Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN 1432H

Insya-Allah esok (1 Ogos 2011) kita semua sebagai umat Islam mula berpuasa. Jumpa lagi kita dibulan Ramadhan yang sentiasa kita semua tunggu2 kan, bulan yang mulia lagi barakah. Di sini saya ingin menngucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog, terutamanya yang beragama Islam.

Saya juga ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf andai kata, ada tutur kata atau segala gurau senda yang mencuit sesiapa saja di blog ni ataupun di FB atau di mana-mana saja. Yang baik tu datangnya dari Allah, dan yang tak baik tu tentulah dari kelemahan saya sendiri.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan diberkati. insya-Allah...Aminnnn

Friday, July 22, 2011

Balik Kg - kenduri, makan durian & Jengok Along Mimi

Rupa-rupanya tak ada 1 pun gambar masa kenduri rumah mak..huhuhu. Masa balik, durian baru belajar gugur. Tapi dapatla mak masak bubur durian jamu orang kampong masa kenduri tu. Tak puas makan durian kat kampung, rasa macam nak balik kg lagi. Suka tengok si kecil makan durian, memang favourite dia, siap tapau bawa balik kajang. Malam esok dia sambung makan lagi durian tu sampai habis... orang lain x merasa..
























Thursday, July 14, 2011

Makan Malam & Ke Banting Lagiiii

Pada 8hb Julai lepas, Along Mimi balik dari Kolej. Bas disediakan. Menghantar & menjemput selang 2 minggu sekali adalah rutin weols semenjak Along duk asrama nie. Kalau tak jemput dari kene hantar. Abah dia cakap x jauh, tapi pada saya jauhnya sama macam nak balik kg Melaka. Selalunya bila hantar Along, weols semua akan beli pau kat kantin asrama Along. Sedap gilosss la. Family semua memang suka. Siap bertambah-tambah, sedia je la duitnya..hikhikhik... tapi sebelum beli & makan pau, anak2 yang lain kene bw & angkut barang2 along naik ke tingfkat 3 (dulu tgkt 4). Selalu banyak jer barang2 along nie....mcm2 nak bw balik asrama, selalunya stock makan ringan dia la apa lagi.




















malam sabtu bawa Along g makan kat Sungai Merab, Kajang. Dah lupa nama restoran. Tp memang rami la orang yang datang makan kat situ. Menu selalu nya biasa, mesti ada telor bisti, ikan siakap masak 3 rasa, tomyam, sayur goreng & jugak ayam masak pedas.
Harga murah la pulak kat situ, selalu kalau makan kat tempat lain, sekurang2nya mesti kene RM100++ gitu, ini baru RM71.00.














Tuesday, July 05, 2011

Model Tudung

Keletah Nurrey bila disuruh jadi Model untuk Koleksi Tudung Kanak-kanak.

Penat woooo bila nak ambil gambar dia ni. Bila kita nak ambil jer gambar dia, mula la dia gerak sana sini badan dia tu. yang paling memenatkan bila dia pulak nak pegang kamera tu, tak pada hal mak dia nak ambil gambar dia nie. Puas puji cakap dia cantek & comel. Last2 nia la hasilnya...




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...