Tuesday, October 22, 2013

Mandi di Pulau, Sabah

Assalamualaikum semua.. Ceria2 selalu hendaknyaa... Lamanya la ahkak nak habiskan citer kat Sabah ni kan.Kengkawan pun boring je ngan blog ahkak ni kan..huhuhuhu.. Mana tak lamanya, ahkak ke sana pun lama jugak tau, 6hari uols..huhuhuhu...

Hari ke 5 di Kota Kinabalu Sabah.
8hb September, 2013 (Monday)

Pagi tu sebelum turun breakfast, hubby ahkak dok g tanya owner homestay tu ada tak kengkawan yg bw g Pulau (kes malas nak driver la ni ke Jeselton nun..). Apalagi laju je la owner tu cakap ada. Biasalah kan, mereka yang mengeusahakan perniagaan mcm ni mesti ramai contact kan. Lepas dok ckp lebih kurang, owner janji nnt suruh owner boat cari weols kat kedai makan tempat weols breakfast tu. tak dan breakfast sampai, tup-2 terpacul je mamat ni (tokey boat ke Pulau)..hehehe... bincang2 dah dpt kata sepakat, ok la weols setuju guna perkhidmatan beliau. Hubby nak g 1 pulau je sebab biar anak2 puas mandi katanya. Weols naik melalui pasar Filipin tu jer..Weols naik speedboat Uuu...punyala takut dlm perjalanan tu, melambong lambong boat, tapi yg peliknya anak weols C kecil Ku Nuri relax jer dia.. excited sungguh dia ni.



 happyyyy..

yeahhhhh...kami pergi Pulau Manukan je kali ni..

Nampak tak my hubby dok menemuramah pekerja pantai tu, diaorang ahkak tengok memang tak berhenti langsung membersihkan pantai tu.

Tapi seribu kali sayang, Pulau Manukan yang cantikk sudah menjadi kotor dek kerana banyak sampah2, kayu2, ranting2 yang dibawa oleh angin atau ribut dari sungai ke laut, (musin hujan kan...,) itu la kata-kata2 dari penjaga Pulau ni bila weols komplen kenapa banyak sgt sampah, macamana weols nak mandi ni.. walau bagaimana pun anak2 weols mandi la jugak untuk melepaskan rindu nak mandi laut, cuma my hubby & anak ku nabila je kejap je mandi sebab tak selesa. yang 2 orang anak yang kecil tu diaorg bukan kira, nak balik & dah kene jerit suruh naik baru naik...huhuhuhu...Rasa macam tak berbaloi dengan harga yang weols bayar untuk datang ke Pulau tu. Tapi x per la, bukan rezeki weols kali ni, maybe lain kali.

Sambungan untuk last episod, Next ye..macam derama la pulak, ada episod bagai..hikhikhik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...