Tuesday, June 28, 2011

Jom beli Sate Kajang

26 June 2011
Pagi ni, weols semua g rumah Pakcik Mulup kat Cheras, kenduri bertunang anak Pakcik yang sulung. Along mimi jer x join sebab jumpa kawan dia kat MidValley. Lepas makan tengahari kat rumah kenduri weols semua bergerak balik, tapi sebelum tu Along mimi dah pesan suruh beli Sate Hj Samuri, dia nak bawa balik asrama, nak makan ngan kawan sebilik katanya. OK la abahnya pun pesan la 20 cucuk (cukupla kan untuk kawan bilik jer (2 org)), lagi 20 cucuk untuk anak2 yang lain, makan dalam kete jer dah abis....huhuhu Sementara menunggu sate siap dibakar, weols berehat di kawasan "play ground" apalagi sekecil 2 orang tu memang kesukaan diaorang la kan kalau tempat-tempat macam gini... last2 tunggu dia puas main la gamaknya baru beredar, itu pun terpaksa gesa stop sebab nak hantar along ke asrama. Siap janji nanti kita main lagi.. biasa la kan, janji ibu...



















Friday, June 10, 2011

Along pindah lagi Kolej

memang kalut betul la seminggu dua nie. mana taknya dapat tau along dapat Matrik kitaorang ada kat kg Bota. Masa macam nak balik terus jer kat Kajang, tapi tau jer la kan, abah dia relax jer, lagipun along masa tu macam x mau g Matrik. Tapi kita sebagai ibu nak yang terbaik untuk dia, doakan jugak biar hati dia lembut & berubah nak masuk Matrik. Tau2 je la kan, dia ambil bidang Perniagaan yang bukan bidang dia belajar dulu iaitu SAINS. Kat kolej ni dah la dok kat condo dengan bebudak yang huwa huwa jer lebih, mesti x ngam ngan along kan...

Along ni dah la tengah minat belajar, tu yang gesa dia jugak tu, kita tau dia memang boleh buat. At last dia setuju jugak nak ke MATRIK. Baru kene ngan bidang dia dari sains tulen kan.

Dah sampai kat Matrik ni, baru dia tau, ini la tempatnya, baru nampak macam student.


Ini la tempat Along, terus dapat tingkat 4, atas sekali wooo..sian kat Along, tapi abah dia cakap... biar kurus skit..hehehehe


Budak kenit tu x tau penat langsung, dah la naik tingkat 4, boleh pulak dia main lari2 dari hujung ke hujung bangunan tu

 

dah kepenatan naik tangga...siap berkampong jap sebab tungu along bawa kunci


Sempat pose

 

baru nampak along sebagai seorang Student kan..


Ni antara barang2 along yang di bawa


 



Nama Asrama Along, cantekkk & bersih je tempatnya kan

 





Pilih baju doktor kata adik-adiknya.. diaorang ingat along nak jadik doktor la tu. Memang pada awalnya nak sangat Along ambil bidang berkaitan hospital..tapi dah habis lain pulak yang dia minat..

 






Ni masa mendaftar, Along daftar lambat dari orang lain, sib baik diterima 

Thursday, June 09, 2011

kenduri mak g umrah

kenduri mak kali nie memang special. Macam rasa hari raya pulak. mana taknya siap ada satey, lontong, rendang, mee goreng basah & berbagai macam kuih muih lagi. Memang meriah la pulak rasanya.



























Along Mimi D Kolej Unifield Alor Gajah

Apabila mendapat tahu UPU tidak berjaya, along Mimie dah macam kecewa. kesian pulak padanya. Oleh kerana dia ni ada minat nak belajar dan bersungguh-sungguh nak memasuki apa saja Kolej, saya pun sebagai ibu pun daftar la dia kat Kolej Unifield Alor Gajah, Melaka dengan persetujuan dia jugak.


9hb bermula Along Mimie sebagai student kat Kolej Unifield, mengambil Diploma Pengajian Perniagaan dengan kos RM860.00.


Student kat sini semua duduk kat condo yang cantek siap ngan kolam renang lagi. Pemandangan yang luas, nyaman jer ngan angin yg cukup kuat. Tambahan lagi rumah yang diduduki along tingkat 18..huhuhu tinggi tuuu. Setiap malam disajikan ngan bunga api lagi. Semenjak along dok sini, setiap minggu saya pergi ke tempatnya. Adik2 yang lain sungguh gembira, mana taknya dok mandi kolam jer.


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...