Tuesday, September 09, 2014

Jom Balik U

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah habis cuti Sem Kak Long Mimi. Kejap benar rasanya Kak Long mimi bercuti kali ni. Sampai adiknya C nuri pun cakap benda yang sama.."knape kak long cuti kejap sangat.."... tarikh sebenar Kak Long mimi start cuti Sem hari tu pada 16hb June 2014 kalau tak silap ler yer, tapi sebab Kak Long ni skuad Pelapes, dia menunggu kot2 ada tugasan Navy last minit diterima, tu yang buat Kak Long Mimi balik ke Semenanjung pada tarikh 26hb June, lagi 2 hari orang nak sambut puasa. Kiranya 2 minggu dah bazir kat situ jer.. Balik2 sampai rumah bukan boleh dok diam, macam2 hal dia buat, busy memanjang... tu yang rasa macam kak long mimi ada kat rumah macam sekejap jer rasanya. Cuti Kak Long mimi kali ni memang tak ada buat perancangan apa2 pun sebab tiada masa yang sesuai, mana dengan bulan puasa, lepas tu raya, lepas raya dah sibuk nak balik U, mak abah pulak kerja (boleh jer cuti sebenarnya tapi memang tak ada masa yang sesuai untuk berholiday bawa anak2..). Jalan2 outing 1 day pun dah kira okey kan..banyak sebenarnya outing 1 day sama Kak Long ni masa cuti ni, itu tak tambah dengan balik kampong sebelah abah & mak lagi. Kiranya okey dah ni.. Kak Long pun bukan duduk diam bila dah ada kat rumah. Ada jerrr planning outing ngan kengkawan dia, g tengok wayang lah, g lepak2 lah & macam2 lagi lah. Kiranya full ler cuti dia kali ni.

Lebih kurang 2 bulan lebih cuti, tanggal 6hb Sept 2014 berangkat lah Kak Long ke UMS semula untuk menghabiskan kuliahnya dalam Tahun Akhir. Ahkak rasa kejap jer Kak Long belajar kat sana (tapi tuan punya badan tak tau ler.. rasa lama ke idak dok kat sana nun...). Kiranya dalm bulan Jun 2015 habislah pembelajran kak Long sebagai seorang Mahasiswa Tahun Akhir dalam Bidang Sains Environment..

Semoga Tahun Akhir ni Kak Long lebih bersemangat untuk belajar. Mak, abah & keluarga hanya mampu berdoa semoga Kak Long mendapat kejayaan yang cemerlang & menjadi kebanggaan mak abah & jadi contoh untuk adik2 Kak Long ni.

Rasa sedih & sebak bila time Kak long nak flight ke Sabah. Kita layan gambar serba skit yang sempat di snap kat KLIA2..


dah macam budak kemboja jual barang dah C Nuri ni.. Nak tau apa benda yang dia junjung tu, itu ler barney Kak Long, selepas kene wrap, boleh jadik kecik bear tu, tapi memang kelakar pun ada, sedih pun ada ms time kene wrap tu, tuan badan lagi ler sedih macam nak nangis jer Kak Long bila barney dia kene warap jadik lagu tu.. Klu ikutkan cakap petugas AA kat situ, tak wrap, ok jer boleh bawa macam tu naik flight, tapi Kak Long nak jugaj wrap sebab masa dia nak balik ke sini, petugas Imegresen kat KK dah sound suruh wrap atau kene tinggalkan (kiranya tak boleh bawa naik flight selagi tak wrap), tu yang kak long buat sebab takut nanti, elok2 lama beratur smpi kat imegresen kene tahan suruh wrap plak..tapi sib baik tak rosak barney Kak Long. Cer tengok macam muka kesian jer barney kak Long selepas kak long bukak.. Kak Long cakap still lembut. Ahkak cakap macam dah patah jer tengkuk barney Kak Long, masa kene wrap tu...huhuhuhu... Alhamdulillah kak Long cakap back to normal lah...kihkihkih....


