Friday, May 31, 2013

Cerita Hari Ini

Selamat Pagi Jumaat semua dan Assalamualaikum....

Apa yang ahkak nak cerita ni ye..hehehehe... sebenarnya nak cerita pagi ni pasal penunggang-penunggang motosikal di Malaysia ni ler. Ahkak dah lebih kurang 20 tahun dok berulang alik ke tempat kerja menggunakan motosikal (bukan ahkak yang bawa ye, En Usop yang bawa).. ahkak takut weiii bawa motor, pernah try sekali 2, terketar-ketar seiii masa bawa tu  siap jatuh tergolek pun ada..hehehehe.. sampai sekarang ni ahkak fobia nak bawa motor, sib baik lah ahkak tak fobia sebagai penunggang. kalau fobia alamatnya ahkak tak boleh la nak peluk erat-erat cik abang lagi weiii...mengada-ngada tak ahkak & satu lagi yang paling ahkak berchinta  ahkak kene g kerja nak kenderaan lain ler...hissss tidak..tidakkk mungkin tidak (sesekali tu boleh la). Ahkak lebih suka En. Usop yang ambil & hantar menggunakan motor. Kalau naik kereta malas la nak tempoh jalan yang jem selalu, tol lagi, minyak lagi, masa ahkak lagi banyak terbuang. Ehhh malalut pulak ahkak ni kan...Jom baca lagik...

Sepanjang ahkak menaiki motor yang dibawa oleh En. Usop, banyak la pengalaman manis & pahit. Pernah la jatuh tergolek, tapi alhamdulillah x pernah lagi xcident teruk, mintak jauhkan la,.... 5 ke 6 tahun lepas selalu la jugak kene berhenti tepi jalan dan menapak jauh untuk mendapat pomen sebab tayar pancit, sekarang ni bila tayar motor dah moden skit, x pernah sekali pun ahkak dok berhenti. Lagi 1 yang paling tak tahan bila penunggang lain ajak En. Usop berlumba. Ni yang selalu ahkak hangin 1 badan ni, walaupun akak dah berpuluh tahun berulang alik dengan motor, tapi perasaan takut still ada tau.Selalu kene begina time En. usop bawa motor berkuasa tinggi la. Kalau time bawa motor kapcai tak pulak orang nak ajak berlumba. Masalahnya orang yang ajak berlumba ni pun bukan bawa motor berkuasa tinggi pun, cuma motor kapcai jer, ada hati nak berlumba, tak takut ke ekzos tercabut cik abang oiii....tapi serios tabik kat diaorang ni, motor cabuk pun laju wooooo....

Sekarang baru la cerita sebenar ahkak nak citer pagi ni..hehehe..Nampak tak motor kat bawah ni. Ini motor Elegant keluaran Modenas. Mula2 keluar motor ni, En usop dah beli, siap la bawa ke tempat kerja, semua orang dok pandang2 sebab masa beli tu memang masih tak ramai orang yang pakai, bak kata En Usop maybe weols orang yang ke 10 antara 10 orang yang dah beli. memang serios x ramai lagi, masa naik tu adalah perasaan megah sikit..heheheh berlagak tak ahkak....tapiiiii En. Usop dah jual motor ni, pakai tak samapi 6 bulan kot sebab En. usop sibok nak beli CBX (legi besar kuasanya)
Tak lagi sampai cerita sebenar ahkak ni... Jom..jom.. sekarang ahkak citer. Begini citernya, pagi tadi masa weols naik motor Versys En. Usop, ada sorang mamat bawa bini kot naik motor Elegant ni, serios ahkak tabik, laju giler weiiiiii.. ngeri ahkak tengok. Memula tu ahkak dah perasan dia ni macam nak ajak En Usop berlumba jer..(ahkak dah tau sangat2 ciri2 penunggang2 sebini). En Usop ku ini bukan boleh kan.. panas jer jiwa dia tu nak layan perangai2 si pelumba ni.. selalu ahkak lah yang meng"control" keadaan. Selepas 2 kali potong memotong, kejap2 En. Usop potong dia, nanti mamat ni pulak potong, lepas tu En. Usop lagi. Ahkak still diam lagi sebab ahkak tengok keadaan jalan pun lengang, ahkak biarkan kan.. sampai jer nak masuk jalan motor sebelah toll Sg. Besi, mamat ni dengan megah & lajunya (serios ahkak cakap macam dah nak terbang motor dia membelok memotong weols kat mula2 nak masuk simpang jalan motor tu, ahkak tabik springggg la kat mamat ni (bini dia relax jer ahkak tengok, ahkak siap la peluk erat-erat En. Usop, dia boleh relax je tangan dia, dok tegak jer..hehehehe). Lepas dia dah memotong perjalanan weols, baru la En. usop bersuara.. "Laju betul orang tu bawa". Akak diam jer, malas nak layan...hehehe...Selalu ahkak yang akan jadik penyelamat daripada En. Usop melayan kerenah-kerenah penunggang sebegini.

Moral of the story.. berhati-hati la dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...