Wednesday, July 24, 2013

Persiapan Raya

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa semua.... Pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa hari ni. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah semoga ibadah kita diberkati & dirahmati oleh Allah SWT. Sebut pasal puasa mesti semua teringat nak sambut raya pulak kan. Mungkin ada yang sibuk menyiapkan tempahan kuih-kuih raya dan baju-baju raya kan. Macamana sibuk pun kita mencari rezeki tuntutan agama jangan sesekali kita lupakan ye kengkawan. Insya Allah nanti diberkati olehNya. Amboiiii macam ustazah pulak ahkak kan. Ahkak pun sama jugak sibuk, tapi bukanlah sibuk dengan tempahan2 semua ni, sibuk window shopping setiap hujung minggu, al-maklumla hari-hari biasa ahkak bekerja, nak window shopping malam rasa sayang pulak nak tinggal terawih weiii... seronok pulak tahun ni berterawih, itu la sebabnya hujung minggu je la masanya untuk jenjalan cuci-cuci mata. Ahkak ni ramai anak2 pompuan (5 orang ye) tu yang x habis2 menyopping lagi, ada je barang yang masih lagi x lengkap untuk anak2, untuk ahkak & abahnya weols tak la excited macam bebudak ni (kita kan dah merasa zaman bebudak,sekarang turn anak-anak pulak merasa gembira bila nak menyambut raya) betul tak kengkawan..Semenjak anak-anak dah besar & mengikut citarasa memasing, xtvt menyopping menjadi lebih payah, dulu masa diaorang kecik2, ikut je apa yang mak abah belikan, ni tak boleh lagi weiiiiii...naya je nanti bila kita beli diaorang x nak pakai, kan ke haru jadiknya, oleh kerana itu anak-anak ahkak semua ikut pilihan masing2, sebab tu ler sampai sekarang x der nya lengkap semua, aderrr jer yang tak pekenan dihati mereka..alahaiiiii anak!!!anak!!!..tambah2 lagi dengan adanya TEMA di pagi Raya, lagi ler susah nak mencari dah dekat2 raya ni. Tahun ni malas nak menempah bagai sebab takut terkena lai, baju tempahan 1 family ahkak x siap-siap huhuhuwaaaaaa....bagi sebelum puasa lagi tau, suruh mak cik yang buat, tp boleh x siap2, ada ke patut hari raya pertama dalam kul 3 petang baru la dapat bajunya, dah serikkkk weiii.. (makcik sendiri tu yang buat endah tak endah je kot) Sehingga blog ni ditulis, pakaian semua dah lengkap kecuali ada skit2 lagi la seperti tudung & kasut. Hanya yang C Bongsu ku ajer yang sudah lengkap semua persiapan rayanya. Sekarang x boleh la nak upload gmbar sebab nak surperise skit...hehehehe

hanya ni je boleh ditunjukan (kasut Nunyi) Heel lagi tu, entah samapai entah idak pakai raya ni, sebabnya semenjak beli sampai la ni asyik la memakainya & asyik la terpelengot je kakinya itew...huhuhuhu

P/S: apa-apa pun persiapan raya korang semua, ahkak harap jangan la kita membazir ye & membeli untuk keperluan je, yang tak perlu tak usah la kalau budget ciput..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...