Monday, October 29, 2012

Currency

Macam dah boring ngan currency yang ini.

Bila la ye dapat tukar currency yang lain pulak kan... Harap2 suatu hari nanti kan. Doakan ye..Aminnnnnnnn.........

Hari Raya Qurban 2012

SALAM AIDILADHA 2012 kepada semua Umat islam Seluruh Dunia. Selama bercuti 3 hari, baru hari ni berkesempatan nak bercerita dalam blog yang tak seberapa ni. Cuti Aidiladha bermula hari Jumaat 26 October 2012 (sehari jer cuti) tapi bersambung dengan cuti hujung minggu, cukup ler, tu yang tak ambil cuti sebab beraya pun di rumah SIL di KKB. Berkumpul adik beradik hubby & adik beradik sebelah biras. Hari khamis tu weols masih bekerja sehingga kul 5pm, ingat nak balik awal skit TETAPI hujan dah turun ngan lebatnya, terpaksala lewat skit dari perjanjian ngan hubby pagi tu.. nak buat camner kan. Sib baik dalam kul 5pm tu ujan dah berhenti, sampai rumah dalam kul 5.30 jugak ler.. laju tak hubby bw motor.. dari Petaling Jaya ke Kajang... alhamdulillah selamat sampai kat rumah weols kat Kajang...Sebenarnya hubby dah berjanji ngan abang iparnya nak buat lemang, ingat nak tolong ler mana yang patut, TAPI tak dan jugak sebab masa weols anak beranak bersiap-siap nak bertolak dari Kajang sebelum magrib tu, Hujan turun ngan lebatnya, bukan tak boleh nak berpayung semua tu, tapi ni memang lebat sungguh, camner nak ke kete ngan bag bagai kan, mesti basah jugak la nanti anak2 weols tu semua. Kereta weols letak kat parking luar rumah, tu yang susah skit, parking kat dalam dah penuh ngan Motor2 weols yang 5 buah tu...huhuhuhu... Tunggu punya tunggu last2 weols anak beranak bertolah dari kajang kul brape Uols semua nak tahu????? Kul 9 malam tau...huhuhuhu... Rasa2 maunya sampai kat KKB ni dalam kul 11 malam jugak ni. Dalam Kete anak2 weols semua dah bising nak makan, berhenti la makan dulu kat Restoran ala2 Thai. Weols sampai ke rumah SIL kat KKB tu dalam kul 11.30 jugak ler... sampai2 jer tgk2 biras tu tengah memungut batang2 lemang nak di bawa masuk ke dalam rumah, MAKNAnya dah beres semua...hehehehehe Sorryyyyy ye En. Md Noor sebab weols tak sempat nak menolong..

Pagi raya tu weols semua makan lemang dengan rendang ayam sahaja bersama menu sampingan mee rebus. Alhamdulillah, rezeki allah bagi. Ada lagi 1 kerja rupanya yang hubby & abang iparnya beserta maknya dah sepakat nak buat IAITU dodol. ini bermakna kene kacau dodol la kite..hehehe iols tak campur ye bab kacau2  ni ye.. badan tak larat..hehehehe

sebelum waktu sembahyang jumaat, MIL, SIL & Ipar duai yang 2 ke 3 family tu sama-sama menyiapkan bahan2 nak buat dodol tu. Dalam kul 11.30 bahan2 dodol dah siap sedia nak dinaikkan ke atas api. Ini bermakna yang pompuan kene kacau duluuuu... hehehehe tapi sib baik masa dodol tu tengah cair. Kiranya masa dodol tu dah pekat kaum adam la pulak kene kacau itu DODOL...


sebelum nak kacau dodol tu, kene lah buat tunggu api nya dulu kan

SIL Sarimah tengah kacau dodol

selepas penat semua, petang2 tu weols dengan 3 kereta jenjalan ke Empangan KKB, saje2 hirup udara segar selain melihat tadahan air yang semakin surut..

