Monday, November 19, 2012

Cuti Sekolah

Dah seminggu rasanya tak berblog..Ahkak sibuk skit ngan kerja2 opis..(betul ke..hikhikhik), sebenarnya malas nak mengarang..tiada idea langsung...huhuhu..Cuti sekolah dah pun bermula kan. kawan-kawan semua mesti dah ada planning kan untuk bercuti. Ahkak rasa2nya tak ke mana-mana kot, cuti pun dah abis, tambahan cik abe macam tak der mood nak bercuti kali ni, sebab forum dah tak cukup katanya (anak2 la tuh...) Ahkak cakap jugak ngan cik abe, sekarang ni  memang kita tak boleh nak berjalan dengan semua anak2. Diaorang dah sibuk ngan study (ada yang dah masuk U & ada jugak yg dok asrama). Kalau nak jugak, kita kene buat planning betul2 & ambil masa yang lama rasanya, sebab cuti anak2 yg study d "U" ni selalu tak sama ngan cuti sekolah kan.

Oleh kerana anak2 dah boleh rasa yang mak ayah diaorang tak leh nak bw holiday musim cuti sekolah ni, diaorang request nak duduk kg. Minggu pertama cuti, weols pun mengambil keputusan untuk menghantar 2 org anak untuk tinggal ngan Opahnya di Perak.

Sekarang ahkak memang terasalah sunyinya bila berada kat rumah. Sib baik la C Kecik ku tak nak tinggal di rumah Opahnya. Kalau idak lagi sunyi la nampaknya..

Ahkak rasa, sudah bermula la episod ahkak & Cik abe ditinggalkan anak2. Mereka pergi menuntut ilmu jer kan..tak tau la lagi kan bila mereka semua nanti dah berumah tangga...huhuhuhuhuhu

Ahkak hanya mampu berdoa supaya anak2 mengingati ibubapanya. Ingat susah payah ibuayah membesar kan sehingga berjaya. Amin.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...