Monday, November 25, 2013

Apam Nasi tanpa ENO

Tak der mood nak ber blog...Malasssssss...bukan tak ada citer tapi sebab penyakit M dah melanda, tu yang blog ni bersawang. Sebelum sawang menjadi tebal, jom la ahkak kongsi resipi je la ye. Kuih ni anak2 ahkak je yang suka makan, tapi memang jarang buat. Entah kenapa minggu lepas tetiba je teringat nak buat, selalu beli je sebungkus adalah dalam 5 ketul RM2.00 youuuu... Resipi ni ahkak kutip dalam blog jugak, tapi dah lupa sape namanya tuannya blog tu. Nak letak link dia dalam blog ahkak ni tak reti pulak. Nnti ahkak taip je la ye resipi ni kat bawah gambar tu nanti.



APAM NASI

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepong gandum
  • 2 cawan tepong beras
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut gaul ngan sedikit garam
 Cara-cara:

1. Blend nasi dengan air sehingga hancur (letak air sikit2 tau)
2. Setelah hancur, campurkan gula ke dalam blend sehingga sebati
3. Dalam bekas lain satukan tepong gandum, tepong beras & yis
4. Selepas tu masukan bhn yang diblend kedalam bekas tepong tadi. Gaul sebati
5. Perap sehinnga naik 2x ganda (3jam perap kot)
6. Panaskan kukus
7. Acuan hendklah disapu sedikit minyak supaya apam tak melekat 
8. Kukus selama 15 minit untuk acuan kecil2.
9. Hidang & gaul dengan kelapa.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...