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil-Adha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua rakan-rakan blog semua. Semoga bergembira & selamat bercuti juga selamat memandu untuk mereka yang pulang ke kampong. Saya berhari raya di Kuala Kubu Bharu kali ni sebab MIL & semua keluarga sebelah hubby berkumpul di sana, di rumah kakak ipar yang sulong. Dengar2 siap nak masak dodol & lemang kat sana... mesti best

Tidak lupa jugak saya ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Haji kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Thursday, October 18, 2012

Kenderaan

Saje jer suka-suka nak citer kat sini pasal kenderaan apa yang korang semua ada. Untuk hari ni aku upload gmabr ni dulu. Ni sebahagian jer, ada Motor LC, Karisma & Jaguh yang tiada gambar untuk diupload. Esok2 ye aku postkan kat sini. Motor2 ni semua kenderaan aku g ke tempat kerja, dari kajang ke Petaling Jaya...fuhhhh!!!!!! jauh tak jauh..cuba korang pikir sendiri. Itu sebab Motor mmg penting kat weols, kereta yang ada pun cuma sebagai hiasan kat parking rumah jer...huhuhu........Dalam seminggu bergilir-gilar la naik Motor ni semua... sampai anak2 aku pernah la cakap kat weols, kawan2 diaorang selalu cakap..."Wei..... ko orang kaya ye".... hehehehehe...Aminnnnn.......masalahnya anak2 weols ni mcm tak berapa suka kalau kawan2 diaorng cakap macam tu....malu.....

MOTOR CBX. Motor ni aku suka naik, sebab relax jer bila naik motor ni. tapi Motor ni dah kene jual dah...huhuhuhu


Ni pulak Motor En. hubby dengan club ridernya. Motor ni jarang la bawa g ke tempat kerja, sebabnya setiap ujung minggu Motor ni dah bergerak, lepak2 jumpa kengkawan ryders. Paling jauh sudah sampai ke Phuket, Thailand. Yang ni kalau cik hubby bw pergi kerja, aku mmg tak brape suke, sebabnya, sakit pinggang dibuatnya, lagi 1 yang buat aku tak selesa...tang handle nya yang tinggi sangat, macam malu la pulak time cik hubby bawa tu...Tu la salah satu sebab nya sampai sekarang aku tak merasa lagi nak follows group diaorg ni tau... alasan cik hubby... nnt sakit pinggang la, sakit badan la.. sakit itu la...sakit ini la... dah diaorg selalu konvoi jauh2, sampai nak cari b'fast pun sampai keMelaka ramai2..huhuhuhu Alasan jer la kan... yang pasti...anak2 masih kecil2 nak tinggalkan. Tunggu la anak2 dah besar & umur panjang, Insya-Allah aku pasti nak join cik Hubby dengan gorupnya.

Yang ni jenis Kawasaki. baru lagi ni join family weols..hehehehehe. Rasa2 setiap hari dari keluar kedai sampai la ni, cik hubby dok asyik bawa motor ni jer ke tempat kerja. Takut skit la mula2 naik motor ni, terasa laju semacam jer..Nak naik atas tu bukan nya senang tau... al-maklumla badan bukan nya kecik, gedebab tambahan umur pun dah awal2 40an. Terasala susahnya nak mendaki naik motor ni, nak turun la la seksa aku rasakan, mcm tinggi sgt2..huhuhuhu


P/S: Sanggup ambil cuti jika pembawa motor ni ada hal. Tak sanggup weiiiii nak drive kete nak ke tempat kerja,... nak rempuh jalan yang jem teruk setiap pagi & petang kat Lembah Klang ni...

Wednesday, October 17, 2012

Motor Baru

Cerita ni dah lama dah, bak kata orang dah basi, tapi oleh kerana budak kecik kat rumah tu asyikkkkk la dengan menda ni, 1 rumah dia kasi ronda, bising la dengar bunyi enjin Motor dia jer la sekarang ni, itu yang nak post kat blog ni, saje suka2 buat kenangan..hehehehehe

Selalu jugak kacau C kecik ni, cakap.."Mak nak sewakan la Motor nuri ni kat orang, sape2 nak naik, mak nak charge RM3 jer utk 5 minit... murah ke idak... rasa2 memang la murah sangat2 kan. Kat Mall selalu jugak Nuri naik sebelum ni RM5 utk 3 minit jer kan, kalau tak silap la. Dengar jer mak dia cakap macam tu, apa lagi jerit la dia, kira sayang la kat Motor baru dia tu..

