Tuesday, May 03, 2011

Hari ke 3 di Bukit Tinggi

26hb April 2011 (Isnin)

Selepas breakfast kat Hotel, weols menuju ke Koto Gadang kerajinan Perak. Ingatkan tempat apa, rupa-rupanya tempat orang buat barangan perhiasan silver. kat sini saya beli gelang tangan rm200 & gelang tangan anak rm60. Ibuk tui cakap ramai orang Malaysia beli, tahan lama katanya, tu yang beli, saya pun memang minat barang perhiasan diri, hehehe

Lepas tu menuju ke Tasik Meninjau melewati kelok 44. Sesiapa yang tak tahan mau pening & muntah dibuatnya. Lebih 44 pun kelok jalannya. Tapi saya steady jer, hehehe
cantek betul keindahan kawasan ni. Rugi betul kalau sesiapa yang x datang ke sini.









Sampai kepenghujung, di sini la rupa-rupanya tempat kelahiran Buya HAMKA. Tapi pergi rumahnya, tiada orang la plak.









Balik dari Kelok 44, kami menuju ke Jam Gadang/Pasar Atas. Kat sini kata orang tempat membeli belah, macam-macam adaaa. Masa sampai di situ cuasa dah gelap nak hujan. Pak supir tinggalkan weols semua kat situ, xtvt sendiri, balik hotel weols cadang nak naik kudo. Masuk je dalam Pasar Atas, hujan pun turun ngan lebatnya. Suasana kat dalam macam sesak mungkin hujan kot, orang semua berpusu-pusu cari tempat perlindungan, hehehe Kat dalam Pasar Atas saya rembat pin tudung juntai, cantek sangat kalau sesiapa yang ada sanggul. Kat Malaysia ni saya belum nmpk lagi org pakai. Beli enam pin tu, tapi x puas hati lagi, x banyak pilihan kat situ, ingat nak beli lagi kat luar Pasar Atas luar, banyak nampak sebelum tu, tapi disebabkan hujan x henti2 niat tu dibatalkan. Selepas beli telekung 2 pasang, saya & hubby dok makan buah salak. Sekilo beli makan berdua jer...habisss kat situ je. Kawan hubby dah berpisah dalam Pasar Atas tu, x tau mana la diaorg duduk...






Ini la kete kudo yang weols naik. Bayaran idr20,000 dari Pasar Atas smpi ke Hotel Grand Malindo. Biasa2 jer naik tuuu. Bau jer kureng menyenangkan, ......hamis.......





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...