Tuesday, January 29, 2013

Wedding Ijai & Ina di KKB

Tanggal 27 January 2013, menghadiri kenduri kahwin Ijai & pasangannya Ina di KKB (rumah SIL). Ahkak sefamily datang paling lambat kat rumah kakak ipar ni, adik beradik yang lain semua dah datang, ahkak pulak sampai dah tengah malam sabtu tu, orang pun dah masuk tidur semua.Apa nak buat, tunggu cik Abe balik dari Johor, tu yang buat lambat, tapi tak per la kan, asal sampai. Tapi ahkak cover masa habis kenduri pulak...


Dah selesai kat sini, minggu depan kita join family day pulak kan.. lepas tu turn Ina, anak buah lagi sorang ni pulak dipinang orang.  Kene pergi tu.. balik Perak lagiiii....

Nunyi Oh Nunyi

Assalamualaikum semua............... Baru 3 hari ahkak tak upload blog rasanya macam dah lama sangat tak menjengok kat sini...rindu wei............ Ahkak sebenarnya busy giler, mana ngan kerja rumahnya la, kerja office la, sibuk ngan hal anak2 la dan macam-macam lagi lagi la kan, nama pun hidup bekeluarga mesti la busy je memanjang, semenjak 2 menjak ni asal weekend jer sibuk ngan kenduri anak buah hubby. Mula2 g attend hari nikah, lepas tu kenduri rumah perempuan, kelmarin 27 January 2013 kenduri rumah SIL pulak, lepas tu 2 & 3 pulak busy ngan family day pulak, lepas tu kenduri bertunang pulak kat Perak lagiiii.... fuhhhh travel betul tak henti-henti ahkak sefamily..

Melalut pulak ahkak kan, sebenarnya nak citer pasal anak ahkak yg kecik tu C Nunyi la. Pada 24 Jan 2013 tu ada pertandingn mewarna untuk sekolah2 tadika Kemas. Sebanyak 5 sekolah ikut serta. Dalam pertandingan tu tak sangka pulak Nuri boleh berjaya dalam 10 murid yang terbaik mewarna. Bila je namanya diumumkan, apa lagi menjerit la dia..Mak!!!!!!!mak!!!!!!!!! tu nama Nunyi kan, cepat la mak!!!!!!!

Yeahhhh!!!!!!!!Nunyi menang. Berlagak kat kakak2nya bila dah sampai kat rumah. Kakak nya bukan nak ucap tahniah, mengutuk ada la lagi...Cian kat Nunyi, sib baik mak & abah puji coloring yang Nunyi buat...hehehe

Friday, January 25, 2013

Kak long balik cuti

Yeah!!!! hari ni kak long balik bercuti dari UMS Sabah. Cuti tak sampai sebulan pun tapiiii alhamdulillah sebab terubat jugak rindu weols sefamily kat dia. Hari ni ahkak memang dah plan lama nak ambil cuti, sebab senang nanti nak g pick-up along kat LCCT. Sebenarnya ahkak memang kene ambil cuti pun sebab banyak parcel tupperware yang hendak di pos kepada pelanggan. Kalau tak cuti bila la masa nya lagi kan, tambahan sekarang Pejabat Pos dah tidak beroperasi lagi hari sabtu... susah betul la camni kan...Tak kan ahkak nak ambil cuti setiap kali nak g mengepos barang kan. kalau parcel kecik2 boleh jugak ahkak angkut g bawa bersama ke Office....huhuhuhuhu

p/s: Dah janji nak keluar makan ngan anak-anak bila along balik, tapi hujan dah turun, driver pulak dah malas, akhirnya makan malam kat rumah dengan makanan yang simple2 jer.. hahahaha lebihan lauk tengahari tadi jer sebenarnya. tapi alhamdulillah rezeki allah.. sedap makan ramai-ramai walaupun simple..

Wednesday, January 23, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Selamat Menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1434H. Hayatilah ajaran Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi umat yang berguna demi agama, bangsa dan negara.

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)

sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Tuesday, January 22, 2013

Wedding

Wedding Ijai, anak buah kepada cik abe.. Tarikh Nikah dia ni punya la cantek nombor, 12.12.12.
Pada 19 Jan 2013 yang lepas pulak berlangsung di rumah perempuan yang diadakan di Dewan Sek. Men. Teknik Kuala Kangsar, Perak.

Minggu ni pulak, 27 Jan 2013 berlangsung di rumah kakak ipar pulak di KKB (rumah pengantin lelaki ler). Ahkak sefamily maybe pergi sana hari sabtu, itu pun lambat skit sebab cik abe pergi ke Johor la pulak pagi tu, ada apa ntah ngan group ryder's diaorang ni...huhuhuhu.....

Setiap minggu sehingga 16 Februari 2013 xtvt weols sefamily tak henti-henti balik ke Perak..ahkak nak list kan la...

