Friday, August 30, 2013

Open House Raya

Assalamualaikum.. Story on 17 August, OPEN HOUSE la kunun.. bukan buat besar2 pun cuma masak sikit-sikit untuk kengkawan anak-anak. memang setiap tahun macam ni, buat makan-makan semata-mata untuk anak2 je. Ahkak sendiri pun tak pernah panggil kengkawan office ke atau jiran2 cuma yang terdekat je ahkak panggil macam orang yang jaga anak ahkak & kawan-kawan yang selalu sembang umpat keji orang...hehehe... Gambar tak sempat snap sebab busy. Sebelum buat ahkak memang dah cakap ngan anak2, kalau nak buat kene tolong, tapi tau je la kan, tolongnya sekejap je, lepas tu sorang2 keluar nak g rumah kawan2 lain sebelum semua tu menyerang rumah ahkak. memang penat giler la, sebab diaorang ni datang berperingkat-peringkat, lepas tu group tu ramai2...huhuhuhu.. penat kepala lutut ahkak melayan diaorang ni, tambah ms buat tu abahnya pulak keluar beraya dengan group rydernya pulak, tambah la sakit hati pun ada. nak membebel tak guna pun, sebab cik hubby mmg dah ckp awal2 pun, nak ikut tak boleh sebab C Kecilku sorang ni...

Tapi tahun ni memang pecah rekod la ahkak ni, sebabnya 1 rumah pun ahkak tak g open house. bukan tak dapat jemputan tapi ada je sebabnya. Hanya yang ahkak attend rumah adik di Shah Alam, itu pun anak2 dah bising, kene la pergi jugak, klu tak pergi memang rekod terbaru la dalam sejarah Open House Raya..hehehe..
Keluarga ahkak memang susah nak dapat berkumpul semua. Setiap raya macam tu ler.. Memasing dah bekeluarga, masa untuk semua bekumpul tu dah tak sama masa pagi raya. Gambar ni keluarga ahkak berserta 2 keluarga adik + anak buah sorang + makcik sorang. Jadik le asal dapat bergambar buat kenangan.

Wednesday, August 21, 2013

Minat Nuri Sekarang

Assalamualai kum...

Nak citer pasal C Kecil ku Nuri. Semenjak dapat duit raya banyak ni, asyik la nak membeli mainan je kerjanya. Setiap hari asyik "menyalak" jgn salah paham pulak ye, menyalak ni ckap orang kampong den la..(kiranya macam lebih kurang mendesak tak henti-henti) hehehehe.. naik rimas dah melayan kerenah dia ni.

Untuk menurut kerenah budak sorang ni, weols g la Nilai 3. Sebelum ni dah banyak tempat weols g  nak cari mainan dia ni, mula2 nak anak patung yang boleh kencing atau makan ais krim tu (nmpk kat sepupu dia ni la). Cari2 x jumpa jugak. Mainan anak patung memang la banyak, tapi semua jenis kaku & ada bunyi kalau picit. Last2 g la Nilai 3 yang weols cakap td. Sampai 1 kedai ni, bukan anak patung yang dia cari, rupa2nya dia dah nampak gitar. Untuk pengetahuan semua, Nuri ni peminat Tegar budak Indon tu yang popular kat Youtube tu... sekarang ni kan dah popular. Tiap2 hari dia dok dengar lagu tegar ni melalaui handset.Pantang lepa la handser ahkak ni, Video c Tegar ni jugak la yang dia cari.


Ni aksi C Nuri dalam kedai mainan ni. Akhirnya..

Boleh layan Video Tegar ni pada sesiapa yang tak tau... 

