanjung dek kerana takut.. teringat kat anak, Kak Long yang belajar di UMS. Secepat kilat menelipon untuk dengar khabar terbaru. Apa yang mak baca & dengar, betul la tuh, katanya nya ringkas....hanya DOA saja buat masa ni kita panjatkan agar seluruh rakyat Sabah selamat dan dijauhi perkara2 yang lebih buruk. Bertabahla buat teman-teman di Sabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini. Semoga ketegangan ini segera tamat. Takziah kepada perajurit yang terkorban. Andai langkahmu ke medan juang untuk memperjuangkan agama dan negara, Insya-Allah gugurmu ini sebagai syahid.

terima kasih perwira bangsa negara, sanggup berpisah dengan keluarga demi menjaga keselamatan dan keamanan negara. Semoga Allah permudahkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...