19 Jan 2013 - Wedding kat Kuala Kangsar
27 Jan 2013 - Wedding kat Kuala Kubu Baru Selangor
2 Feb 2013 - Family day kat Marina Cove, Lumut Perak
9 Feb 2013 - Free la kojap
15 Feb 2013 - Majlis Bertunang kat Batu gajah Perak pulak..

Fuhhhhh... berpeluh poket..hehehehe


Thursday, January 17, 2013

Airasia

DONE
PromoAirAisa
Booking Date: 16 - 20 January 2013
Fly: Aug 2013 - Feb 2013

Kengkawan semua mesti dah grab ni kan... Jangan tipu..jangan tipu...pada ahkak tak la murah mana Promo AA kali ni. Macam mahei jer ahkak rasa..huhuhuhu... dah tak dapat macamana pernah ahkak grab sebelum ni..


Wednesday, January 16, 2013

Air Ohhhh Air

Isu bekalan Air di Selangor ni bukan perkara baru. Selama ni ahkak asyik tengok dalam news, sejak kebelakangan ni asyik keluar citer isu tiada belakan air saja. Kesian je tengok penduduk mengangkut air.. tup..tup.. kawasan rumah ahkak pulak berlaku tiada air. Tapi ahkak tak la merasa sangat sebabnya ahkak & anak2 tiada di rumah sebab g kerja & sekolah. yang kesiannya mestilah surirumah tangga sepenuh masa kan. Contoh yang ketara ialah baby sister anak ahkak ni, sampai ngangkut air dari rumah jiran yang masih keluar air walaupun kecik sebab anak ahkak nak terberak..huhuhuh... Malam tu pihak Syabas hantar air, tapi ahkak tak la g beratur tadah air, sebabnya rumah ahkak still ada air yang keluar.. alhamdulillah...

ada ke gitu...


JOM SEMUA...JANGAN MEMBAZIR AIR

Monday, January 14, 2013

Kek batik

Pantang g supermarket, mesti lain jadiknya. Niat hati memula nak beli sedikit jer barang2 dapur, tapi bila dah bawa askar2 ni, dari sebakul jadik 1 troli. Toleh2 je dalam troli ada jer benda2 yang tiada dalam list ahkak... huhuhuhu...dalam pilih2 barang tu, anak ahkak yang no. 4 (Adik) sebuk tul suruh buat kek Batik. Dah terlanjur beli barang, ahkak pun selit la bahan2 nak buat kek batik ni. Buat nya tak la susah mana, senang sangat2, tapi rajin ngan malas jer...

Ni resipi ahkak tau, resipi orang lain ahkak tak tau ler ye..


bahan-bahan:
1 buku mentega
1 cawan milo
1/2 tin susu pekat manis (ikut suka nak manis ye)
1 biji telor
biskut Marie (Ikut lembab)

Cara-cara:
Panaskan periuk, letak majerin, setelah cair, masukan milo & susu pekat manis ye. Kacau sentiasa atas api yang slow tau.. Lepas tu masukan telor, kacau lagi, jangan sampai berketul tau. Padam kan api, baru masukan biskut marie. Kacau2 sebati. Masukan dalam bekas @ loyang. tekan2 aduan biar sampai padat. lepas tu masukan sekejap dalam peti ais.

p/s: kat rumah ahkak mmg sekejap tul aduanan ni duk dalam peti ais. Tengok2 dah kene sodok ngan anak yang kecik tu (dia ni mmg nakal skit, makan nya idak pun, saje jer nak jilat2 cokelat2 yang nyummmy tu. Lepas tu mula la jadik hiruk pikuk sebab C kakak akan marah2 sebab buat macam tu)

Tuesday, January 08, 2013

Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia.



PENGUMUMAN TERBARU DARI PERDANA MENTERI KITA
Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia. Free Tickets |

Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.

Pengumuman mengenai tiket percuma ini akan disiarkan di laman web http://www.airasia.com
tidak lama lagi. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.

JOM SEMAK DETAILS YANG SAYA COPY PASTE NI YE:

Air Asia will be offering you free seats promotion from Peninsular Malaysia to Sabah & Sarawak, where booking starts from 9th January 2013 (Wednesday) onwards !!!
Under the 1Malaysia Integration Programme, this is the way of Air Asia giving back to the rakyat for their support. 10,000 Free Flight Tickets will be up for grab starting from 12am onwards at AirAsia's Official Booking Website.

Tickets Booking Date:
9th January 2013 (Wednesday) 
12am onwards

Travel Period:
14th Jan - 4th Feb 2013

Destinations:
Flights departing from Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Penang & Johor Bahru Airports

* Flight Fares & Surcharged waived. Airport tax applied.
* FREE Seats are not offered for domestic flights within East Malaysia / Peninsular Malaysia.

About AirAsia Airlines Malaysia:
With the tagline 'Now Everyone Can Fly', AirAsia is now one of the largest low cost carriers in Asia and it's philosophy of low fares is aimed at making flying affordable for everyone.

Check out also AirAsia RM39 Promotion
Don't forget to visit AirAsia.com from 9th January 2013 onward to grab your free seat ticket.



BOLEH LA P SABAH LAGI NI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...