Thursday, February 28, 2013

Politik Ohhhh Politik


Melawak tak kene tempat. Akhirnya kene tempiasnya. Betul ke apa yang ahkak dengar dan baca, Sinarfm kene boikot..huhuhuhuhu jangan laaaa... ahkak peminat setia Sinarfm tau terutamanya Sinar pagi. Ahkak suke dengar coloteh budak2 bertiga ni, ceria jer walaupun ada orang tak suka ngan lawak2 yang budak2 bertiga ni buat.. tak kisah la kan, bukan semua orang orang minat dan bukan senang nak suruh orang suke kan.

Teruk jugak la orang ber2 ni kene sumpah seranah dengan orang2 yang taksub ngan Politik. Maaf la ye ahkak cakap ni. Ahkak tak masuk campur pasal politik2 ni, tapi kesian jugak la kan, tutup pintu rezeki diaorang ni nanti. Macam pakcik salleh ni, dah la ada bini 4, anak ramai pulak tu. Tapi kita doakan yang terbaek utk dia kan. Mudah-mudahan dapat rezeki yang lebih baik di luar sana.

Samsung SIII

Assalamualaikum semua...
Hari ni nak citer skit pasal Samsung SIII. Ahkak dapat Free tau, jangan "Jealous!!!!....Gift ni sepatutnya hari sabtu lepas dapatnya, tapi entah mana silapnya, boleh pulak nama ahkak boleh tercicir dari senarai yang telah dipilih... mula2 tu nak mengamok jugak ler, tapi kene control sebab org ramai..hehehehe

Last2 semalam Cik Abe g ambil & bawa balik. Sampai2 je kat rumah, tak menyempat-nyempat ahkak bukak kotakkkk, sampaikan citer kesukaan ahkak "Bertamu di Abu Dhabi" boleh ahkak abaikan..huhuhuhu.. citer pasal apa ye kengkawan semalam (27 Febri 2013)..cer citer skit kat ahkak....

Excited terlampau..time nak letak sim card, tengok-tengok..ehhhh knape lain macam jer ni..knape ye tempat sim card SIII ni kecik bebonar.. pilik bin ajaib jugak la ahkak sampai semua tangan masuk campur, lepas C Abah, C Nabila pulak mencuba sampaikan C Kenit Nunyi pun sama nak mencuba...huhuhuhu.... tak boleh jadik ni.. last2 ahkak pun mintak jasa baik Pakcik Google, jumpa la 1 blog ni LilyPutih bercerita pasal SIII punya simcard. Ooooooo memang simcard SIII ni kecik ye.. tak tau ahkak selama ni, walaupun ahkak memang dah pki brand samsung ni dah lama jugak, mau 5 thn dah, dari Samsung SW tukar kepada Samsung S Plus dan Samsung Y dan SIII kira terbaru ler. Kalau tak dapat free, memang ahkak tak beli dik ooiiiiii.. banyak benda lain ahkak nak guna untuk anak-anak jer sekarang ni..

Ni la dia, Samsung SIII ahkak, tengok kotak tu, siap ada bunga lagi, Comeiii kan SIII ahkak

 Cuba tengok tu, sim card HotLink ahkak panjang dari tempat letak sim card SIII tu. Mau tak peliknya...Mula2 tu siap cakap, takan nak kene potong sim card ni kan, rupa-rupanya memang kene potong atau orang guna Micro sim card. Malam tu jugak ahkak g kedai telephone untuk dapatkan Micro sim card ni..


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sampai entry ni ditulis, ahkak still tak boleh lagi nak guna phone tuuuuuuuuuuuu....huhuhuhuhu........puas la ahkak & Cik Abe godek2, tak muncul2 screen yang ahkak nak. Puas cari screen asal, sampaikan nak buat kol pun tak berjaya jugakkkk, boleh tak sesiapa yang tau, ajar skit kat ahkak pasal Samsung SIII ni ......... hari ni Cik Abe try bawa g office dia, biar dia belajar & mintak tunjuk ajar dari kengkawan dia, harap2 berjaya la kan..

AKHIRNYA....................
Baru dapat kol dari Cik Abe, rupa-rupanya cik abe bawa balik ke tempat asal diterima. Senang skit kerja katanya. SIII ku terpaksa dikukar kepada yang baru..tak tau pulak sebab musababnya, diaorang cakap kene hantar HQ, ambil masa 2 ke 3 minggu jugak, last2 cik abe ckap, tak nak la...bagi je yang baru, nasib ler diterima (entah apa la jampi yang cik abe hembus kat diaorg kan)..tapi rasa mcm rugi la pulak sebab malam tadi dah siap2 pasang screen protection...(tak sedar diri la kan ahkak ni, dah la dapat FREE phone ni, screen protec yang harga RM15.00 pun berkira..hehehehe)

p/s: x sabarnya nak online dengan SIII ku...