Nuri sebenarnya sebelum ni pernah ada jenis kereta, tp sebab bateri dia dah rosak, sampai la ni tak berbeli bateri baru, last2 buat hiasan kat belakang rumah, hingga kan ada jiran yang dok tanya..."Kalau tak nak guna lagi, boleh la jual kat dia, sebab cucu dia mmg suka naik kereta tu kalau jumpa kat Mall..kata makcik tu lagi... dok bincang2 ngan hubby, last2 tiada kata sepakat...bukan apa sayang la pulak, kita beli RM300, nak jual kat orang pun tak tau brape nak jual, nak bagi FREE dah x larat dah oiii....

Ini la dia Motor Baru Nuri, yang dia idam2 kan selama ni. Asyik la tunjuk gambar dalam Majalah yang ada gambar Motor tu.. dah dapat senyapla kejap. Ingat2 dah x mintak lagi dah mainan, rupa2nya idak.... alahai budakkk!!!!!!!!.......budak!!!!!!!!!!!! beruntung budak2 sekarang la ni kan... Ingat dulu2 kita ni susahla nak dapat benda yang kita mintak...Zaman dah berubah...........

Ponnnnn!!!!!!!!!!!!!!!Pon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Pon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Siap bawa kucing kesayangan C TOT

Ada berani.......

Monday, October 15, 2012

Impiana Resort Hulu Langat

Al-kisahnya, Sukan Nuri akan diadakan di tempat peranginan Hulu Langat pada 14 October 2012. Bila jer Nuri dapat tau yang sukan tahunan Tabikanya akan diadakan di Impiana Resort, Hulu Langat. Cikgu cakap lepas sukan kita semua boleh terjun mandi sungai pulak...tu yang buat Nuri tak dok diam walaupun asyik demam. Sekolah pun dah lama tak pergi, camner nak bersukan ni... tak tau sukan apa yang dia akan sertai, makan sehari sebelum sukan dia akan terpaksa pergi la jugak ke Seolah, kalau idak dia tak boleh sertai sebarang xtvt yang diadakan, apa lagi badan yang asyik on off demam semenjak September lagi.

Oleh keranaNuri dah lama tak pergi sekolah, sebab kesihatan yang tidk mengizinkan, apalagi bila surat dah terima mengatakan dia boleh join ke idak sukan ni, Nuri apa lagi sedih la dia, asyik merengek cakap.."Nuri boleh sukan kan" banyak kali pulak dia ulang. Hari Selasa tu turn abah dia pulak bawa dia g Klinik Kesihatan Kajang, check darah.. Ok semua, siap2 bagi ubat deman, ubat batuk, selsema & juga antobiotik. Nuri pasal2 ubat ni, dia no hal punya, oleh kerana excited nak bersukan & mandi sungai dia laju jer la makan ubat.

Hari yang ditunggu pun sampai, awal2 pagi lagi dia dah bangun, senang jer kejutkan dia. Nuri naik bas ke Impiana Resort tu, Abah tak turut serta sebab balik kg. Mak & Nabila follow dari belakang bas. Lebih kurang dalam kul 9 pagi semua dah ready kat Padang. Cantik jugak la tmptnya, selesa. Rupa2nya banyak jugak sukan yang Nuri sertai, yang PASTI SEMUA DAPAT HADIAH...hikhikhikhik...

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii paling tak disangka-sangka, Nuri adalah salah seorang pelajar harapan (3 orang pelajar).  Banyak jugak la hadiah yang dia bawa balik, termasuk no. bertuah untuk namanya. Penuh jajan dalam bag tu... kira berbaloi jugak la Nuri join Sukan kali ni untuk TABIKA KEMAS yang disertainya.

EXCITED BETUL BILA BAS DAH SAMPAI

GORUP NGAN BUDAK LELAKI NI YANG SANGAT LEMBUT, TP ALHAMDULILLAH DAPAT JUGAK NO. 2

PELAJAR HARAPAN

BUDAK YANG 1ST G TERJUN DALAM SUNGAI, SAMPAI MAK DIA TAK SEMPAT NAK JAMAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN. AKHIRNYA MAKAN LA APA YANG ADA..

KAKAK NABILA & KAWAN2 JER YANG BEST, RELAX JER KAT SANA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...