Wednesday, August 14, 2013

RAYA OF RAYA

Assalamualaikum & selamat Hari Raya pada semua yang singgah kat sini. Oleh kerana tuan blog lama bercuti raya, blog pun bercuti sama. Hari ni ahkak baru start kerja. Selalunya nak upload & cerita2 kat blog ni, selalu ahkak akan buat kat PC office. Bukan apa, klu kat office time free boleh buat & besar skit screennya. Bukan x boleh nak update kat phone, tapi tau2 je la kan, kocik bona screen phone ahkak ni, mata dah kabur weiii... Tahun ni ahkak beraya di rumah MIL ahkak yang terletak di Bota Kiri Perak. Sambutan sederhana tapi meriah. Tapi yang tak bestnya tak semua keluarga balik untuk sessi bergambar. Ahkak ni dah la minat bergambar, tapi family yang lain2 buat "derk je".. puas la bersuara suruh ready untuk bergambar, ada yang nak ada yang tak nak, bukan senang nak menyusun family yang ada tu, walaupun dalam family hubby tak ramai, lain la dengan keluarga ahkak, adik-beradik dah 8 orang, ipar duai & anak2 buah semua ramai-ramai. Tapi sama jugak susah nak berkumpul. Seronok je tengok family orang yang boleh berkumpul dan bergambar ramai-ramai itew,.... ahkak jelos tau, tapi tak per la, apa yang dapat ni pun dah syukur alhamduililah... Layang je gambar kat bawah ni, anak2 je yang bergambar sakan...














Tuesday, August 06, 2013

Shopping..shopping...shopping

Shopping...shopping..shopping... selagi tak raya, selagi tu la kita bershopping kan. Kalau tak caya, pergi la mana-mana bazar ramadhan & shoping mall semua tu, penuh dengan umat manusia. Tahun ni weols tak pergi pun shopping di masjid India yang famos tu, sebab memang dah tau macamana kepadatan umat manusia kat situ. Kedai dah x nampak cuma nampak orang saje2..huhuhuhu.. nak jalan pun punya la sakit2 badan ber asak-asak, tu le sebabnya dari awal lagi ahkak dah berpesan dengan diri ni, xmo dah g kesana. nak membeli pun x selesa.... Ahkak pun tahun ni berjimat skit, sebab tu shopping pada ahkak tak berapa ligat seperti sebelum sebelum ni. Cuma sorang sepasang untuk anak2. jadik ler sebab memang disunatkan kita berbaju baru dipagi raya. Sib baik anak-anak tak kesah sangat. walaupun berjimat weols anak beranak kecuali "abahnya" aje yang tak masuk dalam list, asyik la ke down town. Bukan beli sangat pun, cuma barang yang anak-anak cari ada jer tak pekenan dihati diaorang semua. Last2 ahkak bg WARNING, kalau kali ni tak jumpa lagi, mak tak nak g lagi, buang masa jer, dah la TERAWIH asyik on off je. sayang weii... Akhirnya dapat la jugak apa yang anak2 nak. Itu pun ada jugak terdengar anak2 cakap nnt pergi lagi ye (last yang itew).. nak tau tak apa yang diaorang nak cari lagi............ tunggu nanti ahkak citerkan apa lagi yang diaorang nak cari tu...

Celebrate Besday My Lovely Hubby

Assalamualaikumm & Selamat Berpuasa semua. Lama rasanya tak berbelog. Bukan apa line kat office ni macam apa entah, lembab kemain lagi, tu yang tertangguh lama ni. Nak citer pasal iftar kat luar sempenan besday my lovely hubby pada 31 Julai 2013 hari tu. Weols anak beranak g berbuka puasa di Puri Pujangga yang berada di UKM Bangi. Kak Ngah je x dapat join sekali sebab belum start bercuti lagi Polytechnic ni. Tak per la asal weols semua ingat kat dia. Makanan kat Puri Pujangga ni not bad jugak la. Ahkak x makan pun nasi2 yang dihidangkan, lebih meratah-ratah lauk & paling banyak makan daging lambing Uols..hehehehe sib baik okey, takut jugak memulanya, kan ramai orang cakap makan daging kambing byk2 boleh ke lain jadiknya, tapi ahkak berdoa yang terbaek je la kan. Dah kesukaan ahkak & hubby nak buat camner. Dah habis je kat pinggan boleh pulak g tambah 2 ke 3 x tambah..hehehehe.. (makan ber2 tau ngan hubby).

Layan je la gmbar yang sempat di"snap". Weols malu nak bergambar sangat sebab ramai umat..huhuhu




Budak ini sudah kekenyangan, samapai 3 mangku sup kuew tiey dia sapu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...