Monday, February 25, 2013

Tabungan Masa Depan

Weols ni setiap "weekend" tak henti-henti lagi terima undangan perkahwinan anak2 rakan-rakan (kebanyakan rakan2 hubby ler). Weols harap nanti bila turn weols terima menantu, ramai ler yang datang ye (amboiiiii...amboiii....ahkak dah berangan nak bermenantu..hikhikhik)....

Selepas kenyang dengan nasi minyak & bubur pulut hitam di rumah pengantin kat Gombak nun... weols sefamily menuju pulak ke Jalan Peel (betul kot, ahkak dah lupa nak tanya kat cik abe, main agak2 je ni..).. buat apa pulak ke sana kan.. mesti la ada hal kan..sebenarnya ahkak pun dah lupa tentang ni...Cik Abe nak menandatangani satu perjanjian..(dengar bunyi macam seram jer..huhuhuhu....)
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Alhamdulillah.. done..


Ada jemputan artis ala2 P.Ramlee ni rupanya. Cik Abe kene temuramah skit...sib baik dia tak ajak nyanyi, kalau idak kalah artis ni tau..hahahaha

Weols tunggu hadiah misteri tau sempena pelancaran tersebut.. hadiah hari ni Cik Abe g ambil. Uols nak tau tak?.. Kalau nak tau kene la tungguuuuuuu........

Monday, February 18, 2013

Jalan-jalan

Wahhhhhhhhhhhh..........free nampak ahkak hari ni...huhuhuhuhu cilok time jap kat office ni.... docs banyak nak buat tapi malas jer rasanya hari ni...Monday mood (boleh pakai ke ni....)

Ahkak nak abiskan citer untuk  sepanjang minggu ni, senang skit nak relax.hahahahaha

Selepas hantar Kak Long ke LCCt hari Jumaat, Sabtu ahkak sefamily bergerak pulak ke Ipoh untuk manghadiri majlis pertunangan anak buah sebelah cik abe. selepas majlis balik pulak ke Bota Kira rumah MIL ahkak ler... tidur semalam pagi esoknya hari ahad tu ahkak bersama 2 kak ipar bertolak ke Parit Baru Sebak Bernam, turut serta MIL ahkak jugak.

Dalam kul 2ptg kami 3 kereta pergi melawat PNO (Pulau Nakhoda Omar) betul ke nie...huhuhuhu dah lupo pulak dah....tapi macam tu lebih kurang bunyinya..kalau salah sila betul kan ye. First time datang situ..cantik jugak tempatnya, anak ahkak C Nunyi sempatlah main layang2 yang dibeli oleh Pak Nyah nya. Duduk kat situ x lama pun sebab C Kak Ngah dah mula bising sebab dia sebenarnya nak cepat ajer, nak balik asrama.

Biras ahkak sempat ler beli sekor rimau, besar woooo... Jom layan gmbr2 yang x seberapa ada..


Nunyi dapat layang2, Pak Nyah belanja

tengok tu layang2 Nunyi terbang tinggi.. Nunyi siap cakap.."Mesti la layang2 Nunyi kan gambar Batman  
Mula2 C kenit takut semacam jer, sekali dia pulak yang lebih nak dukung

tengok tu...besar tak?.. Muat ke bonet Merz tu...hehehe

Kak Long balik Sabah bah

Ermmmmm..... apa la ahkak ni kan.. Dah lintang pukang plak post ahkak kali ni...hehehehe.... sepatutnya ahkak kene post citer kak Long balik ke Sabah dulu ..hikhikhik... tak per la. blog ahkak, suke ati ahkak la kan....

Berakhirlah percutian Kak Long, sekejap je ahkak rasa, cuti sebulan tapi rasa macam baru je kak long balik ke rumah... Jumaat lepas pada tangal 15hb Feb 2013, kak long akan terbang balik ke UMS. Adik dia C Nunyi pun sampai nangis..sedey!!!!!sedey!!!!!sedey!!!!!..ahkak je tahan airmata bila Nunyi dah start nangis.

tengok tu mata Nunyi merah..selepas nangis..huhuhuhuhuhu


tapiiii tengok la aksi Nunyi time ni... elok pulak dia girang (sebenarnya dah pujuk, nnt kita g tempat Kak Long ye)

Bye!!Bye!! Kak Long..
belajar rajin-rajin ye Kak Long sehingga berjaya dalam bidang yang dipelajari.

Majlis Bertunang

Tanggal 16hb Febuari 2013, Majlis bertunag Nor Azarina binti Abdul Razak telah berlangsung dengan meriah. Dah macam majlis perkahwinan pulak. Pasangan beliau berasal dari Pulau Pinang (keturunan anak mami kot, sebab ada iras2 mamak skit.hehehe...jgn marah arr..). Ngam la Ina sama kecik, padan sgt2..
Soryyy arr Ina sebab Cik Nor sekeluarga datang lambat, sampai pun dah tengahari, kira sib baik la kan sebab majlis belum berlangsung. Cik usop cakap, kita datang sebagai tetamu jer la.. (ada ke gitu....)

