Wednesday, August 12, 2015

Wedding anak buah lelaki

Tradisi lama yang telah lama ditinggalkan dihidupkan kembali oleh Mak pengantin, (Kak Ngah kite ler..)



Alhamdulillah, dapat jugak berkumpul semua adik beradik, bergambar bersama walaupun pada mulanya masing2 sibuk dihari persandingan tu. Sib baik ler ada ahkak mulut kecoh ni yang terpekik terlolong, tercari cari adik beradik untuk dapat sama sama berkumpul untuk sessi bergambar. Moment yang terindah pada kami sekeluarga ni, sebab bukan senang nak berkumpul bersama kalau tak ada kenduri macam ni. Harap hari raya & kenduri biasa2 pun memanjang jer tak sama time berkumpul.. tu yang berusaha sakan time wedding tu nak jugak bergambar kenangan..Akhirnya dengan berkat usaha ahkak jugak berjaya..


Suasana raya EidulFitri 1436H (2015)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Semua...


Kali ni memang lama betul tak bersiaran kat sini..huhuhhuhu...
Penyakit M melanda tahun ni memang teruk sangat, sampai tak boleh nak diubati..huhuhuhu..

Kali ni Raya di Melaka lagi sebabnya Raya di Bota Perak dah tak ada orang tua..Tapi kami tetap balik ke Perak. cadangan awal nak balik ke Perak 3 hariraya, tapi sebab Kaklong Mimi ada interview Isnin 4 hariraya tu terpaksalah kami meninggalkan kampong Melaka awal...nak buat macamana, tak puas nak beraya di kampong sendiri.. ada saje halnya kalau anak2 dah besar, dah ada hal sendiri.. Its okey lah kan, asal beraya tetap meriah..

Saya belanja gambar jer lah, malas nak karang2 & menaip bagai..ok jommm layan gambar raya kami tahun ini..Nak sedondon ijau tapi hubby x nak ijau, dapat bj melayu turqoise, tp itew tiada masalah, byk benda yg kita boleh edit..hahahahaha..

Raya tahun ni rumah my mom ada sesiapa yang balik balik beraya 1st raya tu, pagi raya kami sefamily jer yg ada. tak ada ler gambar anak sedara anak cucu semua..cuma gambar kami saje2..




Sib baik mak singgah rumah jap, dapat lah bergambar bersalaman..

Perasan x color baju my hubby dah berubah, edit ler apa lagi, memang nak sgt hubby paki ikut tema, ijau emarld green yg ahkak beli dah cantik sgt dah tapi sebab sendat, suruh hubby g tukar, blk2 tgk dia bw color lain, alasan yg tak boleh diterima color tu dia x suke tak kene ngan kulit dia katanya...huhuhu... last2 nak jugak color sama, kite edit ler apa lagi kan..asal nmpk sedondon..hehehehe..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...