Wednesday, April 30, 2014

Bulan Rejab



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Masuknya azan maghrib, Rabu, hari ini dah masuk bulan Rejab, bulan dimana catitan amalan kita ditutup & diserahkan kpd Allah SWT & digantikan dengan yang baru. Sebelum catitan ditutup saya ingin memohon maaf atas segala dosa, halalkan makan minum. "Barang siapa yg memperingati bln Rejab kpd saudara2 semuslimnya, maka api neraka diharamkan menyentuhnya". Sama2 kita mempertingkatkan lg amalan ibadah kita di bulanAllah ini..Insya Allah semoga segala amalan ibadah diterima & diberkati Allah.. Amin..

Selepas itu Syaaban kemudian Ramadhan. Sesiapa yang belum habis ganti puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT


.

 Doa bulan Rejab

Monday, April 21, 2014

Catuan Air Di Negeri Selangor

Catuan Air di Negeri Selangor, rasa-rasanya dah lama bermula. Mula-mula dulu kawasan rumah ahkak tak terlibat. Rasa happy sangat2 rasanya masa tu, siap bermegah megah lagi kunun ngan kengkawan yang terkene tempias catuan air ni, tapi tak ku jangka, kawasan rumah ahkak pun terkene jugak akhirnya, itu pun di Peringkat 4..khakhakhakha...kengkawan pulak yang gelak balik kat ahkak...huhuhuhu....

Jadual Catuan Air Peringkat 4 - Zon 3


Mula-mula kene tu memang terasa macam susah sangat ye bila air dicatu, Semua kerja jadi tergendala, kain baju & masak memasak semua terhad. Walaupun kerja semua terpaksa dicatu sebagaimana air dicatu, tapi yang ahkak rasa mulut ahkak ni jer yg tak dicatu, penat weiiii pot pet pot pet kat anak2 suruh jimat2 air, ingat kalau ada anak kecik jer terasa susahnya, ini anak2 dah besar pun susah jugak nak contro supaya diaorang jangan membazir air. Macam ahkak ni memang terasa nak guna air lebih skit sebab tau2 e la kan, semua anak2 pompuan, time datang bulan, bukan boleh guna air skit, tu yang kekadang rasa tension jer rasanya, TAPIII itu hanya lah masa awal2 catuan air dilakukan, sekarang sudah tidak lagi..yeahhhhh macam dah rasa biasa plak (eksyen je ahkak kan...).

Yang penting masa air dibuka, masa tu ambil la peluang basuh2 semua baju, pinggan2 mangkuk yang tergendala tu cepat2, jangan ditangguh tangguh. Simpan semula air dalam bekas2. Akak time 1st air datang memang ahkak pulun kerja tadah2 air ni semua.Semua ahkak buat sendiri. Tak susah hubby & anak2 ahkak semua..huhuhuhu... Masa tu memang ahkak tidur lambat dari biasa, semua ahkak settlekan dalam masa 1 hari.


WEIIIIII....TADAH AIR WEIIIII.... CEPAT!!!!!!!!!!CEPAT!!!!!!!!!!!CEPAT!!!!!!!!!!!!!...
happy sekarang sebab dah terbiasa bila musim air kene catu ni, idok ler lai g mandi rumah orang..kihkihkih..





Monday, April 14, 2014

Celebrate besday with family

Assalamualaikum semua....

Citer pasal holiday pun tak habis lagi dah nak citer benda baru plak...kene citer gak sebab ni citer panas, baru kuar oven gitu...kihkihki..

Ni citer pasal besday ahkak yang sama date ngan anak yang sulong. Bangga tak ahkak date besday sama, dah anak sulong, tapi biasalah kan ahkak ni bukan lah dari kalangan orang ada2, ahkak sambut besday pun simple2, tak ada lilin2, tak ada party2 ye kengkawan.

Cerita nak sambut besday ahkak & C Kaklong tidak dirancang. Date besday jatuh pada hari ahad 6 April, tapi sebab anak2 yang besar 2 orang tak tinggal bersama, mood nak sambut besday ahkak kurenggg.. tapi anak2 yang lain bising2 gak.. knape tak g makan2 kat luar kata diaorang. Kol anak yang sulong, ucap selamat kat dia, tak sangka dia beria-ia nak balik jugak sebab hati dia kat Kajang, bukan kat UMS katanya, dia tak happy kalau dia tak balik. Kesian punya pasal (takut gak kan nnt exam this week dia x boleh buat plak dek kerana kesedihan dia tu nanti, ahkak pun booking lah ticket AA (kira ahkak belanja dia beli ticket kat dia). Bukan main happy dia bila dia dpt tau ahkak dah booked ticket balik semenanjung.

Oleh sebab anak2 dah ada, ahkak decide nak masak sendiri, bincang ngan en. hubby dah sambut kat tempat Kak Ngah pulak, tak pyh susah2 suruh dia balik Kajang kan. Semua dah setuju nak sambut kat tepi tasek yang cantik kata Kakngah kat Proton city katanya. Last2 bila dengar en.hubby nak terus balik kg rumah MIL, ahkak terus tak ada mood, bukan ahkak tak suke bila nak balik kg tu, tapi sebenarnya ahkak kesian kat hubby ni nanti, janji hubby balik kejap sebab sabtu tghari bertolak balik Kajang, tp ahkak memang tau sangat2 perangai dia ni, klu dah sampai kampong dia, selagi tak malam selagi tu tak bertolak lagi dari rumah dia, dah lah kul 4pg ahad nak hantar kaklong ke airport.. tak pasal2 mengantuk terus terbabas kesiangan..ticket AA bukan murah weiii.... ahkak bukan orang ada2 yer.. semua kene jimat cermat selagi semua anak2 masih sekolah & memerlukan perbelanjaan tinggi. Untuk pengetahuan kengkawan, ahkak rasa family ahkak lah berhabis duit pulang ke kampong setiap bulan, lepas Melaka Perak, lepas Perak Melaka, memang non stop setiap bulan, EKAU HADO......selagi orang tua masih hidup kita kenelah berbakti kan..Semoga kedua ibuku (Ibu sebenar & Ibu mertuaku) sehat2 selalu & dikurniakan kesihatan yang baik2 jer..

