Thursday, August 30, 2012

Celebrate Along

Malam tadi bawa anak-anak g makan malam kat 1 restoran Cina Muslim, area kajang jer (lupa lak nama restoran ni). Kawan2 hubby yang cakap makanan nya sedap2 tapi maheiii skit la kata diaorang. ... Hubby nak belanja Kak Long Mimi katanya, sebab sabtu ni Kak Long dah nak ke UMS, Sabah... jauh tu..huhuhuhu





Sunday, August 26, 2012

Open House


Setiap tahun di musim perayaan Aidil Fitri, anak-anak memang rajin bawa kawan datang ke rumah untuk beraya. Masa ni la saya akan membuat sedikit makanan untuk dijamu. Seronok tengok diaorang ni semua, Budak-budak ni pandai betul memuji, setiap tahun mesti dapat pujian dari diaorang ni semua. Terima kasih jer la Makcik ucapkan sebab sudi datang ke rumah & berkawan ngan anak Makcik ni. harap berkawan tu biarlah sampai bila2 ye, Teringat masa kita dulu2 pun macam ni jugak kan...

Yang ni kawan Nuri, 1 tadika, umur diaorang ni 6 tahun, Nuri jer baru 4 tahun setengah. Pandai sungguh diaorang jalan2 & datang beraya, Nuri masih saya tak berani nak lepaskan lagi, nanti entah mana-mana dia pergi..


Yang kat bawah ni pulak gorup Kak Long pulak




yang ni pulak Gorup Kak Ngah, group yang ni sampai malam sebab tunggu Kak Ngah habis kerja





Saturday, August 25, 2012

Raya Weiii

Apa kita nak buat ni Ijut(panggilan untuk adik). Mak tak sampai2 lagi ni, Apa kata kita semua pergi ziarah kubur, mana tau kita jumpa mak kat sana?. Cadangan saya diterima oleh adik. Hubby, anak2 & adik ipar follow jer..... sampai di kubur kelibat mak tak nampk, akhirnya selepas ziarah kubur arwah, ayah, nenek, pakcik makcik, kitaorg pun balik & singgah beraya di rumah mak saudara. selesai 4 buah rumah weols redah, adik pun berbisik kat iols...apa kata kita g rumah Atok "ayah baru kuuuu". Berjalan kaki la weols semua ke rumah Atok, akhirnya jumpa la jugak Mak, dah tengahari udah masa tu...huhuhuhu. Masa nak balik, weols pun ajak la mak sekali balik ngan kitaorg.. Ni la mak weols, siap bw balik pokok bunga yang dia tanam, sebab pasunya dah pecah..ini mak weols yang tak pernah menang tangan ngan bunga-bunganya.
 hah...nampak tak?. Itu la Atok, suami baru pada mak weols.

 Sampai berjemput mak bawa balik ke rumah...huhuhuhu...


Raya ke 2, baru dapat bergambar bersama Mak tersayang & nenek pada anak2 ku

Syawal 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog. Sudah 7 hari kita semua umat Islam meraikan Syawal. Sekejap je rasanya masa berlalu. Tiada apa yang nak diceritakan sambutan Syawal ni, semuanya biasa2 sahaja. Raya tahun ni saya sekeluarga meraikan Syawal di Melaka, sedikit kecewa sebab tiada mak tersayang dipagi Raya, al-maklumlah... mak sudah bersuami baru... tapi tak per la, mak bahagia, kita anak2 cuma mendoakan yang terbaik untuk Mak tersayang.






Beraya la saya sekeluarga dengan adik sekeluarga. Apa-apa pun raya kami tetap meriah dengan hiruk pikuk anak-anak, anak2 buah & jiran2 yang datang bertamu. Alhamdulillah...

