Thursday, June 26, 2014

Sukan & Deman C Nuri

Assalamualaikum...

Sabtu lepas sekolah nuri mengadakan sukaneka untuk Tahap 1 (murid tahun 1, 2 & 3). Buat sukaneka musim panas2 ni, itulah kata2 pertama saya & jugak abahnya bila dapat surat dari Nuri. C kecil ni bila dapat jer surat dari cikgu, jangan kata tidak jika memerlukan parents datang ke sekolah tu. Macamana kita bagi pendapat & helah mesti datang, datang tetap datang, nanti cikgu marah katanya. Oleh kerana dia jer tinggal sorang anak ahkak ni sekolah kat sekolah tu, ahkak & abahnya turutkan jugak, walaupun pada awalnya memag tak berapa suka diadakan sukan musim panas2 ni. mau demam budak2 ni nanti, byk kali jgk la cakap hal demam ni, last2 ambik ko demam anak ku 4 hari panas, tak kebah2.

Berbalik cerita pasal sukaneka ni, rupa2nya semua murid terlibat & semua murid merasa hadiah, sama pulak tu, okeylah bagi happy jer kat budak2 tu semua. Ingat lepas turn nuri beraksi kepit bola bawah ketiak, dia dibernarkan balik dengan ibupaba, tapi hari tu cikgu siang2 dah annoucement, murid2 tidak dibernarkan ikut ibubapa balik selagi semua belum tamat..Sudahhhhh... apalagi C kecilku Nuri, dengan meriahnya main bergolek golek sakan, bermandi rumput & pasir. Mentang2 dia tau mak pak nya tak boleh jerit kat ramai2 tu, dia ambil peluang ye.... tak per.. tak per... dalam hati ni..biar dia main puas2 ngan kengkawan dia tu. Dah tamat bawa balik, terlupa nak layang dia mandi betul2, apa lagi malam tu badan dia pun naik panas yg amat..smpi badan dia dok menggigil sakan.

Biasalah kan, dah deman mesti bawa g jumpa doktor. Sekarang dah sehat pun.. Jom tengok gambar2 pulak

Nuri ni kalau dia jer sorang, ingat dialah yg paling kecik, rupanya dia yg palaing besar dr kawa2nya itu



 Sempat selfie

nak jugak

Budak ni time demam, mesti cari abah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...