Ni abah dia beli breakfast, sebab kat rumah tak sempat nak makan, awal pagi kan kuar rumah... pemandangan yang sangat cantik bila dok makan kat sini.. memang cantik ler, seronok Nuri boleh tengok kapal terbang dekat jer parking & turun naik dari situ..

Time ni yang tak boleh tahan, semua merah mata, bergenang air mata..last2 airmata mak jugak yang berguguran..Kak long lagi ler..
Insya-Allah umur panjang, boleh pergi lagi kat Kak Long. Bincang ngan abah, kiranya time kak long last tu boleh ke sana lagi. Boleh tolong Kak Long angkut barang bawa balik sini..

Masa kak Long dah masuk boarding room, weols masih lagi merayau2 dalam KLIA2 tu. Iye lah kiranya 1st time weols ke situ semenjak dibuka. Masa kak Long balik cuti hari tu tak kesampaian sebab kak Long smpi malam, tunggu kat luar jer. Kali ni ambil kesempatan. last2 weols jumpa sape kalau uols nak tau..jeng...jeng...jeng...jeng..

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Ingatkan jumpa sape tadi..kuikuikui..macam ler jumpa artis popular tadi. popular lah sangat kan.. Apa2 pun weols happy dapat bergambar ngan artis ni.  anak ahkak yang minat sangat ngan kumpulan ni..

ko hado!!!!!!.......



Thursday, September 04, 2014

1 day outing

Assalamualaikum...

 Sebelum keboringan, baik ahkak upload citer g jenjalan ngan family masa cuti hari merdeka ke 57 hari tu. Perancangan nak ke sini.. ke sini?..ke sini mana tu..kihkihkihkih...

Bukit Tinggi? bukan Bukit Tinggi Indon ye, cuma Bukit Tinggi di Pahang yang lebih dikenali dengan nama Colmar Tropicale Berjaya Hills ye kengkawan. Memang rancang nak pergi dekat2 jer sebab anak2 memang bercuti panjang tapi nampak ganyanya bukan macam cuti, Yang sulung tu cuti semesta dia sepatutnya lebih kurang 2 bulan lebih tapi sebab sibuk merancang ngan kengkawan, memanjang jer la busynya..Yang no. 2 pulak cuti mmg lama dari bulan 6 sampai la habis November, praktikal pulak selama 3 bulan, yang bulan2 lain tu dok busy lah jugak kan... panjang jer kaki memasing tak duduk diam kat rumah. Lepas sorang2 vroomm bawa kereta. Ada jer rancangan diaorang ni, mentang2 dah besar, bak kata abahnya. Lesen memasing semua ada, laju jer kan...Yang 3 orang lagi tu macam biasa sekolah. Mak abah pulak bekerja, nak cuti kene bincang betul2. Sebab semua busy, tu merancang g jenjalan 1 day jer, kalau ikutkan memang setiap weekend ada jer jalan2 tp biasalah ke shopping mall jer la & sesekali balik kg. Anak2 cakap tu bukan holiday...huhuhu... tu yang search google tgk mana tempat yang dekat, ternampaklah blog orang yang dah pergi, nampak macam cantik jer...sebab ahkak ni seorang yang suka bergambar memang sesuailah tempat macam tu kan, dengan bangunan2 yang cantik2 gitu, siap ler ahkak menempah tshirt I AM sorang selai, hajat hati nak bergambar 1 family kat bangunan tu dengan menayang I AM tu... tapi semua tu tak kesampaian sebabnya anak no. 2 tak ikut sebab nak kerja, dah seronok kerja tambah2 sales datang time2 cuti, biarlah budak tengah seronok cari duit kata abahnya & abahnya pulak tak nak pakai sebab cuaca panas. Tau pun panas tapi sibuk memasing nak baju lengan pjg, dah buat malas nak pakai. Anak2 yang lain ikut je kerenah mak dia ni.

