Wednesday, August 14, 2013

RAYA OF RAYA

Assalamualaikum & selamat Hari Raya pada semua yang singgah kat sini. Oleh kerana tuan blog lama bercuti raya, blog pun bercuti sama. Hari ni ahkak baru start kerja. Selalunya nak upload & cerita2 kat blog ni, selalu ahkak akan buat kat PC office. Bukan apa, klu kat office time free boleh buat & besar skit screennya. Bukan x boleh nak update kat phone, tapi tau2 je la kan, kocik bona screen phone ahkak ni, mata dah kabur weiii... Tahun ni ahkak beraya di rumah MIL ahkak yang terletak di Bota Kiri Perak. Sambutan sederhana tapi meriah. Tapi yang tak bestnya tak semua keluarga balik untuk sessi bergambar. Ahkak ni dah la minat bergambar, tapi family yang lain2 buat "derk je".. puas la bersuara suruh ready untuk bergambar, ada yang nak ada yang tak nak, bukan senang nak menyusun family yang ada tu, walaupun dalam family hubby tak ramai, lain la dengan keluarga ahkak, adik-beradik dah 8 orang, ipar duai & anak2 buah semua ramai-ramai. Tapi sama jugak susah nak berkumpul. Seronok je tengok family orang yang boleh berkumpul dan bergambar ramai-ramai itew,.... ahkak jelos tau, tapi tak per la, apa yang dapat ni pun dah syukur alhamduililah... Layang je gambar kat bawah ni, anak2 je yang bergambar sakan...














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...