Akhirnya, weols celebrate besday ahkak sefamily di Taman Botani Putrajaya jugak. Balik kg minggu ni ye kengkawan...

jom layannnn....

punyalah jauh menapak sebab nak duduk tepi tasek jugak..dah angkat bekalan makanan, berat tau

Sambut besday sekali 3 orang, mula2 nak sambut ngan Kak long jer, tapi fikirkan Kak ngah pun lagi 2 minggu lagi nak besday, ahkak rasa eloklah kita buat sekali, kaklong pun ada kan...nanti nak jumpa kaklong kene tunggu bulan 6 pulak.

 Sib baik ada monopod senang ambil gambar, nak bawa tripod en. Hubby selalu lupa, iye lah tripod dok dalam almari jer kan..

 hadiah untuk 3 orang...

lepas makan2 dah kekenyangan, weols bergambar berselfie memasing

 Tak kan anak2 jer nak berselfie kan, ahkak pun nak jugak, sib baik mood en. hubby ok time ni, klu idak jgn harap ler pasal bergambar-gambar ni, tak hingin dia..
Kuch..kuch..hota hi ahkak nampak...

Friday, April 04, 2014

2nd day - Part 2

Assalamualaikum... Jom sambung Part 2 untuk hari ke2 pulak, sebenarnya dah x ada modd nak sambung citer sebab dah lama tergendalakan. Tapi tak per lah saya buat sehabis ringkas untuk habiskan Part 2 ni ye.. Selepas berpeluh ketiak mendayung sampan (macam iyo iyo jo kite yg mendayung).. group ahkak terjah memborong kraftangan kat jeti tu pulak sebelum bertolak balik ke bandar Ho Chi Min. Mana2 pergi mana pernah tak menghabiskan duit untuk shopping kan kengkawan, orang pompuan biasalah bab2 shopping ni macam satu kewajipan, ahkak tak tau ler kot2 ada kaum hawa yang tak berapa minat nak shopping, kalau ada memang ahkak tabik spring ler & boleh mintak petua macamana boleh tahan hawa nafsu untuk membuang duit semua tu.

ni antara gerai2 yang terdapat dijeti tempat last pelancong sebelum bergerak balik ke bandar ho chi min.. ahkak kat sini memborong homemade bag, tshirt HARD ROCK (kemain lagi, tapi kain quality tip top dengan harga mampu milik tau) & key-chain untuk buah tangan sedara mara & kengkawan, jangan tidak, dah pergi tempat orang kan, beli la skit sebagai ole2 dari sana.

Lunch time group kat restoran Pakcik Yusop ni, rupa2nya Pakcik yusop ni pandai tul berniaga, ingat sebagai agent jer rupa2nya ada restoran, hotel semua tu.. boleh tahan jugak makanan kat restoran pakcik yusop ni taw, masakan dari airtangan orang Siam lagi tu.. boleh tahan sodappp...

sampai2 kat restoran tu, dalam van lagi ahkak & SIL2 yg lain dah menjerit kelakar sebabnya ada tempat boleh buang duit lagi, sebelah restoran tu Pakcik Yusop ni siap buat kedai jual2 tudung2, telekung2, kain2 & bag2 pelbagai bentuk.. dah namanya pompuan, masa makan pun tak tenteram sebab dok jeling2 hak sebelah tu, dah x sabar nak menyopping. Kat sini memasing sibuk menghabiskan duit termasukler ahkak dengan membeli hand luggage seketul color merah u & sehelai tudung ala2 Fareeda tu, tak padahal hari pertama ahkak lah orang yang paling banyak memborong tudung2 ala2 Aisya tu (nak jual kato kau kat Malaysia ni..) SIL ahkak mula2 menyombong tak nak memborong tudung tu, last2 bila ahkak dah cakap kat Malaysia orang jual RM90 selai, nanti nyesal kalau tak grab, baru ler memasing membeli, last2 ahkak tengok dah dok sama banyak diaorang membeli macam dah nak berniaga gamaknya..kihkihkih...

Ingat2 lepas dah penat memborong kat kedai Pakcik Yusop, boleh terus balik bilik otel, rupa2nya idak, anak pakcik usop ni pandai tackle weols semua untuk menghabiskan duit..huhuhuhu.... Abdullah anak pakcikusop ni bawa kat satu kedai (kedai ni bukan area kedai2 tu tau, ni kat area taman perumahan), tak tau nama tempat, lupa dah nak tanya, tapi rasanya nak pergi ke sini macam jauh dari area otel & ben than, sebabnya jumpa 1 pasang laki bini dari Kelantan yg tumpang van weols untuk balik ke otel. Lupakan citer pasal kedudukan kedai ni ye, nak citer kedai ni jual kain2 pasang yang sangat2 murah, siap boleh tempah siap SEHARI uols... SIL ahkak ada 2 orang ni siap tempah sorang 2 pasang, ahkak & yang lain2 beli bj readymade jer... harga baju readymade antara RM25-RM40 jer sepasang siap batu & manik, tengok patern la ye kengkawan. Kalau beli kain sulam siap tempah baju kurung moden RM80 siap sehari "tekau" kata2 org kampong den..

KENGKAWAN SEMUA ADA RASA TERUJA TAK NAK KE SANA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...