Wednesday, August 15, 2012

Pengganti diri

PEJAM CILIK..PEJAM CILIK.. DAH NAK HABIS SEBULAN KITA BERPUASA. LAGI 4 HARI LAGI KITA SEMUA UMAT ISLAM AKAN MENYAMBUT BULAN SYAWAL PULAK. DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA BLOGGER
Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
...
...
TERpukul kat mana-mana
TERpekik ditelinga
TERhantuk dikepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena
SEMOGA DIMAAFKAN. KERANA YOU LAH KAWAN 1 DUNIA DAN AKHIRAT.
BERHATI-HATI MEMANDU UNTUK MEREKA YANG BALIK KG TU YE..

Tuesday, August 14, 2012

1st membaking cookies

Hari ahad lepas baru la berkesempatan membuat cookies..huhuhu...Ingat malas dah nak buat, tapi anak2 dok bising, bila la mak nak buat biskut ni... Masa nak buat mmg suka sangat la sebab C kecil ku Nuri tak der kat rumah, dia g tidur rumah Mak Andaknya di Semenyih, hari sabtu lagi dah perginya... top2 tengah2 sibuk kat dapur mengeluarkan barang-barang keperluan membuat cookies, tiba2 dengar sanyup2 suara dia bagi salam...Alamak?... dia sudah balik... knape pulak cepat la baliknya nie (dalam hari elr..hehehe). Ermmm startla perang mulut ngan dia masa membaking..huhuhu

Ini la rupa cookies yang aku buat "Cornflakes Rangup", ambil resepi dari blog kesukaan ku "Sinar Kehidupan". Trima kasih banyak2 ye kak.
buat sampai 3 adunan, sebabnya banyak tempat nak bagi, 1 balang untuk Mak, 1 balang untuk Mak Mertua & selebihnya kat rumah sendiri. Tapiiiiii... nampaknya macam nak habis jer...huhuhu anak2 asyik makan selepas berbuka & bersahur. Tinggal kan la sedikit ye, mak dah malas nak topup dah ni...huhuhu


kan sudah ku kata, sudah dibuat main dengan penimbang ku, selepas berperang mulat & tangan ngan budak ni kat dapur...huhuhu...

Friday, August 10, 2012

Setiap kali tibanya Hari raya, mesti ada ni kan, BUNGA API. Walaupun anak2 semua perempuan, Bunga Api WAJIB beli oleh abahnya setiap tahun. Masa anak 2 ke 3 orang duit bunga api ni boleh mencecah ratusan ringgit jugak la. Sekarang anak2 dah semakin membesar & keperluan mereka pun dah meningkat, budget beli bunga api pun terpaksa la dikurangkan.

Aksi Nuri & Bunga Apinya

Sunday, August 05, 2012

Mengemas

Lamanya tak update blog ni. Asyik ngan FB jer... Belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam seluruh Dunia & Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tak berapa lama lagi akan menjelma. Minggu ni mood rajin dah tiba, pepagi lagi lepas sahur xtvt nak mengemas meluap-luap, yang mana satu aku nak dulu kan ni, nak turun kan langsir, pasang langsir baru kah?... tak mungkin, tak mungkin, terlalu awal la pulak, nnt hilang seri masa raya. Last2 aku ingat nak lap2 semua perabut & perhiasan yang ada, Punyala banyak habuk melekat, tak pada hal rumah bertutup 24 jam (macam tiada penghuni)..heheheh habuk..habuk..habuk.. kenapa la ko boleh masuk ke dalam rumah ni...

Tak der gambar mengemas aku ambil, sebabnya, semua anak2 dok tidur, sorang pun tak tolong, elok jugak tu, nnt kacau bilau dibuatnya, baik ler aku buat sorang2.


Ini adalah antara hiasan VANTAGE yang aku ada, ini pun dah dekat RM1K jugak tau...Kalau la kilang Vantage ni masih ada di Jalan 223 Petaling Jaya tu, mungkin dah banyak stok Vantage aku, tapi diaorg dah pindah...huhuhuhu Sampai hubby cakap "elok jugak ler vantage tu pindah, klu idak entah apa2 lagi ler yang saya bawa balik lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...