Tuesday, April 23, 2013

Kek Cokelet Moist

Sehari dua ni asyik dok baca kat FB orang ni buat cokelet moist, orang tu buat, mana boleh jadik kan.. ingat ahkak tak tau buat ker... hehehehe Malas jer.. Ahad lepas selepas b'fast tetiba jer penyakit "R" datang melanda, selepas buat sarapan utk hubby & anak2, teringat nak buat cake cokelet moist yang paling sempoi ahkak rasa. Boleh bawa untuk Kak Ngah di Politeknik kan. Untuk Kak Long, maaf sangat2 sebab mak tak dapat nak bagi & buat untuk Kak Long..x per mak janji nanti bila Along balik lagi.. insya-allah mak akan buatkan, buat untuk raya sekali la nampaknya nanti.. hehehehe puasa pun belum dah nak raya..huhuhuhu

Resipi ni entah mana ahkak ambil ntah, tapi yang pasti, ahkak rasa kengkawan semua mesti tau kan resipi ni, semua kan terror2 masak memasak..cemburu tau tengok kengkawan yang berjaya dalam bidang masakan ni, memacan resipi, sedap2 belaka..Ahkak kalau rajin mau jadik jugak, tapi ni, malas je bila masuk dapur..huhuhuhu

Okey la, jom layan resipi yang akk letak ni:

Bahan2:-
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telor ayam gred A

Bahan B (diayak)
2 cawan tepong gandum
1 cawan serbok koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 cawan air panas mendidih

Bahan Ganache: 100gram cokelet masakan, 50ml susu UHT whipping crean, 1 sudu teh mentega

Cara-cara:
1. Ayak ke semua bahan B
2. Blander bahan A sehingga sebati
3. Campurkan bahan A dan Bahan B, kemudian kacau adunan sehingga sebati
4. Masukan air panas mendidih kemudian kacau sebati
5. Kukus adunan dalam acuan mengikut kesukaan
6. Kukus sehingga masak
(ahkak guna bekas plastik yang comel2 tu, senang nak bw & bagi kat orang)

Ganache pulak: satukan cokelet & whipping cream dlm mangkuk thn panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila dah cair, masukan butter. gaul rata. Curah atas kek tadi.

SIAP UNTUK DIMAKAN. nyumm..nyummm..nyum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...