Ok lah, jom layan sekeping dua gambar. gambar banyak tapi tak sesuai kot nak letak semua, lagipun takut2 korang tak tengok gambar sebab line berat..:)

Perjalan dari Kajang tak lah jauh mana, kalau jalan tak jem, lebih kurang 45 minit jer kot dah sampai tempat ni.


Nak masuk sini dikenekan tiket RM12.00 untuk dewasa & kanak2 RM8.00 untuk sekali masuk. Kereta ada tempat parking yang disediakan. Kalau nak ke Japenese Village pun boleh bawa kereta tapi weols naik kendera lori yang disediakan..

 Mula2 sampai dah tak sabar2 nak snap gambar, tengok macam cantik jer.. cuaca time ni memang panas, bergambar tetap bergambar..kihkihkih..Tengok ni Nuri ambil gambar ni masa kat park kereta lagi ni, tak turun ke bawah lagi. Dah turun, berebut rebut nak snap gambar, tapi sebab orang ramai giler, macam kureng skit nak bergambar tu..rasa macam tertutup je pemandangan yang kita nak snap tu...haruuu..

Macam ada sesuatu je dok mengacau gmbr ni kan..

Monopod ada tapi macam tak pandai jer lagi nak snap gambar full, lepas tu plak tripod lupa nak bawa, dok suruh pengawal mynmar snapkan, itu pun dok cakap.."cepat ye, saya banyak kerja".kuikuikui.. tapi ok lah dia snap, cantik jugak..
  
yang ni hubby letak camera kat tembok, segan punya pasal nak suruh orang snapkan..

nampakkkkk!!!!!!!!!!! I AM kitaorang..

Kalau sesiapa nak pergi ke sini, di harap jangan ler nak vouge sangat ye ngan heel ker, kot ker, sebabnya cuaca tak sejuk macam GH ke CH ke.. lepas tu asyik nak mendaki & memanjat bukit & tangga je ke mana mana. 3 ke 4 hari betis ahkak sakit weiiii.. nampak sangat badan ahkak dah berat. Mana taknya exercise tak pernah pun buat..ambik ko mengcungap memasing.. huhuhuhu

Adalah itik besar ni 3 ke 4 ekor, boleh lah tengok2 sambil hilangkan lelah kejap

Budak kecik ni jer yang tak tengok macam tak penat langsung, kejap2 berlari, kejap2 berjalan, dia jer ler yang ke depan dulu

Ni lori yang weols naik dalam kawasan ni

Ni xtvt yang En. usop kene layan C kecik tu, RM12 sekali masuk nak tengok hantu
 sempat Nuri snap gambar time tunggu lori

Kat dinding ni pun nak bergambar

gambar bawah ni Nuri & kak long jer yang pergi. yang lain2 dah tak larat nak berjalan. rasa rugi pulak kan sebab bila tengok gambar yang kak long snap cantikk sangat Japanese Village ni... memang tau tempat ni cantik bila search blog orang tapi sebab mmg tak larat sgt masa tu, lain kali jer la terjah...ermmm entah bila lagi la ni nak sampai lagi tempat ni. nampak gaya mcm tak akan pergi lagi jer...entah ler..

Wednesday, September 03, 2014

Majlis Pertunangan Anak buah lelaki

Assalamualaikum..

Masih meneruskan cerita untuk cuti2 hari kemerdekaan ni ye. Pada 31hb Ogos iatu tanggal kemerdekaan yang ke 57 Malaysia, pihak akak iaitu anak kakak yang no 2 telah mengadakan majlis bertunang untuk anak lelakinya yang no. 2. Dah melangkau kakak nampak budak Fahmi ni. Kesian kat Kak Long Ira. Sebelum ni sibuk betul nak bertunang dengan Pakwenya yang dah lama dia kenal tu, last2 tak jadik, memang ahkak tak suke tau lelaki macam ni, dapat yang lain, yang mula2 dibuang begitu jer. Mulut punya lah manis budak lelaki ni, rasanya siap cakap kalau saya dah datang jumpa keluarga tu maknanya saya akan jadik keluarga ini nanti. kalau saya tak ikhlas berkawan ngan Ira saya tak berani nak jumpa family... macam tu ler antara kata2 budak lelaki tu..mslhnya dah banyak kali jugak datang kampong, kiranya ramai jugak family yang dah kenai tau.. Tak per Ira, cari je lalaki lain, ramai lagi yang sesuai ngan kak long Ira.

