Wednesday, May 14, 2014

Ride To Penang, 2D1N, Hari 1

Assalamualaikum semua...

Kali ni nak cerita ride bersama en. abang kite lah. Dah lama menanti saat macam ni tau. selalu en. abang g sorang jer, ride bersama group riders. En. abang ahkak ni dah lama terlibat ngan rider ni, adalah dalam 3 ke 4 tahun dah, group pun banyak.. ikut masa & keadaan en. hubby akan follow group yang buat ride pada masa tu. Selama tu ler ahkak tak dapat nak follow, sebabnya banyak, kita ni sebagai ibu macam tu la kan, banyak benda nak diambil kira.. mana dengan anak2 lagi, tambah2 ahkak ni ada anak kecil, bukan macam orang lelaki ni, kita bagi ke tak bagi ke ada je jawapan yang diberi.. last2 kita yang kene tinggal. Ahkak ni bukan boleh percaya sangat ngan group2 rider ni, tu sebab ahkak selalu gak curiga ngan en. hubby ahkak ni, walaupun cakap ngan dia bukan boleh percaya 100% lelaki ni, tapi ahkak percaya en. hubby ahkak tak buat apa yang kita selalu pikirkan tentang group2 rider ni. Insya-Allah.....

Kali ni entah macamana boleh plak si kenit ahkak tu boleh bagi ahkak ikut abah dia ride dengan tak banyak tanya. Apalagi pada 10hb Mei 2014 ahkak pun ride lah dengan Kawasaki en. hubby tu. Sebenarnya, ahkak ni dah lebih kurang 22 tahun gak membonceng motor ngan hubby, kiranya seminggu 5 hari mesti naik motor sebab ini jer lah kenderaan ahkak pergi & balik kerja, (naik kete bila emergency jer tau...) kereta pun jadi hiasan kat rumah tu. Hubby ahkak pun mmg tak brape suka ngan kereta2 ni semenjak dah selalu ride, lagi pun betul jugak kata en. hubby tu lebih baik beli motor dari beli kereta. Sekarang motor kat rumah ahkak tu ada 5 biji..huhuhuhu.. kiranya bergilir gilir hubby bawa g kerja. Kiranya ahkak ni memang dah cukup puas naik motor tau. Tapi bak kata kengkawan hubby, naik motor g  & balik kerja lain tau dengan ride jauh.

Oklah malas nak cerita panjang, ahkak pun dengan excitednya ride pada hari berkenaan, ride ke Penang. Mula2 biarlah ahkak follow group yang ahkak kenal dulu kan iaitu dengan DBKL Community Bikers selama 2D1N. Tinggalkan anak2 dengan rasa sedih jugak tau..huhuhu.. tapi sebelum bertolak dalam kul 7.30 pagi, ahkak sebenarnya bangun macam biasa jugak sebab menyiapkan makanan untuk sehari, untuk anak2 ahkak tu. Nak tau tak ahkak masak apa..tak lah special sangat, cuma nasi lemak, telor rebus sorang 1..kihkihkih...sambal tumis & ayam masak kari utk lunch & night diaorang nanti. Ahad masak apa yang ahkak ada tinggalkan dalam peti ais tu, penuh dah. nanti suruh je Kak Ngah yang masakan. Berani tinggalkan anak2 ni pun sebab ada yang besar, C Kak Ngah yang dah berumur 20 tahun, kira boleh harap lah skit, risau 1 jer, anak2 yg lain ni bukan boleh ngam ngan kak ngah nya sebab selalu gaduh mulut, takut tu jer lah.. tapi ahkak siap2 bg nasihat, ddk rumah elok2, jgn gaduh2, bagi mak abah senang hati skit nak tinggalkan anak2 ni.. Alhamdulillah semuanya ok2 jer masa ketiadaan mak abah hari tu..

Ok ahkak upload gambar & terangkan serba skit bawah gambar ye..

berkumpul di RNR Rawang.. tunggu samapi semua ada & buat sedikit taklimat, ahkak tak lah masuk campur tentang ni, ahkak perhatikan jer sebab 1st join kan....


Dipertengah highway, salah 1 ahli group xcident lah pulak sebab member depan break emergency.  Cerita sebenarnya berpunca dari bawa sgt laju & macam berlumba. En. hubby cakap biasalah budak baru nak join ride, kiranya memasing tunjuk lagak lah sape motor yg paling power kot..tapi kesian lah ngan budak ni, last2 x dpt join sama sebab motor pun rosak teruk.. member lg sorang ok, sebab tak jatuh, dia sorang je yang jatuh..


Apabila kereta tunda dah sampai, yang lain2 pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanana hujan lah pulak, mula2 tu hujan sekerat sekerat.. baju weols semua kejap basah kejap kering, tapi tak lama rasanya keadaan macam tu, entah sampai mana, hujan lebat sepanjang jalan sampai lah ke Penang.. Memang riders weols semua bermandi hujan, basah kuyup memasing, pakai raincoat pun x guna sebab basah jugak

Mula2 hujan weols redah jugak lah, tp sebab dah terlampau lebat, memasing berhenti, masa ni semua dah tak sama ride. Ahkak & partner sorang no berhenti bawah jambatan dekat dengan hentian sebelah (lupa lagi nama tempat)..sorry naaa..




dah tak larat nak kendong helmet, last2 dok terlentang kat rumput

dalam 1/2 jam jugak berhenti, tapi dah tak larat nak tunggu hujan berhenti sebabnya tengok keadaan macam hujan tak nak berhenti,last2 weols redah lah jugak sebab dapat kol dari ahli group yang lain, diaorg tunggu kat RNR Tapah la pulak. Sampai tapah tengok2 semua hali dah berkumpul, tapi tak berhenti makan pun sebab group bercadang nak makan kat Penang sebab ada ahli yang nak sponsor makan nasi kandar. Tu yang semua ahli riders sanggup berlapar.. redahlah jugak untuk sampai ke Penang.

nak tau tak kengkawan, weols sampai kul brape?..Weols masuk Penang dah petang, dalam kul 4.30 gitu. Dah masuk melilau mencari kedai mamak yang nak taja lunch weols tu. Sorang ride ni dulu katanya pernah sampai, tapi masa bw weols, boleh plak dia sesat, mau 3 ke 4 kali pusing jalan yang sama jer. Sabo jer lah kan.. akhirnya sampai jugak kat kedai mamak tu dengan memasing kesejukan, semua basah kan.. kelaparan lagi.. Nasib ler nasi kandar sedap weiiii... siap tambah2 lauk lagi, semua habis licin. Kedai tu pun dah jadik lecah dek kerana weols bw bw basah..sorry ye mamu..

lepas makan weols siap bergambar sakan lagi kat tepi laut tu..(berhadapan ngan kedai mamak tu..)

nampak ke"excited"nya muka ahkak kat situ.. maknanya best lah join ride diaorang ni.. nanti bolehlah join lagi kan...:)
ni bukti tangan dah kecut sebab berhujan sepanjang hari..




Nanti sambung lai ye kengkawan untuk xtvt malam di Penang & esoknya..assalamulaikum semua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...