Wednesday, March 06, 2013

PRAY FOR SABAH

Tiada siapa pun menjangka akan terjadi perkara begini di negara kita kan?. rasa tak tenang dengan kes pencerobohan di Sabah. Jiwa bertambah kucar kacir semenjak dengar citer dari kawan yang balik tergesa-gesa ke Semenanjung dek kerana takut.. teringat kat anak, Kak Long yang belajar di UMS. Secepat kilat menelipon untuk dengar khabar terbaru. Apa yang mak baca & dengar, betul la tuh, katanya nya ringkas....hanya DOA saja buat masa ni kita panjatkan agar seluruh rakyat Sabah selamat dan dijauhi perkara2 yang lebih buruk. Bertabahla buat teman-teman di Sabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini. Semoga ketegangan ini segera tamat. Takziah kepada perajurit yang terkorban. Andai langkahmu ke medan juang untuk memperjuangkan agama dan negara, Insya-Allah gugurmu ini sebagai syahid.

terima kasih perwira bangsa negara, sanggup berpisah dengan keluarga demi menjaga keselamatan dan keamanan negara. Semoga Allah permudahkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...