Insya-Allah Kak Long Ira akan menysul tak lama lagi jugak kot selepas adiknya bertunang ni. Kita doakan sama-sama ye semoga jodoh Kak Long Ira ada.. jom layan gambar2 sekitar majlis pertunangan Fahmi. Ni baru bertunang, meriahnya mengalahkan majlis kahwin. Ni semua belum masuk orang2 kampong, kawan2 lagi tu, ni baru family sebelah mak & abah C bertunag je ni. Ini pun baru separuh je family yang hadir. kalau hadir semua lagi gempak kot..masalahnya mak menakan, anak2 buah sepupu sepapat menggedik lebih..kihkihkih..

gambar semuanya punya lah banyak, tapi malas nak edit & upload. Layan jer lah sekeping dua yang ahkak upload ni ye..nanti banyak2 berat pulak line...





Wedding Kawan Kak Long Mimi

Assalamualaikum...

Sebelum sawang menjadi tebal kat sini, ahkak nak cerita pasal cuti2 Malaysia (cuti2 Malaysia ke...huhuhu...) boleh lah kan.. Cuti 3 hari sempena cuti merdeka yang ke 57 jatuh hari ahad, isnin tu mesti ler cuti kan, ini untuk negeri2 yang sewaktu dengannya..hihikhik..Johor, Pantai Timur tak cuti isnin sebab diaorang dah cuti Jumaat kan.

Ok lah, meh lah ahkak start cerita ye.. Sabtu iaitu tanggal 30hb Ogos tu kami 1 family bersiap untuk ke Johor menghadiri kenduri kahwin kawan anak ahkak yang sulung ni. Kawan dia ni masih belajar lagi tu, sama ler dengan suaminya tu baru je habis belajar. Dua2 dr UMS nun sama ngan Kak long Mimi. Tengok ni masih belajar & belum ada kerja dah kahwin kan, bukan apa kalau dari pihak ahkak & suami ahkak memang tak akan setuju kalau anak ahkak yang mintak nak kahwin kalau masih belajar. Minta maaf banyak2 sebelum tu, sebab ini pendapat ahkak je ye. Pendapat orang lain2, ada family yang setuju ada family yang tak setuju kan. Bak kata Kak Long, bagus lah ni untuk menghalalkan keadaan. Memang lah ada betulnya, tapi ahkak & suami tetap tak setuju kalau dah namanya masih belajar. Abahnya cakap belajar dulu sampai berjaya & ada kerjaya. Ni penat je belajar, tmbh2 budak perempuan, ssh skit kalau dah bekeluarga..Sebenarnya kak long dah ada perancangan dengan kawan lelakinya, tapi sebab abah & mak tak berapa setuju diaorang ikut jugak ler, yang lelaki mesti cari kerja tetap, kak long mesti habiskan belajar, cari kerja dulu, kumpul duit dulu baru masuk meminang, bukan lah mak abah nak duit kak long, at least abah mak nak hidup anak2 biar senang dikemudian hari. Kalau bab2 nak kahwin nanti tau ler abah mak tolong nanti.

Rumah kawan kak long ni jauh di Felda Tunggal Kota Tinggi.. jom layan gambar

Boleh pulak sama color baju pengantin dengan dress Kak Long. Orang Johor lawannya orang Kedah.. ambik ko...
 rehat sebentar RnR di Simpang Renggam, perjalanan jauh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...