Wednesday, December 05, 2012

O'Connor's Service Award

Assalamualaikum....
Tak sangka, pejam celik..pejam celik.. dah 15 tahun ahkak bekerja kat Syarikat O'Connor's Engineering Sdn Bhd yang bertapak di Petaling Jaya. Sebenarnya bukan kat sini bermulanya pekerjaan ahkak. Start kerja masa berumur 19 tahun kot, selepas habis STPM tahun 1987. Habis jer exam, terus ahkak melarikan diri (bukan lari dari rumah tau...) ke Kuala Lumpur (K EL). Pekerjaan ahkak mula2 tu hanya la sebagai Nurse kat klinik Taman Midah, walaupun kerja kat situ seronok giler, tapi tak kan kita nak stay kat situ kalau gaji yg diberi cipot kan, masa tu ahkak pikir mesti tak ke mana pekerjaan sebagai Nurse ni kan (Silap besar la kan, tp masa tu banyak ikut perasaan hati muda..hehehehe). Berhenti ahkak kerja sebagai sales girl (pun x lama kerja ni sebab x sesuai ngan citarasa ahkak masa tu). Lepas tu ahkak kerja kat Company nama Sulaiman & Co. Kat sini lama skit sebab dah serasa kot ngan jiwa. Tapi tau2 jer la ahkak ni, masa tu muda lagi, lepas tu macam senang jer dapat kerja, ahkak berpindah randah dari satu Company ke satu company. Siap buat kerja part time lagi tau (sebagai Nurse) kat klinik Jln Ipoh. Masa ahkak dah kawin dan dah ada 3 org anak, baru la ahkak kerja kat Company smpi sekarang. Kerja sebagai Sales Administration. Kenapa ahkak kerja kat sini lama?... Nak tau tak?..hahahah
Walaupun tempat kerja ni jauh dari rumah ahkak (dr Kajang ke Petaling Jaya tau). Lama-lama asyik ulang alik, dah biasa dah....klu orang yang 1st time dengar, mesti keluar perkataan ni..."Oiiii jauhhhhhhhnyaaaaaaaa...hahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Pertama: Dah sesuai kot ngan cara kerja kat office ni & rakan2 semua (walaupun orang melayu adalah 2 ke 3 kerat jer..)
Kedua: Gaji yang tinggi skit & ada bonus lumayan...(hahahaha)
Ketiga; Dah tak der orang nak ambil ahkak, sebabnya umur dah meningkat (ye ker..belum cuba belum tau kan) tapi ahkak dah malas

Tak sangka dah 15 tahun kat office, akhirnya ahkak terima Award ni....
Alhamdulillah................



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...