Wednesday, September 03, 2014

Wedding Kawan Kak Long Mimi

Assalamualaikum...

Sebelum sawang menjadi tebal kat sini, ahkak nak cerita pasal cuti2 Malaysia (cuti2 Malaysia ke...huhuhu...) boleh lah kan.. Cuti 3 hari sempena cuti merdeka yang ke 57 jatuh hari ahad, isnin tu mesti ler cuti kan, ini untuk negeri2 yang sewaktu dengannya..hihikhik..Johor, Pantai Timur tak cuti isnin sebab diaorang dah cuti Jumaat kan.

Ok lah, meh lah ahkak start cerita ye.. Sabtu iaitu tanggal 30hb Ogos tu kami 1 family bersiap untuk ke Johor menghadiri kenduri kahwin kawan anak ahkak yang sulung ni. Kawan dia ni masih belajar lagi tu, sama ler dengan suaminya tu baru je habis belajar. Dua2 dr UMS nun sama ngan Kak long Mimi. Tengok ni masih belajar & belum ada kerja dah kahwin kan, bukan apa kalau dari pihak ahkak & suami ahkak memang tak akan setuju kalau anak ahkak yang mintak nak kahwin kalau masih belajar. Minta maaf banyak2 sebelum tu, sebab ini pendapat ahkak je ye. Pendapat orang lain2, ada family yang setuju ada family yang tak setuju kan. Bak kata Kak Long, bagus lah ni untuk menghalalkan keadaan. Memang lah ada betulnya, tapi ahkak & suami tetap tak setuju kalau dah namanya masih belajar. Abahnya cakap belajar dulu sampai berjaya & ada kerjaya. Ni penat je belajar, tmbh2 budak perempuan, ssh skit kalau dah bekeluarga..Sebenarnya kak long dah ada perancangan dengan kawan lelakinya, tapi sebab abah & mak tak berapa setuju diaorang ikut jugak ler, yang lelaki mesti cari kerja tetap, kak long mesti habiskan belajar, cari kerja dulu, kumpul duit dulu baru masuk meminang, bukan lah mak abah nak duit kak long, at least abah mak nak hidup anak2 biar senang dikemudian hari. Kalau bab2 nak kahwin nanti tau ler abah mak tolong nanti.

Rumah kawan kak long ni jauh di Felda Tunggal Kota Tinggi.. jom layan gambar

Boleh pulak sama color baju pengantin dengan dress Kak Long. Orang Johor lawannya orang Kedah.. ambik ko...
 rehat sebentar RnR di Simpang Renggam, perjalanan jauh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...