Monday, July 14, 2014

Nasi Pelangi aka Nasik Hujan Panas

Assalamualaikum..

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Dah 16 hari kita umat Islam berpuasa. Tapiii percaya tak, selama berpuasa ni ahkak cuma berkesempatan masak sendiri cuma 2 ke 3 kali jer, lain-lain hari ahkak beli lauk tunjuk tunjuk je kat pasar Ramadhan. Disebabkan kekangan masa, ahkak tak berkesempatan untuk memasak beria-ia kat dapur rumah ku..huhuhuhu....

Tapi syukur alhamdulillah selama membeli makanan di bazar ramadhan tiada apa-apa yang mengganggu perut isi rumah ahkak semua. Alhamdulillah.. Sebenarnya takut jugak dengar macam-macam cerita, ada yang sampai masuk sepital gara2 makan makanan yang dibeli di pasar ramadhan. Memang tak dinafikan makanan di bazar ramadhan memang cepat basi, sebab itu ahkak klu beli, makan smpi habis masa berbuka, nanti sahur ahkak masak yang simple2 jer, subuh2 alam tu masa ada selera nak makan kan.. Selalu waktu sahur masak nasi goreng, mee goreng, meehon goreng & semua yang goreng2 belaka. Yang berkuah tak jalan masuk tekak ye..

Membebel pulak ahkak kan. Sebenarnya nak share resipi nasi Pelangi aka Nasi Hujan Panas. Terjadi masakan ni disebabkan C kecil ahkak Nuri boleh plak dia request Nasi pelangi. Terkejut jgk, mana budak ni boleh tau nama nasi ni, tetiba jer request hari ahad semalam. Ok jugak kan, maka bermulalah ahkak menyinsing lengan kat dapur sensorang. Buat nama je ada anak dara rami, tapi sorang pun tak reti nak menolong, maybe silap ahkak jugak sebab selama ni memang tak pernah nak memerintah anak2 dara ahkak tu membantu, sekarang baru terjerit jerit mintak bantuan.. bolehlah harap itupun berpanggil..huhuhuhu..

Ramadhan ke 15

Resipi Nasik Pelangi aka Nasik Hujan Panas
Ayam Masak Merah & Ayam goreng ala2 KFC

RESIPI NAK PELANGI AKA NASIK HUJAN PANAS

Bhn2:

  • 3 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah,hijaudan biru (ingat nak letak kuning tp x ada)
  • bahan tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

  • Cara-cara

    1. Cuci beras dan rendam seketika. Toskan.
    2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
    3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
    4. Masukkan beras dan gaul rata.
    5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
    6. Masaklah nasi sehingga masak
    7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna tadi ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu. 
    Ikut suka nak letak barang hiasan macam bwg goreng ke, kismis ke..ahkak tak letak apa2 pun.

    Ayam masak merah tu, semua dah tau kan. tak kan lah tak tau kan..semua kengkawan2 kat sini semua terror2 masak kan, semua dah pro gitu.

    Pencuci Mulut ahkak buat kuih yang paling senang & mudah iaitu kuih buah Melaka..

    Selamat Mencuba....





    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...