Jom layan gmbr yang sempat di klik..


siap ada group ghazal lagi (betul ke ghazal...ni kat Perak)

orang sekarang, majlis bertunang mesti ada pelamin & pasangan mesti ada utk sessi bergambar di akhir majlis...org dolo2 macam anak raja. duk la dalam bilik tgu ahli keluarga sebelah masuk pki kan cincin..

Budak kene lambung oleh amah indon

Dengar tajuk jer dah geram.. macam2 sumpah seranah keluar dari mulut ahkak tau.. memang gila dah amah Indon ni, buat macam anak patung je dia ngan budak ni.. Sib baik tak ada apa-apa yang teruk berlaku pada budak ni. tapi walau bagaimana pun harap keluarga mangsa buat la pemeriksaan lengkap sebab mana tau kot2 ada kecederaan yang tersembunyi kan.. bukan apa ahkak tengok pun macam teruk je budak tu kene lambung..


Ahkak tak sanggup nak tengok banyak2 kali..seriou sungguh.. Macamana la perasaan ibu bapa budak malang ni kan, trauma sungguh. Macamana la amah giler ni boleh di bawa masuk ke Malaysia. Harap pihak atasan mengambil tindakan yang lebih sewajarnya..

Thursday, February 14, 2013

Tonton Wayang

dah lama rasanya ahkak tak post kat blog ni kan... macam la busyyyy bebenor.. sebenarnya x ada cerita menarik pun nak dikongsikan. Ahkak ni dari la Dec 2012 hingga la ni busy jer outing ke kampong.. memang penat la travel ni kan walaupun x driver..hehehehe....oleh kerana asyik mengulang ke Perak, setiap minggu you selama 4 minggu berturut-turut tau... ahkak pun cakap ler kat cik abe, cuti raya cina ni kita balik kg Melaka pulak walaupun pada mulanya cik Abe macam nak tak nak jer... penat katanya.. tapi ahkak berkeras jugak la sebab mcm dah lama tak jumpa mak ahkak tu..akhirnya berjaya la jugak sampai ke kg Melaka walaupun blik sekejap..(ahad balik, isnin petang dahhhhhh balik ke Kajang semula...jadik  lerrr..)

On the way balik ke Kajang, mesti la tempoh Seremban kan.. apalagi anak2 ahkak dah bagi cadangan kat abahnya nak singgah Terminal Seremban nak g tengok wayang katanya. Pilih punya pilih citer apa nak tengok, last2 diaorang pilih la citer Hantu Kak Limah2 (Husin, Moin & Jin Pakai tuncit).. ermmmmm... tak best la citer ni...best lagi Hantu Kak Limah 1 dulu.. Yang ni ahkak boleh bagi bintang kalau sepuloh tu..ahkak bagi ler

okey la tu kan 3/10.. ada jugak bintang

Sebelum wayang setart, sempat la posing kat area panggung tu..



Monday, February 04, 2013

DOLEE FAMILY DAY 2013

Hari yang ditunggu-tunggu pun dah berlalu..Hari Keluarga Jalinan Kasih diberi nama. Nama "Dolee Family Day" ni pun tetiba jer terbit pada hari berlangsungnya acara ni. Weols semua tak tahu menahu, maybe secara sepontan la tu.. Nak tau tak, apa maksud DOLEE ni... jom ahkak ceritakan ye. DOL ni ayah kepada biras saya yang sulung ni ler dan LEE ni pulak nama bapak mertuaku.. Untuk pengetahuan semua keluarga biras ahkak yang sulung ni memang ngam la ngan family mertua ahkak ni, tu yang rajin buat2 Family2 day bagai ni, lagipun family ke dua-dua belah pihak senang nak disatukan, cakap jer, mesti jadik ler xtvx yang dirancang. Kalau sebelah ahkak jangan harap ler.. susah sesangat, adik beradik ramai, duduk pulak jauh2 antara 1 sama lain, nak jumpa pun susah, kekadang tu raya pun x dapat jumpa...huhuhuhu...

Family day kali ni dibuat di Marina Cove Lumut Perak, berlangsung pada 2hb & 3hb Febuari 2013. Macam-macam xtvt telah dirancang dari awal, rasanya2 memang berjaya la kali ni. Hadiah2 semua di support oleh semua family yang terlibat, siap ada pertukaran hamper antara 1 sama lain. Yang lebih meriah Kakak Ipar & suami (sebagai President) telah membuat 1 cabutan bertuah & hadiahnya berupa wang ringgit TUNAIIIII tau, yang bestnya semua ahli keluarga dapat, baik yang kecik, muda, dewasa & tua..& yang tak hadir pun dapat jugeeee... dari nilai RM5.00 hingga la RM100.00.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...